Wednesday, July 15, 2009

MU: Senyum dalam Duka ....

oleh penulis jemputan anak : ustaz said

PAS terus mengekalkan dominasi di Manek Urai. Berbanding PRU 12, majoriti PAS berkurangan. Kali ini, PAS cuma menang dengan kelebihan 65 undi.

Walaupun tewas, Tuan Aziz Tuan Mat dan seluruh jentera Umno di Manek Urai boleh tersenyum puas. Hasil usaha gigih selama dua minggu lalu berbaloi, dapat mengurangkan majoriti pun bolehlah dikira satu kejayaan.

Namun jentera Umno keseluruhannya, khusus Umno Kelantan tidak harus berpuashati. Kerja baik yang ditunjukkan di Manek Urai wajar diteruskan. Pendekatan berhemah dan mesra mendekati rakyat janganlah dihentikan. Sambil tu, TS Muhyiddin kena terus mencari 'wow' faktor!

Pada peringkat ini, Umno janganlah leka bersorak gembira. Masih banyak yang perlu dilakukan. Usaha transformasi hendaknya diteruskan, demi memastikan momentum sokongan rakyat berterusan.

Dalam berduka tewas, Tuan Aziz bolehlah tersenyum. Dapat menumpulkan keegoan PAS yang mendabik dada, mampu menang mudah. Rupanya, PAS tidaklah sekuat mana!

Bermula sekarang, Tuan Aziz teruskan usaha mendekati rakyat. Segala janji ditabur haruslah dipenuhi. Mungkin jambatan baru boleh dibina sebagai 'hadiah' kepada Manek Urai, sebagai tanda keikhlasan kerajaan pimpinan Umno mendahulukan rakyat!

Manalah tahu cahaya kemenangan bersinar pada PRU13 nanti ...

Anda mungkin juga meminati: