Friday, December 26, 2008

Semua pihak t-jawab pastikan keharmonian negara kekal



SIPITANG: Semua pihak tanpa mengira kaum dan anutan agama bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran negara dike-kalkan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi bin Ahmad berkata keharmonian dan ke-makmuran itu dinikmati hasil daripada perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini.

“Tanggungjawab kita ialah memastikan keharmonian dan kemakmuran itu dikekal-kan serta berterusan dan dalam hal ini sudah tentu kita sebagai rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk menge-kalkannya.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati itu adalah berasaskan kepada perpaduan dan persefahaman kaum,” ka-tanya pada majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan Hari Krismas kepada balu, ibu tunggal dan warga emas di perpustakaan daerah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis teresbut termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bu-jang, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sin-dumin Richard Kamtan.

Sapawi memberitahu meskipun negara ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi namun penganut agama lain tetap diberikan kebebasan.

Beliau memberitahu kebebasan yang diberikan itu telah membolehkan perpaduan serta persefahaman itu diperkukuhkan.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati sejak merdeka sehinggalah ketika ini amat perlu dikekalkan dan dipertingkatkan,” katanya.

Bagaimanapun Sapawi melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pihak tertentu yang cuba menghasut rakyat negara ini dengan membangkitkan isu-isu agama dan berbau perkauman.

Menurutnya pihak tersebut sengaja berbuat demikian kerana mahu melihat keharmonian dan kemakmuran negara musnah.

“Mereka mahu kita bertelagah dan jika ini berlaku tentunya keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati ketika ini akan musnah,” katanya dan menambah usaha menghalang pihak tersebut bukan hanya disandarkan kepada kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya tanggungjawab menyekat dan menghalang usaha itu adalah tanggungjawab semua pihak yakni rakyat negara ini,” katanya.

Beliau memberitahu rakyat harus me-nolak usaha tersebut dengan tidak mudah terpedaya ataupun terpengaruh.

“Keselesaan, keamanan, keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati perlu kita jaga dan kerajaan sendiri amat serius dalam perkara seumpama ini,” katanya.

PM mahu rakyat nilai, eratkan perpaduan




PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menilai semula dan memperkukuhkan semangat saling memahami antara kaum yang menjadi asas perpaduan negara selama ini.

Perdana Menteri berkata, setiap rakyat mesti memainkan peranan bagi mengeratkan lagi hubungan dan semangat muhibah di kalangan masyarakat majmuk dalam suasana sosioekonomi yang semakin kompleks.



"Hubungan muhibah sesama kita haruslah sentiasa diperbaharui agar kita dapat menangani cabaran yang pasti timbul dalam suasana sebuah masyarakat majmuk yang cukup unik," katanya dalam perutusan sempena sambutan Krismas.

Beliau berkata, usaha itu hendaklah terus dilaksanakan bukan sekadar pada tahap pembinaan toleransi dan sambutan perayaan saja, malah mesti menjurus ke arah satu persefahaman yang lebih kukuh dan apresiasi antara satu sama lain yang utuh lagi ikhlas.

Abdullah berkata, semangat saling memahami itulah yang membolehkan rakyat menikmati bersama segala kemajuan dan pembangunan yang dicapai selama ini.

"Adalah amat naif sekiranya kita menganggap tanggungjawab untuk membina perpaduan hanya patut disandarkan kepada kerajaan semata-mata.

"Kita juga tidak sepatutnya menganggap usaha ke arah perpaduan adalah tanggungjawab orang lain, malah ia sebenarnya terletak pada bahu kita sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat harus bekerjasama bagi mengekalkan serta memperkukuhkan lagi perpaduan.

Beliau juga berharap nasib golongan kurang bernasib baik, terutama yang ditimpa musibah tanah runtuh dan banjir baru-baru ini, tidak dilupakan ketika rakyat beragama Kristian gembira menyambut perayaan Krismas bersama sanak saudara dan rakan-rakan,

"Dalam suasana kita menyambut Krismas, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada rakyat beragama Kristian.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga meminta rakyat supaya meningkatkan tahap persefahaman dan saling menghormati antara kaum yang dapat disemai menerusi interaksi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pula menyeru rakyat supaya mengelak daripada menyebarkan sentimen agama dan perkauman yang boleh membawa kesan negatif terhadap integrasi.

