Tuesday, October 27, 2009

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG


fikirkanlah apa yang terdetik dihati kita ...yang pasti anak kampung malu dengan mereka ni ... apakah ini sebahagian hasil pengabaian ilmu agama,Wahai tuhan maafkanlah mereka kerana jahilnya , wahai tuhan ampunkanlah mereka ... anak kita tanya .. bah nyapa merka pegang anjing tu ..... ???? abah jawab, serupa nabil .... lu fikir lah sendiri !!!!

ANAK KAMPUNG

Thursday, October 22, 2009

TUJUH PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO , MELAMBANGKAN KETELUSAN PIMPINAN

1) Meningkatkan jumlah perwakilan bagi memilih pemimpin iaitu dari 2,500 orang kepada 146, 500 perwakilan.

2) Menghapuskan sistem kuota pemilihan dan digantikan dengan sistem pendaftaran dengan kelayakan minimum untuk bertanding.

3) Menambah satu wakil wanita di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

4) Proses pemilihan dilakuan serentak bagi Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

5) Yuran tahunan dihapuskan dan digantikan dengan yuran seumur hidup.

6) Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri diberi mandat mengesahkan keahlian baru.

7) Setiausaha Bahagian dilantik secara automatik sebagai perwakilan di Perhimpunan Agung Umno.

Sunday, October 11, 2009

MENELADANI KEKURANGAN , MEMBATASI KELEBIHAN .... Selamat bersidang Ke perhimpunan Agung UMNO 2009




UMNO harus mengambil iktibar dari kerisis kepimpinan yang berlaku pada MCA apakah UMNO dan dan seluruh warga hanya melihat dan mendengar dari krisis yang berlaku . Mesej yang cukup jelas . Apakah keruntuhan moral pimpinan dan keangkuhan penyokong yang secara totalnya menghukum tampa menimbang tara siapa salah atau siapa benar menjadi semacam trend untuk berparti dan berkepimpinan . Apa yang pasti MCA akan bermula dari seawalnya semula walaupun sedikit demi sedikit sokongan dan kepercayaan ahli diakar umbi semakin terhakis .Namun harapan untuk MCA dipulihkan semula terlalau tinggi kerana rakan – rakan didalam BN pasti merasai getirnya . kita tidaklah mau memperincikan apa yang berlaku pada krisis MCA , namun benar kata pepatah dicubit peha kanan peha kiri pun terasa juga . begitulah hukum politik kuasa pemutus ditangan ahli dan rakyat .

Hari ini tunjang pemerintahan Negara adalah UMNO dan BN .Persoalannya mampukah ia hanya ditegakkan dengan pelbagai selogan dan wacana kepimpinan baru bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang . Pendekatan dan kaeadah yang sedang dan akan dirangka hanya semata mata bertujuan bagi terus mempastikan UMNO terus relevan dan diterima rakyat . sesungguhnya usaha ini haraus diteruskan sebagai penanggungjawaban pimpinan yang telah diberikan amanah .Pindaan perlembagaan UMNO yang akan diusulkan pada perhimpunan agong UMNO khamis ini mempertaruhkan kuasa kepimpinan tertinggi UMNO pada ahli diperingkat akar umbi . Apakah pindaan ini satu jalan penyelesaian terbaik untuk UMNO terus terpahat dihati rakyat . Bagi anak kampung penjelasan ini diperklukuhkan dengan keraguan yang dilahirkan oleh mantan Presiden UMNO Yang amat berbahagia Tuan Pak Lah yang antara lain katanya Pindaan Perlembagaan UMNO bukanlah suatu azimat untuk menjadikan UMNO lebih kuat dan berwibawa serta terus memerintah negara . kata beliau lagi , Apa yang pasti ahli UMNO mestilah menghayati perjuangan parti , bersikap ikhlas dan bertanggunjawab serta melaksanakan amanah yang diberikan . Persoalanya apakah benar sikap ahli UMNO hari ini seperti yang diungkapkan oleh Tuan Pak Lah dan berapa peratus sikap tersebut tertanam dikalangan ahli UMNO yang berjuta ramainya di malaysia .

Namun demikan kebarangkalian perlaksanaan pindaan perlembagaan UMNO ini , mampu menunaikan harapan seperti yang di ungkapan naib presiden UMNO Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal bahawa UMNO akan melakukan pembersihan dengan hanya melantik pemimpin yang berkualiti dan setia dilantik sebagai pemimpin parti pada masa hadapan . kelangsuangan ungkapan ini telah dan pernah dilahirkan pimpinan sebelum ini yang pastinya dijadikan sebagai usaha kearah memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada UMNO . Apa jua yang akan berlaku pada pindaan perlembagaan UMNO yang akan diusulkan pada khamis ini akan menjadi penyelamat dan dinding kerakusaan sesetengah ahli yang mahukan UMNO terus berkubur . Bagi seluruh anak kampung tidak ada kemampuan yang boleh disumbangkan selain hanya mampu bermunajat kepada Allah Swt. agar UMNO terus diselamatkan . dan anak kampung berpesan pada seluruh anak – anak kampung yang akan menjadi perwakilan pada kali ini agar melakukan sembahyang sunat istikarah dan bermuasabah memohon petunjuk pada Allah Swt kerana tidak ada kuasa yang lebih hebat dan perkasa untuk melengkapkan perjuangan UMNO sedari dulu kini dan selamanya . ingtlah selalu UMNO akan hanya kuat , kukuh, hebat dan selamat atas dasar P ( Patuh ) A(dalah ) T(tunggak ) U( untuk )H( hidup) dan kesetian ahlinya. Selamat bersidang …… didoakan semoga semuanya selamat




Monday, October 5, 2009

SELAMAT TINGGAL PADA SEMUA PERGIMU TAK KAN KEMBALI LAGI

5/oktovar 2009 jam 5 pagi kembalinya kerahmatullah allahyarham Jaafar Bin Ismail di Hospital Daerah Beaufort . Sahabat dan rakan taulan mengunjungi beliau dirumah kakak beliau di Kg Weston . Jenazah beliau di kebumikan di tanah perkuburan orang orang islam di Pekan weston . Allahyaraham yang juga mantan Pengerusi JKKK Kg Laut weston meninggalkan 1 orang balu dan 3 orang anak . Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para suhada dan solehin ... al Fateah .

Thursday, September 24, 2009

ANAK KAMPUNG DI PAGI HARI RAYA

Kami bersyukur dengan apa adanya.... kerak nasi bercampur kopi yang kami makan cukup untuk mengenyengkan , setiap suap darinya mampu membuatkan kami bersembang panjang tentang harga sebuah masa depan .... dimana kami dan kemana kami ... untuk seterusnya . di sekolah nanti kami bolehlah menikmati makanan tambahan walau kekadang ianya tak senak KFC , dihirup dengan susu percuma tak lah sama dengan teh buatan ibu di rumah , KWAPM rasanya cukup untuk kami , skim pinjaman buku tex apatah lagi , kelas tambahan percuma amat- amat kami hargai , pakaian sekolah yang diberikan tak habis kami pakai . Terbaru ayah yang ke laut menerima skim bantuan nelayan RM200.00 , Ibu senyum bolehlah ibu bawa kami ke pakan membeli sepasang baju raya bercetak gambar Dorimon . Yah..... dorimon yang mampu mengelurkan keinginan dan impian dari koceknya sehinggah menjadi kenyataan. Tetapi rasanya tak pula kami mahu menjadi dorimon yang hanya terlalu mudah untuk mendapatkan sesuatu ... Apa yang pasti jauh dilubuk hati , kami telah dan sedang menerima pembelaan lantaran jika ada sedikit ruang jangan sesekali kami dilupakan kerana kami akan selalau mengingat dulu kini dan selamanya ...



Wednesday, September 23, 2009

ANAK KAMPUNG

Wednesday, August 26, 2009

1 MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

ANAK KAMPUNG..........

Tuesday, August 25, 2009

SELAYANG PANDANG

Tuesday, August 18, 2009

NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Anak Kampung baru saja balik dari Kota Kinabalu , Bandar besar yang kini dibangunkan dengan kepelbagaian kemajuan yang terkini . Terdetik dihati anak kampung kebanggaan yang meluap- luap , hebat dan rancak pembanguan Kota Kinabalu dibawah kepimpinan cemerlang kerajaan kita hari ini . Jambatan bertingkat , Lapangan Terbang , pusat membeli Belah , Pusat Pendidikan , Pusat Kesihatan , kemudahan awam dan bermacam lagi ... Gini Yang kita rakyat Sabah mahukan ... serumpun sebangsa mampu hidup bersatu padu cina , melayu , india , kadazan , dusun dan lain lain lagi melakukan aktiviti perniagaan di bandar besar Kota Kinabalu ...

Namun sedih......anak kampung bila mendengar salah seorang pelengan mengeluh ' Semua urusan kena guna duit " Peristiw ini berlaku di jabatan pendaftaran negara mendapatkan cabutan My Kad RM 5.00 ,nak memperbaharui My Kad yang rosak RM 10.00 tak apa lah peraturanlah katakan sudah lah cam tu nombor menunggu pegawai yang ambilkan sampai 5 keping untuk lima orang ... buat de aja ........ lebih sedih terkelibat diwajah salah seorang pegawai berat sngat nak senyum ketika mana pelabagai selogan tertampal dimerata tempat ... pun gitu tak semua... Pejabat Pendaftaran Negera (Cantik dan kemas )

Nanun yang Lecih ..... Tandas awam berhampiran kefetria Hospital Perempuan dan kanak kanak Likas menjijikkan ..... mangkuk tandas dipenuhi air dan najis .... tetapi tandas kawasan sebelah dalam HEBAT bersih ...


Namun anak kampung dah Muak .... Menuggu giliran , 16 Kuanter Pos Malaysia KK cuma 3 sahaja kuanter yang beroperasi .... bersebelahan tempat duduk anak kampung masing- masing terkumat kamit mengumpat keadaan yang berlaku ..... yang memualkan pegawai yang duduk dimeja khidmat pelanggan susah sangat nak senyum ....

Penambah baikan perlu dilakukan... oleh sesiapa sahaja yang dipertnggunjawabkan ....

Wednesday, July 29, 2009

AKIBAT SENGKITA


ANAK KAMPUNG

Yahoo!

Tuesday, July 28, 2009

SALAM DARI KAMPUNG

"اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان "
Ya Allah Ya Tuhan Kami... berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban.. serta panjangkanlah umur kami sehingga menjelang bulan Ramadhan....

REHATKAN FIKIRAN






ANAK KAMPUNG

Sunday, July 26, 2009

FIKIR - FIKIRKAN , INGAT INGATKAN



ANAK KAMPUNG

Wan Siti Farihan Juga Wajar Dibela!


Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan membela kematian Wan Siti Farihan, dinukilkan tulisan rbf. Selamat membaca!

Nampaknya perjuangan menuntut keadilan untuk Wan Siti Farihan dan keluarganya telah pun menunujukan cahaya di hujung terowong. Samada cahaya itu akan terus bergerak ke pertengahan dan seterusnya ke permulaan terowong terpulang kepada kita semua untuk menentukannya.

Terima kasih kepada beberapa blogger yang turut sama memainkan isu ini. Hasilnya, isu ini telah mendapat tempat di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Walau bagaimanapun penjelasan daripada pihak Polis belum dapat memuaskan hati penuntut-penuntut keadilan untuk Siti Farihan. Polis berkata tiada unsur jenayah. Jika tiada unsur jenayah ,unsur apakah yang membuat beliau jatuh dari bangunan tersebut ?

Jika kes Teoh Beng Hock dapat diselesaikan sebanyak 60 % sebelum satu minggu ,saya juga ingin tahu berapa peratuskah siasatan kes ini telah berjaya diselesaikan dalam tempoh satu bulan ianya berlaku ?

Mengapa ada pilih kasih dalam kes begini. Sedangkan kes mereka berdua adalah sama,iaitu jatuh dari bangunan. Adakah kerana Siti Farihan anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco atau orang politik, maka kes ini boleh disiasat perlahan-lahan ?

Sedangkan kedua-dua mangsa ini adalah pemegang MyKad. Yang membezakannya hanya seorang berstatus bumiputra dan seorang lagi bukan bumiputra,tetapi kedua-dua keluarga mereka harus mendapat layanan yang sama adil daripada Polis berhubung penyiasatan kes yang dialami oleh anak-anak mereka.

Utusan Malaysia juga sama,adakah kerana Siti Farihan hanya anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco maka berita mengenainya hanya disiarkan 'ciput' sahaja dan diletakan di muka surat 14. Kenapa ianya tidak diletakan di muka surat utama dan tidak diberi publisiti secara meluas. Inilah yang dikatakan kera di hutan di susukan,anak sendiri mati kelaparan.

Harap Awang Selamat dapat menjawabnya dalam Mingguan Malaysia.

Bab Kerajaan Selangor pula lagi teruk... Dalam kes pencuri kereta yang mati semasa dalam tahanan Polis iaitu Kugan,kerajaan negeri telah menanggung sepenuhnya kos keseluruhan upacara pengkebumian Kugan. Puluhan ribu duit rakyat dihabiskan untuk seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah sejak berumur 13 tahun lagi. Malahan,Exco Selangor juga turut dihantar semasa upacara pengkebumian Kugan di Puchong.

Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock,saya tidak pasti puluhan atau ratusan ribu duit rakyat Selangor dihabiskan untuk pengkebumian beliau. Yang saya pasti adalah kerajaan negeri telah menanggung segala kos upacara pengkebumian Teoh. Cuma jumlah yang saya tidak pasti. Malah kerajaan negeri juga menyediakan bas untuk rakyat dari Lembah Klang yang ingin memberi penghormatan terakhir .

Khabarnya kerajaan negeri akan menanggung kos kehidupan tunang Teoh serta anak yang bakal dilahirkan kelak. Berapa semua jumlahnya kelak,kita semua pun tidak tahu.

Mengapakah dalam kes Siti Farihan Kerajaan Selangor tidak menanggung segala kos pengkebumian atau memberi sumbangan kepada ahli keluarga mereka. Sedangkan kes ini juga berlaku di Selangor. Dan Siti Farihan juga adalah antara pelajar terbaik di UKM.

Mana suara-suara PKR,DAP dan PAS Selangor dalam kes Siti Farihan ini ? Jika nasib penjenayah mereka boleh bela,bagaimana pula dengan nasib pelajar terbaik ini ? Kepada rakan-rakan blogger atau NGO-NGO saya berharap kita semua dapat membela nasib Siti Farihan dan ahli keluarganya.

Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kes Siti Farihan. Saya tidak pernah mengenali arwah, ahli keluarganya atau sahabat handainya. Saya cuma merasa terkilan dengan kehilangan seorang mahasiswi cemerlang ini. Negara kita telah kehilangan seorang yang bakal menyumbang kepada kemajuan Agama,Bangsa dan Negara.

Saya difahamkan,Siti Farihan adalah seorang insan yang benar-benar berpegang kuat kepada ajaran agama dan dalam masa yang sama beliau seorang pelajar yang cemerlang dan taat kepada ibu bapa.

Saya juga difahamkan membaca Al-Quran di subuh hari telah menjadi amalan Siti Farihan sebelum beliau meninggal dunia. Dan jika tidak silap saya ,sebelum beliau dijumpai mati,rakannya memberitahu mendengar beliau membaca Al-Quran seperti mana rutin harian beliau setiap hari. Dapatkah kita semua bayangkan perasaan ibu bapa Siti Farihan sekarang.

Apakah perasaan mereka sekarang bila melihat Teoh yang mati terjun bangunan dibela,dipuja dan diagung-agungkan. Bagaimana dengan nasib anak mereka ? Kematian Wan Siti Farihan masih misteri. Bilakah semua misteri ini akan terjawab ? Walahualam !

Wednesday, July 15, 2009

MU: Senyum dalam Duka ....

oleh penulis jemputan anak : ustaz said

PAS terus mengekalkan dominasi di Manek Urai. Berbanding PRU 12, majoriti PAS berkurangan. Kali ini, PAS cuma menang dengan kelebihan 65 undi.

Walaupun tewas, Tuan Aziz Tuan Mat dan seluruh jentera Umno di Manek Urai boleh tersenyum puas. Hasil usaha gigih selama dua minggu lalu berbaloi, dapat mengurangkan majoriti pun bolehlah dikira satu kejayaan.

Namun jentera Umno keseluruhannya, khusus Umno Kelantan tidak harus berpuashati. Kerja baik yang ditunjukkan di Manek Urai wajar diteruskan. Pendekatan berhemah dan mesra mendekati rakyat janganlah dihentikan. Sambil tu, TS Muhyiddin kena terus mencari 'wow' faktor!

Pada peringkat ini, Umno janganlah leka bersorak gembira. Masih banyak yang perlu dilakukan. Usaha transformasi hendaknya diteruskan, demi memastikan momentum sokongan rakyat berterusan.

Dalam berduka tewas, Tuan Aziz bolehlah tersenyum. Dapat menumpulkan keegoan PAS yang mendabik dada, mampu menang mudah. Rupanya, PAS tidaklah sekuat mana!

Bermula sekarang, Tuan Aziz teruskan usaha mendekati rakyat. Segala janji ditabur haruslah dipenuhi. Mungkin jambatan baru boleh dibina sebagai 'hadiah' kepada Manek Urai, sebagai tanda keikhlasan kerajaan pimpinan Umno mendahulukan rakyat!

Manalah tahu cahaya kemenangan bersinar pada PRU13 nanti ...

Anda mungkin juga meminati:

Tuesday, July 14, 2009

ANAK KAMPUNG

Monday, July 13, 2009

1 MALAYSIA UNTUK SEMUA


KETERANGAN LOGO 1 MALAYSIA

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Kata-kata Bistari Perdana Menteri berkaitan 1 Malaysia

”Kebesaran sesuatu bangsa adalah bergantung kepada tamaddunnya yang tinggi dan kebudayaan adalah pencerminan dari tamaddun ini. Kita di Malaysia ini mempunyai keistimewaan bukan saja dari sifat masyarakatnya yang berbilang bangsa tetapi pada hakikat bangsa-bangsa itu mempunyai warisan kebudayaan yang kaya dan tinggi mutunya”

Y.A.B. Tun Abdul Razak Bin Haji Hussien

Ucapan Perdana Menteri Menerusi Radio/TV Malaysia Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan, 31 Ogos 1973

Wednesday, June 10, 2009

SEMBANG-SEMBANG ANAK KAMPUNG


Ketika bersantai duduk ditepi laut berhampiran pasar lama kota kinabalu , Anak kampung terserempak dengan kawan lama sewaktu sama menuntut di SMK agama Limauan Papar . Sejak Awal pertemuan anak kampung dapat menagak dari perwatakan dan penampilanya sememangnya seperti seorang ustaz . Memang tepat jangkaan anak kampung seorang perunding islam disalah sebuah jabatan agama persekutuan .... berkelulusan dibidang syeriah ... selesai dilontarkan pelbagai pertanyan dan jawapan akhirnya cerita yang berkisar dari pengalaman bersama semasa alam persekolahan bertukar menjadi hangat dengan kisah perjalanan politik masa kini .. Pandangannya saya kira ada kebanaranya yang mungkin dapat dikongsi bersama .....

Katanya UMNO sebuah parti yang dominan yang kekal memperjuangkan agenda yang diwariskan dan mempertahankan patriotsma , khususnya memperjuangkan nasib umat melayu ... sememangnya benar dan ianya dilihat segelintir rakyat telah terbukti .... berbanding dengan parti lain khususnya PAS , Keadilan , DAP dan sebagainya ... Anak kampung katakan tidak itu suatu aspek yang cukup sempurna untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat secara keseluruhannya nagara kita pada ketika ini bangkit dan membangun berbandingkan 30 ke 40 tahun yang lepas ...

Sahabat anak kampung setuju dengan apa yang anak kampung katakan ... namun memberikan perbandingan yang nyata .... katanya UMNO memperjuangkan Patriotisma sedangkan Pas memperjuangkan agama yang bersendikan syeriat ... benar dulu PAS ditolak ketika mana orang melayu tidak mampu menguasai ilmu ... hari ini bertebaran anak -anak muda melayu yang mempunyai ilmu yang lebih baik dari anak muda melayu masa dulu ... Kerana hanya ilmu yang mampu membezakan baik dan buruk , benar dan salah . kesudahanya parti yang alpa dan terlupa diri akan menerima hukuman yang jelas . disusuli lagi dengan hujah bila yang hak datang yang batil akan sirna dengan sendirinya . Katanya lagi UMNO mampu melakukan dan mentadbir negara dengan baik kerana keupayaan dan pengalaman sejarah yang telah dilakukan oleh pimpinan terdahulu ... Namun UMNO hari ini tak sama dengan UMNO suatu ketika dulu ... Justru apa yang UMNO perlu lakukan ialah dengan sentiasa muasabah diri ... baraisan kepimpinan UMNO hari ini harus mendekati agama sebagai addin ... bangunkan ekonomi bersandarkan syeriat dan agama ... di Tanah besar semanjung contohnya benar projek - projek dan perancangan besar pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah , sementara tendar tertutup atau terbuka tentunya diperolehi oleh kalangan pendokong parti pemerintah ... akan tetapi malangnya yang melaksanakan sub Konteraktor ialah kalangan ahli ahli kuat Pas ( Pembangkang ) .. Sebagai contoh baut jalan berpuluh juta orang UMNO hanya mampu memiliki laisen dan sedikit modal , apa yang berlaku orang PAS memliki bukan hanya kepakaran tetapi peralatan sendiri bagi melaksanakan sesuatu projek ... Rasanya tak adil kerajaan sebagai parti pemerintah dipersalahkan apatidaknya kempan , ceramah dan peringatan agar tidak melakukan konsep ali & baba ... tetapi berapa kerat orang melayu yang sedar tentang saranan kerajaan ... yang akhirnya melayu jadi mundur .... dan melayu itu di maksudkan ialah orang UMNO ...

Kita tidak mengatakan UMNO harus berubah , sebenarnya tidak ada apa yang harus diubah pada UMNO kerana kejayaan besar masa lalu cukup untuk membuktikan kemampuanya . akan tetapi konsep dan perjuanganya harus diserasikan dengan kehendak ahli akar umbi masa kini ... tak payah kita nak fikir tentang kerajaan perpaduan pas , apa yang penting tumpuan harus diberikan bagaimana memperbaiki dan memperelok perjuangan UMNO ....

Tuesday, June 9, 2009

ANAK KAMPUNG

MENGKRITIK MUNGKIN TIDAK ,SEKADAR MENCELAH ......



Mulanya anak kampung nak rehatkan seketika dari menulis... tetapi tak boleh, seolah - olah ada sesuatu yang menganggu di kepala .... Anak kampung nak cuba lari dari cerita yang berbaur politik seketika, apa tidaknya politik negera tertumpu pada cadangan kerajaan perpaduan .... yang disuarakan oleh Tuan guru Haji Hadi Awang ..... bagi anak kampung nak kata setuju ada juga keraguan , nak kata tak setuju perkara baik ..... kita serah aja kebijaksanaan piminan negara kita ... tetapi kita tetap berasama UMNO dan BN .. Tau ..!!!

Hunjung minggu Lari dari kekusutan itu anak kampung cubalah membawa diri ke bandar besar di kota kinabalu .... agak lama juga anak kampung tak ke bandar .... Rupanya negeri dibawah bayu ini tak kurang hebatnya ketika ini rancak juga dengan kepesatan pembangunan ... bagi anak kampung yang jarang -jarang ke bandar ternampak kejayaan besar pimpinan mentadbir negeri ... Tak sia - sia rakyat memberikan mandat besar pada UMNO dan BN .... sekalung tahniah Pada YAB Datuk Sri Musa Hj Aman ...dan barisan pimian negeri . Bertandang dari satu gedung ke satu gedung di bandar besar kota kinabalu tak sedar pula jam ditangan menunjukan pukul 5.30 petang ,mahu tidaknya lenguh rasa kaki .... akhirnya fikir punya fikir menginap dihotil sedarhana yang tak ada bintang .... jika nak difikir balik lepas juga 5 kampit beras untuk sewa sata malam .

Yang anak kampung rasa tersentak , alangkah terkejutnya dilorong- lorong masih ada pengemis atau mungkin rakyat malaysia yang tercicir dari menerima nikmat hidup sebenarnya ... atau juga mungkin mereka ini insan yang terlepas pandang , Tak lah ramai sangat adanya .... cuma persoalannya siapa yang harus dipertanggungjawabkan bukan semata - mata hanya untuk membersihkan bandar dari sarang pengemis tetapi lebih penting menyelamatkan insan yang tak bernasib baik .... semoga ianya telah , sedang dan selalu disedari oleh pihak yang berwajib .... anak kampung mengkritik mungkin tidak ... sekadar hanya mencelah ....itupn sekiranya boleh ... salam

Wednesday, May 20, 2009

UMNO SABAH DIANTARA CABARAN DAN MASA DEPAN


UMNO Sabah diantara cabaran dan masa depannya harus dilihat secara holestik apatah lagi pengistharan pucuk pimpinan bahawa Sabah adalah "simpanan tetap" (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN).Harapan dan kayakinan kita tetap tinggi , namun yang pasti segalanya mungkin untuk berlaku . Sesungguhnya pelbagi kejayan besar yang berlaku di Sabah khususnya menaik taraf perkepita pendapatan isi rumah akan terus menjadi cabaran besar pimpinan negeri dibawah teraju YAB Datuk Seri Musa Hj Aman . Jika diukur agenda pembasmian kemiskinan yang telah dan sedang dilaksanakan ianya mampu membuatkan rakyat teruja . Sudah tentu bagi pihak pimpinan UMNO dan sokonga ianya cukup untuk memberikan keselesaan bagi mendapatkan sokongan besar pada pilihanraya yang akan datang . Rasanya tanggungjawab pimpinan akan terus terjujung dibahu mereka , Namun yang menjadi kegetiran kini dan seterusnya, mampukah pimpinan diperingkat akar umbi melaksanakan amanah yang disandarkan bagi memperkukuh parti dan kerajaan diceruk pekan desa dan kampung . Jika ini tidak mampu dilakukan adalah tidak mustahil untuk UMNO dan BN untuk bertahan sebagai ( Fixed deposit BN pada pilihanraya yang akan datang ). dan kita yakin pimpinan akan melakukan sesuatu sebelum ianya terlambat ....

Tuesday, May 19, 2009

DUN PENANTI ......PERCAYALAH RAKYAT SETUJU DENGAN PENDIRIAN -BN


Fikir Fikirkan...... , Mengapa BN Tak Tanding ...... tentu pembangkang akan kata BN takut menerima kekalahan...... Apa pun sebabnya BN telah dan sedang berkuasa untuk memperjuangkan agenda membangunkan negara dan rakyat . Apa yang pasti BN ada alasan yang lebih sempurna untuk melaksanakan amanah yang lebih penting untuk rakyat, dari memperdulikan hal-hal pilihan raya sepanjang tahun ......RAKYAT DIDAHULUKAN ....... !!!!! BAH .. ni yang dikatakan " Kata Di Kota " ... Lebih hebat rakyat nak tengok pembangkang syok sendiri ..... Selamat berpilihanraya ....

Sunday, May 17, 2009

ANAK KAMPUNG

Thursday, May 7, 2009

NEGERI PERAK DILANGGAR TODAK


Ho...Kamu Kamu semua ...... apa kami peduli ...

DAULAT TUANKU ...

banyak cantik lu punya muka .......


Inilah yang di mahukan oleh pengundi DAP PAS dan Pakatan di Perak


buat selalu dan selamanya ..... Aman dami ... dan makmurlah hendaknya



Hero Melayu Islam Tersohor abad Ini .......


Parit di Kampung masih Tersumbat Dato ..!!!!


Dato Dimanakah adab..... dan sopan .....!!!!


Siapa sebanarnya yang berkuasa ...... lu fikirlah sendiri




Nak kata apa lagi jika melayu sendiri menidakkan hak melayu ...
bila dikata ... dia jawab kita tak menidakkan hak melayu , kita cuma mahukan kuasa ....


Inilah pejuang bangsa , negara dan agama yang terhebat dibumi malaysia


mengajak rakyat bermusuhan dan melakukan keganasan ...



1 JUTA AHLI UMNO DIBELAKANG DATO ....



8 NILAI UNTUK 1 MALAYSIA


01.Budaya Kecemerlangan,

02.Ketabahan,
03.Rendah Hati,
04.Penerimaan,
05.Kesetiaan,
06.Meritokrasi,
07.Pendidikan
08.Integriti

Tuesday, May 5, 2009

SALAM ANAK KAMPUNG .... DARI KAMPUNG .. UNTUK PACIK DAN MACIK MENTERI YANG INGAT KAMI DI KAMPUNG ...


Salam dari anak kampung pada semua pacik -pacik menteri kami yang dikasihi .. inilah syurga kami disini , berbagai adanya . Tak ingin rasanya kami dikenali , syukur sekadar diingati .... Apun ayah kami senyum kini menerima Subsidi Petrol untuk memunggah secubit hasil laut . Ibu senyum diceruk dapur bila kakak bagi tahu ayah menrima bantuan RM 200.000 dari kerajaan... baik dan prihatin .. Lepas jugalah bil air , leterik , astro dan boleh juga kami beli sehelai dua seluar baru untuk persiapan raya nanti .

Abang kata .. adik tak perlu meringek lagi nak beli peralatan sekolah wang Kumpulan amanah pelajar miskin RM 800.00 lebih dari mencukupi . setakat 2 ,3 kampit beras lepas juga ...

Kakak kita selalu cakap dengan ayah dan emak ... baik sungguh pacik - pacik menteri kita ya .. ayah ... !!! kadang -kadang emak mencelah Tulah ayahnya ...Orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita marasa .. adik mencelah ., Yah ...! rumah baru Untuk orang miskin tu bila nak siap ....!!!!

