Wednesday, August 26, 2009

1 MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

ANAK KAMPUNG..........

Tuesday, August 25, 2009

SELAYANG PANDANG

Tuesday, August 18, 2009

NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Anak Kampung baru saja balik dari Kota Kinabalu , Bandar besar yang kini dibangunkan dengan kepelbagaian kemajuan yang terkini . Terdetik dihati anak kampung kebanggaan yang meluap- luap , hebat dan rancak pembanguan Kota Kinabalu dibawah kepimpinan cemerlang kerajaan kita hari ini . Jambatan bertingkat , Lapangan Terbang , pusat membeli Belah , Pusat Pendidikan , Pusat Kesihatan , kemudahan awam dan bermacam lagi ... Gini Yang kita rakyat Sabah mahukan ... serumpun sebangsa mampu hidup bersatu padu cina , melayu , india , kadazan , dusun dan lain lain lagi melakukan aktiviti perniagaan di bandar besar Kota Kinabalu ...

Namun sedih......anak kampung bila mendengar salah seorang pelengan mengeluh ' Semua urusan kena guna duit " Peristiw ini berlaku di jabatan pendaftaran negara mendapatkan cabutan My Kad RM 5.00 ,nak memperbaharui My Kad yang rosak RM 10.00 tak apa lah peraturanlah katakan sudah lah cam tu nombor menunggu pegawai yang ambilkan sampai 5 keping untuk lima orang ... buat de aja ........ lebih sedih terkelibat diwajah salah seorang pegawai berat sngat nak senyum ketika mana pelabagai selogan tertampal dimerata tempat ... pun gitu tak semua... Pejabat Pendaftaran Negera (Cantik dan kemas )

Nanun yang Lecih ..... Tandas awam berhampiran kefetria Hospital Perempuan dan kanak kanak Likas menjijikkan ..... mangkuk tandas dipenuhi air dan najis .... tetapi tandas kawasan sebelah dalam HEBAT bersih ...


Namun anak kampung dah Muak .... Menuggu giliran , 16 Kuanter Pos Malaysia KK cuma 3 sahaja kuanter yang beroperasi .... bersebelahan tempat duduk anak kampung masing- masing terkumat kamit mengumpat keadaan yang berlaku ..... yang memualkan pegawai yang duduk dimeja khidmat pelanggan susah sangat nak senyum ....

Penambah baikan perlu dilakukan... oleh sesiapa sahaja yang dipertnggunjawabkan ....