Wednesday, February 4, 2009

ANAK KAMPUNG

KEM .RAKAN MUDA PARLIMEN SIPITANG




Baru ni 22-hb jan -24 jan 2009 anak kampung dikunjingi oleh sekumpulan peserta kelab Rakan Muda Sipitang seramai 60 orang dengan tujuan mengadakan aktiviti kem rakan muda selama hampir 4 hari. Selama tempoh tu anak kampung cuba menyelami perasaan anak anak remaja yang datang dari seluruh pelusuk kampung di kawasan Parlimen P.178 Sipitang .Banyak juga anak kampung belajar dari aktiviti yang dilaksanakan yang diantara lain Mejlis perasmian Oleh YB Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan dan Mejlis penutupan Oleh YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Perlimen P.178 Sipitang dalam pada itu Gotong royong bersama penduduk membersihkan tanah perkuburan disamping pada sebelah malam diisi dengan forum pembangunan ekonomi remaja .... sungguh anak kampung teruja dengan kebolehan dan kegigihan pengurusan Kelab rakan muda sipitang yang berjaya membawa suatu program yang cukup berfaedah kepada anak - anak remaja ..... Yang membengikkan telinga pula Kem Komandan Lt Muda Matlen sarudin cukup menakutkan anak anak remaja tetapi celah dengan jenaka dan nasihat berguna .

Apa yang anak kampung kongsikan disini kehadiran Kedua dua wakil rakyat anak kampung cukup membanggakan....masing masing dianatara meraka meninggalkan pesan dan kata - kata hikmat yang cukup berguna untuk yang hadir dan peserta - peserta Kem Remaja Rakan Muda sipitang ... jika anak kampug ingati YB ADUN mengingatkan agar setiap diantara remaja menimba sebanyak mungkin ilmu bagi mempastikan kelangsungan kehidupan masa depan ....dengan memberikan alasan bahawa dengan ilmu sahaja kita akan menikmati kejayaan hidup yang lebih baik . Sementara YB Datuk ahli parlimen pula semasa mejlis penutupan membawa nada ucapan yang menuntut semangat patariotisma harus ditanam dikalangan remaja ....suka atau tidak ianya dituntut oleh pimpinan negara bagi mengekalkan keselamatan dan keharmonian hidup setiap warga. beliau menambah lagi ukuran kejayaan hidup terletak pada keimanan dan akhlak yang terpuji .....dengan meminjam pepatah kekata bong karno .."berikan saya sepuluh orang pemuda nescaya saya boleh mengoncang dunia " ,Dilentur dan dibilah ucapan dengan seloka .....gelak tawa menceria suasana , yang hadir ternyata tergamam seketika .. sambil meminta agar jabatan belia dan sukan yang dipertanggungjawabkan agar dapat memperhebat usaha membangunkan belia masyarakat belia ....

Seketika kemudian , mejlis penutupan berakhir dengan aktiviti ziarah di 20 buah rumah sambil menyaksikan sendiri masaalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat ..... jelas terpancar pada wajah penduduk yang dikunjungi suatu harapan besar yang akan menyusul ...insyaalah anak kampung yakin bahawa dengan ketokohan pimpinan ADUN dan Parlimen Sipitang hari ini , disuburi lagi dengan perwatakan prihatin keduanya pasti akan menemukan kejayaan yang cemerlang .....

ANAK KAMPUNG SIMPATI ...BERSABARLAH YAH....!!!!


3rd February, 2009
KOTA KINABALU: Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah ungkapan bagi menggambarkan penderitaan seorang bayi lelaki Aldy Timbun, tujuh bulan yang menderita akibat pembesaran kepala secara tidak normal atau Hydrocephalus.
Sehubungan itu, ibu bapa kepada bayi berkenaan, Timbun Tambakau, 46 dan ibunya Buhu Tongkisus, 33, dari Kampung Losou Takulug, Kota Belud berharap ada pihak tampil membantu menghulurkan sumbangan untuk meringankan bebanan perbelanjaan keluarga itu.
Bapa bayi itu berkata, penyakit anaknya dikesan sebelum dilahirkan tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Berat badan Aldy kini lebih kurang 10 kg.
Katanya lagi, sebelum ini dia dan isterinya menghantar anak bongsu mereka untuk mendapatkan rawatan biasa di Hospital Kota Belud dan doktor di hospital itu mengesahkan anak mereka perlu menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.
“Anak saya perlu dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan lanjut sebelum menjalani pembedahan, tetapi kami tidak dapat menghantarnya kerana tiada wang untuk membiayai kos perbelanjaan yang tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di HQE, di sini, kelmarin.
Katanya lagi, dia tidak berkemampuan kerana dia hanyalah seorang petani dan tidak mempunyai pendapatan tetap terpaksa menanggung isteri dan lapan anaknya yang lain.
“Saya berharap anak saya akan cepat sembuh,” katanya yang mempunyai dua anak perempuan dan tujuh anak lelaki.
Akibat daripada masalah kewangan usaha mendapatkan rawatan lanjut, tidak dapat diteruskan sehinggalah pada 28 Jan lalu, pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Mukim Losou Kota Belud, ibu bapa membawa bayi mereka menghadiri majlis itu.
Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Idris Nanti menjelaskan, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bertemu dengan kedua ibu bapa bayi itu pada majlis berkenaan bersimpati dengan penyakit yang dihadapi oleh bayi dan masalah keluarga itu.
“Atas keprihatinan Datuk (Abdul Rahman), dia mengambil tindakan segara dengan mengurus segala perkara yang perlu dan menghantar anak itu ke sini (HQE) untuk menjalani pembedahan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Konsultant Neurosurgeon HQE, Dr. Pulivendhan Sellamuthu berkata, penyakit itu dikenali sebagai penyakit Hydrocephalus dan akan dirawat menggunakan Ventricular Peritoned Shunt.
“Kes seumpama ini adalah yang tertinggi di Sabah dan seluruh Malaysia kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan daripada ibu bapa. Selain itu ia juga disebabkan oleh masalah kemiskinan dan lambat jumpa doktor,” katanya.
Katanya, pesakit akan dirawat menggunakan VP Shunt atau Ventricular peritoned Shunt, iaitu mengalirkan cairan otak yang dikenali serebro spinal atau CSS dari kepala ke perut.
Pembedahan yang dilakukan itu bukan untuk mengecilkan kepala tetapi ia hanya mencegah kepala bayi itu daripada terus membesar. Walaupun rawatan itu berjaya, namun kemungkinan besar pemikiran bayi itu nanti tidak akan normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Hari ini bayi itu dimasukkan ke dalam wad untuk discan sebelum dibedah.

ANAK KAMPUNG BERBANGGA DAN BERTERIMA KASIH PADA YB .Jamaluddin Mohd Radzi , YB. Mohd Osman Jailu ,YB. Hee Yit Foong ,YB .Datuk Nasarudin Hashim


Anak kampung merasa hiba dan gembira disamping bersyukur kepada Allah Swt atas keberanian wira – wira ADUN Perak yang secara berani dan jujur menyertai BN / UMNO untuk bersama -sama barisan kepimpinan pemerintah yang mempunyai rekod perjuangan yang tidak pernah menghianati amanah rakyat …

Justru anak kampung tabek dengan ADUN – ADUN baru Kita yang jujur dan ikhlas menyertai BN dan UMNO hanya semata mata melihat keperluan dan kepentingan rakyat sebagai landasan perjuangan sebenarnya ….

Dalam tulisan blog yang lalu berkali – kali anak kampung jelaskan semua ini bukan kerana Pak Lah , Pak Najib atau barisan pimpinan tertinggi ...yang ada , Akan tetapi semuanya ini atas kehendak dan jadual Allah Swt semata …. Percayalah jika pimpinan gagah dan berani seperti Saidina Omar Ibun Kahatab , Ikahlas dan Jujur seperti Saidina Abu Bakar Asidik , berhemah dan bijaksana seperti Saidina Ali ibnu abu talib , Dermawan seperti Abd Rahamn bin Auf , tunggulah janji Allah Swt , Pulau Pinang , Kedah , Kelantan , Selangor akan kembali kepada pemerintahan BN .

Sekalipun UMNO dijujah dengan pelbagi fitnah, adu dan domba sehinggah dituduh tak islamek , meka aja yang islamek , ahli UMNO tak beriman dan bertakwa , rasuah,tak amanah dan macam macam lagi kita tetap menjadikan sabar sebagai benteng utama perjuangan seperti yang dituntut oleh kesyumulan agama dan adapt resam .

Hari ini anak kampung rasa lega dan selesa setalah penat berbantah diantara sesama bagi mempertahankan bahawa UMNO masih tetap dalam lindungan Allah Swt .... tidak akan berlaku sesuatu perkara tampa kehendaknya dan izinnya …..

Seperkara yang anak kampung bimbangkan ..... mulalah kalangan pimpinan kita pula nak buat hal macam- macam , dalam diam buat andaian , buat analisa , buat senopsis dari penyertaan ADUN ADUN Perak kepangkuan BN …. Cukup – cukuplah berbantah bagi menegakkan kepentingan peribadi ….meka semua ingat anak kampung dan kawan kawan anak kampung diseluruh Negara tak tahu perangai dan adat resam pemimpin atas tu ….Kami anak anak kampung buat tak nampak aja …. Anak kampung dibawah ni tahu tau …!!!tak payah nak sorok- sorok TANGAN KANAN BERSALAMAN , TANGAN KIRI BERCUBIT-CUBITAN .....kerana perangai sedemikianlah kita orang anak kampung meluat …. Bukan aja kita anak Bandar apatah lagi ….. bersatulah walau dalam apa keadan sekalipun ......sungguh kami anak anak kampung berikrar akan terus beri sokongan yang tidak berbelah bagi ……


Seperkara anak kampung tak tak faham dan bengang dengan pimpinan atas dan bawah yang ada semenjak pilihanraya ke 12 yang lalu BN/ UMNO dikatakan Lemah tak relevan , tak diterima rakyat , akan berkubur …. Tak cukup-cukup diberitahu pada anak kampung diforum , diakbar , di kaca Tv setiap hari dan ketika diperbesar I besarkan tentang kelemahan yang ada …. Rakan –rakan anak kampung apa lagi dipejabat ,dipehentian bas , di kedai kopi , dikilang , ditepi jalan dan dimana – mana jua seakan percaya dan telah pun meyakini UMNO / MIC/MCE dan Komponan BN yang lain sudah tak terpakai seprti besi buruk …..ditambah lagi isu ini dicanang dan diperhebat oleh para penganalisa-2 politik dan cendikiwan …. Hamper kesemuanya menjadikan kekalahan di lima buah negeri sebagi tanda ukur BN tak lagi diterima rakyat ..... sehinggalah PAK LAH naik berang ” YANG KALAH BERLAGAK SEPERTI YANG MENANG , YANG MENANG PULA BERLAGAK SEPRTI YANG KALAH ” ….apa sudah jadi ni …. , semuanya menjadikan kita gelabah , gelisah dan keluh kesah …..aleh – aleh mesej anak – anak muda dan pengundi baru dijadikan sandaran ….. anak kampung pun muda juga …tersinggung anak kampung …. Wal hal orang muda yang anak kampung kenal hebat dan bersemangat berpihak kepada BN .... entah-entah warga emas yang buat hal … taklah menuduh ….. hentikanlah cakap – cakap yang melemahkan UMNO ni , UMNO ni parti keramat yang mempunyai roh perjuangan jujur dan ikhlas dari pimpinan masa lalu . kalau tak faham – faham juga anak kampung ramai ramai akan cabai meka semua yang celupar …..

Akhirnya anak kampung mohon maaf jika ada yang tersinggung dari tulisan ini dan mendoakan agar ADUN – ADUN baru yang menyertai BN akan terus sentiasa didalam lindungan Allah Swt . dan YB –YB tak perlulah nak takut dengan siapa pun semua tuan bukanlah pengkhianat sokong dan amanah undi yang pernah diberikan rakyat , tetapi YB-YB tuan telah membawa penyokong -2 YB kembali kepangkal jalan melihat kemampuan ,kejujuran dan keikhlasan BN membela nasib rakyat …