"Saya harap kita berdiri teguh dalam wawasan kita untuk terus bersatu padu," katanya.

BH

BERIKANLAH WAKIL KAMI PELUANG ....





DATUK SERI MOHD SHAFIE AFDAL
CALON NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA


Anak kampung tak bertujuan untuk melobi , tak juga diupah untuk berbuat demikian , cuma anak kampung sedar bahawa salah seorang pemimpin di sabah perlu duduk diatas sedikit daripada adanya . Tidak banyak yang kami harapkan dari sahabat dan saudara kami di tanah besar semenanjung , bukan untuk menuntut yang bukan -bukan ,walau ada juga kedengaranya suara - suara tuntutan selepas pilihanraya yang lalu , namun syukurlah sekadar apa adanya . Perjuangan kami di sabah pada ketika ini ,khususnya untuk memperkukuhkan UMNO terlalu amat sukar walau kelihatanya amat mudah dan megah , bagi anak kampung yang bernegeri dibawah bayu kami lebih mengenali hati budi rakyat dan sahabat -sahabat kami dalam BN Sabah , bila masa dan ketika ianya akan menjadi goyah , resah dan gelisah al maklum kami hidup disini berbagai suku berbagai kaum dan berbagai bilang adat resam ,semua hati kena dijaga dengan cermat ,segala tindakan kena teliti, senjata yang ada pada pemimpin kami hanyalah kepercayaan ,dan kesetia kawanan yang mungkin tidak dimiliki dimana jua sekali pun , kawan dan lawan tetap duduk semeja bercerita tentang nasib kami selaku rakyat dibumi sabah . justru kami amat berterima kasih kepada YAB Datuk Seri Musa Hj Aman ketua Menteri yang kami kasihi mampu menggunakan senjata kepercayaan rakyat untuk memperkukuhkan parti dan kerajaan .... dan beliau perlu gandingan yang jujur dan kuat ...

dengan adanya kedudukan pimpinan yang lebih baik usaha menyebar luaskan kepercayaan ini ,disamping memperkasa sokongan rakyat kepada UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan negeri ini akan lebih teserlah dan disegani , bukan meminta cuma merayu ......!! berikanlah ruang pemimpin kami , sekalipun hanya ditempat yang ketiga tingginya didalam hariaki kepimpinan Parti .anak kampung akan tersenyum pulang sebaik sahaja selesai pemilihan mac 2009 .

Terima kasih Semua Perwakilan
DAN KAMI AKAN TERUS MENGINGATNYA

KIRIMAN ANAK KAMPUNG UNTUK PEJUANG MELAYU

Ngah Ibrahim pejuang pemikir Melayu
Oleh Mohd Azis Ngahazis@bharian.com.my
Ngah Ibrahim


PENJAJAH Inggeris cuba mengaitkan Ngah Ibrahim Long Jaafar (1836-1895) dengan kematian JWW Birch tetapi tiada bukti kukuh menyebabkan mereka menggunakan muslihat dan menahan pejuang kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan berwawasan jauh dalam membangunkan ekonomi bangsa Melayu itu di Singapura. Ngah Ibrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang ke Pulau Seychelles dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke halamannya pada 2006. Perbincangan mengenai Ngah Ibrahim sebagai seorang daripada pahlawan serta jutawan Melayu terkenal pada abad ke-19 di Tanah Melayu tidak perlu dipertikaikan.
Dia orang yang bertanggungjawab membina Kota Ngah Ibrahim, yang kini berusia 150 tahun yang dijadikan pusat pentadbiran bersilih ganti diletakkan di bawah pemerintahan British, Jepun hinggalah akhirnya diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1985 untuk dijadikan Kompleks Sejarah Matang. Kawasan kota itu dibina menggunakan batu bata yang dicampur simen lama dikenali Lime Motar dan mempunyai menara kawalan utara dan selatan, pelabuhan Melawati, kubur, tugu peringatan kemasukan tentera Jepun. Bahkan, tembok yang runtuh akibat rempuhan pesawat Jepun yang terhempas di situ ketika Perang Dunia Kedua dikekalkan sebagai bahan sejarah. Pada tembok itu terdapat satu lubang kecil pada jarak setiap lima kaki dipercayai bagi tujuan pertahanan.


Ini kerana, Ngah Ibrahim pernah melantik Kapten Speedy mengetuai pasukan polis mengawal kubu berkenaan terdiri daripada orang Melayu dan tentera Gurkha. Di satu sudut berhampiran menara selatan, terdapat satu perigi lama yang digali semula oleh arkeologi dan hasilnya membuktikan seni bina yang menarik. Susunan bata diletak dengan tiga corak iaitu melintang, menegak dan bentuk V atau tulang belut. Airnya masih banyak dan jernih, tetapi pengunjung tidak dibenarkan memijak batu bata di situ bagi mengelakkan runtuhan. Ahmad Sazali berkata, kubu itu pada asalnya terletak berhampiran sungai tetapi kini sungai itu menjadi sempit dan langsung tidak digunakan.
Lakaran Kota Ngah Ibrahim di era kegemilangan pemerintahan yang turut menempatkan pelabuhan.
“Ngah Ibrahim mempunyai empat kapal iaitu dua kapal layar dinamakan Bahtera Bayu dan Indera Bayu yang prestasinya lebih hebat daripada Kapal Pluto yang menjadi lokasi Perjanjian Pangkor pada 1874 serta serta dua kapal stim,” katanya. Di dalam kompleks dua tingkat itu juga mengandungi pelbagai artifak sejarah termasuk tinggalan aktiviti perlombongan, sistem pemerintahan, mahkamah, senjata dan agak menarik ialah replika Si Larut, iaitu gajah milik Long Jaafar yang dikatakan menemui bijih timah ketika berkubang di Larut. Kota Ngah Ibrahim jadi kompleks sejarah KOMPLEKS sejarah Matang, Perak yang terletak di Matang (dulu dikenali sebagai Permatang) di Mukim Bukit Gantang, Perak dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Beliau adalah anak kepada Che Long Jaafar, iaitu orang Melayu pertama yang membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840. Kompleks ini adalah sebuah bangunan yang dijadikan rumah, kota dan pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan daripada batu bata saja. Selepas Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, kota ini diletakkan di bawah pengawasan Inggeris sehinggalah ia dijadikan Maktab Perguruan Melayu Matang pada 1913 hingga 1922. Selepas itu, ia dijadikan sebagai Sekolah Melayu pada 1923 hingga 1941. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942 hingga 1945), ia berperanan sebagai markas tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1946, rumah itu dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1946 hingga 1983). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai 1985 selepas ia diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Koleksi dan galeri:
Terdiri daripada semua jenis artifak berkaitan kronologi penubuhan kompleks. Pameran tetap:
Kronologi penubuhan bangunan
Penggunaan bangunan bermula keluarga Che Long Jaafar, Ngah Ibrahim, pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu Hari dan masa lawatan:
Setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang (kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha) Bayaran:
Percuma Tempat menarik berhampiran:
Hutan Paya Bakau Matang
Mahkamah Pertama Perak
Makam Dato; Sagor
Masjid Tengku Menteri Lokasi:
Terletak di Matang, Mukim Bukit Gantang, daerah Taiping, Perak
Kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Taiping
Kira-kira 8 kilometer dari Bandar Taiping. Biodata Ngah Ibrahim:
Dilahirkan pada 1836 di Bukit Gantang, Perak dan kawasan kelahirannya adalah daerah pemerintahan bapanya, Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga pembinaan Kota Long Jaafar.
Ngah Ibrahim adalah anak hasil perkahwinan Long Jaafar Datuk Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Cik Ngah Pura Datuk Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaiddin.
Long Jaafar adalah pengusaha bijih timah terkenal bermula pada 1840. Beliau juga pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang serta pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping.