Tuesday, June 9, 2009

ANAK KAMPUNG

MENGKRITIK MUNGKIN TIDAK ,SEKADAR MENCELAH ......



Mulanya anak kampung nak rehatkan seketika dari menulis... tetapi tak boleh, seolah - olah ada sesuatu yang menganggu di kepala .... Anak kampung nak cuba lari dari cerita yang berbaur politik seketika, apa tidaknya politik negera tertumpu pada cadangan kerajaan perpaduan .... yang disuarakan oleh Tuan guru Haji Hadi Awang ..... bagi anak kampung nak kata setuju ada juga keraguan , nak kata tak setuju perkara baik ..... kita serah aja kebijaksanaan piminan negara kita ... tetapi kita tetap berasama UMNO dan BN .. Tau ..!!!

Hunjung minggu Lari dari kekusutan itu anak kampung cubalah membawa diri ke bandar besar di kota kinabalu .... agak lama juga anak kampung tak ke bandar .... Rupanya negeri dibawah bayu ini tak kurang hebatnya ketika ini rancak juga dengan kepesatan pembangunan ... bagi anak kampung yang jarang -jarang ke bandar ternampak kejayaan besar pimpinan mentadbir negeri ... Tak sia - sia rakyat memberikan mandat besar pada UMNO dan BN .... sekalung tahniah Pada YAB Datuk Sri Musa Hj Aman ...dan barisan pimian negeri . Bertandang dari satu gedung ke satu gedung di bandar besar kota kinabalu tak sedar pula jam ditangan menunjukan pukul 5.30 petang ,mahu tidaknya lenguh rasa kaki .... akhirnya fikir punya fikir menginap dihotil sedarhana yang tak ada bintang .... jika nak difikir balik lepas juga 5 kampit beras untuk sewa sata malam .

Yang anak kampung rasa tersentak , alangkah terkejutnya dilorong- lorong masih ada pengemis atau mungkin rakyat malaysia yang tercicir dari menerima nikmat hidup sebenarnya ... atau juga mungkin mereka ini insan yang terlepas pandang , Tak lah ramai sangat adanya .... cuma persoalannya siapa yang harus dipertanggungjawabkan bukan semata - mata hanya untuk membersihkan bandar dari sarang pengemis tetapi lebih penting menyelamatkan insan yang tak bernasib baik .... semoga ianya telah , sedang dan selalu disedari oleh pihak yang berwajib .... anak kampung mengkritik mungkin tidak ... sekadar hanya mencelah ....itupn sekiranya boleh ... salam