Wednesday, June 10, 2009

SEMBANG-SEMBANG ANAK KAMPUNG


Ketika bersantai duduk ditepi laut berhampiran pasar lama kota kinabalu , Anak kampung terserempak dengan kawan lama sewaktu sama menuntut di SMK agama Limauan Papar . Sejak Awal pertemuan anak kampung dapat menagak dari perwatakan dan penampilanya sememangnya seperti seorang ustaz . Memang tepat jangkaan anak kampung seorang perunding islam disalah sebuah jabatan agama persekutuan .... berkelulusan dibidang syeriah ... selesai dilontarkan pelbagai pertanyan dan jawapan akhirnya cerita yang berkisar dari pengalaman bersama semasa alam persekolahan bertukar menjadi hangat dengan kisah perjalanan politik masa kini .. Pandangannya saya kira ada kebanaranya yang mungkin dapat dikongsi bersama .....

Katanya UMNO sebuah parti yang dominan yang kekal memperjuangkan agenda yang diwariskan dan mempertahankan patriotsma , khususnya memperjuangkan nasib umat melayu ... sememangnya benar dan ianya dilihat segelintir rakyat telah terbukti .... berbanding dengan parti lain khususnya PAS , Keadilan , DAP dan sebagainya ... Anak kampung katakan tidak itu suatu aspek yang cukup sempurna untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat secara keseluruhannya nagara kita pada ketika ini bangkit dan membangun berbandingkan 30 ke 40 tahun yang lepas ...

Sahabat anak kampung setuju dengan apa yang anak kampung katakan ... namun memberikan perbandingan yang nyata .... katanya UMNO memperjuangkan Patriotisma sedangkan Pas memperjuangkan agama yang bersendikan syeriat ... benar dulu PAS ditolak ketika mana orang melayu tidak mampu menguasai ilmu ... hari ini bertebaran anak -anak muda melayu yang mempunyai ilmu yang lebih baik dari anak muda melayu masa dulu ... Kerana hanya ilmu yang mampu membezakan baik dan buruk , benar dan salah . kesudahanya parti yang alpa dan terlupa diri akan menerima hukuman yang jelas . disusuli lagi dengan hujah bila yang hak datang yang batil akan sirna dengan sendirinya . Katanya lagi UMNO mampu melakukan dan mentadbir negara dengan baik kerana keupayaan dan pengalaman sejarah yang telah dilakukan oleh pimpinan terdahulu ... Namun UMNO hari ini tak sama dengan UMNO suatu ketika dulu ... Justru apa yang UMNO perlu lakukan ialah dengan sentiasa muasabah diri ... baraisan kepimpinan UMNO hari ini harus mendekati agama sebagai addin ... bangunkan ekonomi bersandarkan syeriat dan agama ... di Tanah besar semanjung contohnya benar projek - projek dan perancangan besar pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah , sementara tendar tertutup atau terbuka tentunya diperolehi oleh kalangan pendokong parti pemerintah ... akan tetapi malangnya yang melaksanakan sub Konteraktor ialah kalangan ahli ahli kuat Pas ( Pembangkang ) .. Sebagai contoh baut jalan berpuluh juta orang UMNO hanya mampu memiliki laisen dan sedikit modal , apa yang berlaku orang PAS memliki bukan hanya kepakaran tetapi peralatan sendiri bagi melaksanakan sesuatu projek ... Rasanya tak adil kerajaan sebagai parti pemerintah dipersalahkan apatidaknya kempan , ceramah dan peringatan agar tidak melakukan konsep ali & baba ... tetapi berapa kerat orang melayu yang sedar tentang saranan kerajaan ... yang akhirnya melayu jadi mundur .... dan melayu itu di maksudkan ialah orang UMNO ...

Kita tidak mengatakan UMNO harus berubah , sebenarnya tidak ada apa yang harus diubah pada UMNO kerana kejayaan besar masa lalu cukup untuk membuktikan kemampuanya . akan tetapi konsep dan perjuanganya harus diserasikan dengan kehendak ahli akar umbi masa kini ... tak payah kita nak fikir tentang kerajaan perpaduan pas , apa yang penting tumpuan harus diberikan bagaimana memperbaiki dan memperelok perjuangan UMNO ....