Monday, May 4, 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN , SABAH TERUS MENDAPAT PEMBELAAN


Selamat datang Dato Seri Najib Tun Abd Razak ke negeri dibawah bayu , Kesudian dato Seri ke bumi sabah membawa harapan baru kepada rakyat sabah yang mahukan agenda besar negara dan pimpinan , 1 malaysia untuk rakyat malaysia diakrabkan kepada rakyat berbilang kaum dan agama di negeri sabah agar ianya mampu menjadi kenyataan . Percayalah kami anak - anak kampung di negeri bawah bayu ini akan terus bersama Dato Seri dari dulu kini dan selamanya . Walaupun salam Dato Seri untuk 1 malaysia telah sampai ke kampung kami namun gitu jenguk- jengungklah juga kami di kampung .

Friday, April 24, 2009

BELALANG - JANGAN TAKUT KITA LAWAN .............!!!! TUN MAHATHIR MUHAMED

Pada kita Pilihanraya bukanlah sesuatu yang luar biasa , Kalah dan menang adat pertandingan . Yang pelik dan menghairankan Pilihanraya yang sengaja diada- adakan bagi menutup kelemahan sendiri . Nasihat Tun M perlu diambil perhatian sebijaksana mungkin kerana mengelak dari menyertai pilihanraya yang berlaku akan mengundang pelbagai riaksi ahli UMNO apatah lagi penyokong2 BN . Pada perkiraan anak kampung ,Biar Allah Swt yang mengadili siapa sebenaranya yang zalim (PEMIMPIN ATAU RAKYAT YANG MENGUNDI ) Jika benar Pemimpin UMNO zalim hukumlah jika tidak, terimalah akibatnya bukan manusia yang menghukum tetapai Allah SwT ... Fikirkan lah UMNO telah bertahan sekian lama bukan kerana ia Kuat dan Pembangkang Lemah akan tetapi tegak kerana keiklasan pemimpin dulu Kini dan selamanya, sekali gus kelangsungan izin darpada Allah Swt ...



Thursday, April 23, 2009

KERATAN AKHBAR YB DATUK AHLI PARLIMEN SIPITANG

YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P.178 Sipitang diiringi Oleh YB Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan , diperhatikan oleh Saudara Hj Afiz Yamani Musa Ketua Pemuda UMNO Sipitang Dan Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang En Matbali Musa dalam mejlis Penyerahan Pelbagai Pabntuan Kerajaan anjuran Rukun Tetangga Kg Suasa .

Tuesday, April 21, 2009

PEMIMPIN DIKASIHI ,RAKYAT DISAYANGI

YB Kamarlin Hj Umbi - Ahli Dewan Undangan Negeri terus tunaikan tanggungjawab untuk rakyat .( Gambar lawatan ke salah sebuah penduduk di Kg Lingkungan /bertanyakan masaalah yang dihadapi rakyat . )

Monday, April 20, 2009

RAKYAT SEDANG MENANTIKAN KEAJAIBAN BARU UNTUK PM BARU ...


Syabas dan tahniah Kepada PM Baru Dato ' Sri Najib ... 1 MALAYSIA , RAKYAT DIDAHULUKAN , PERESTASI DIUTAMAKAN . Merupakan suatu keajaiban yang harus ditafsirkan sedalam - dalamnya . Hanya yang cekal ,berani dan ikhlas sahaja mampu melakukanaya , Dan apa yang pasti pengistiharan Dato ' sri Najib menjadi harapan baru pada rakyat Malaysia. Sesungguhnya tidak semudah itu pimpinan melatakkan kuasa rakyat secara total melebih segala- galanya , Sehinggah nantinya setiap jam pimpinan dan Kerajaan bertukar ganti . Akan tetapi Dato Sri Najib percaya bahawa rakyat malaysia mempunyai budaya dan tamadun hidup yang tinggi , Sungguh orang berbudi kita berbahasa , Orang memberi Kita Merasa . Keajaiban terbaru 100 Juta Saham Wawasan untuk rakyat miskin . Tentunya ada lagi keajaiban yang akan berlaku .. InssyAllah

Wednesday, April 15, 2009

KITA DITOLAK BUKAN KERANA DIBENCI - TETAPI KASIH SAYANG RAKYAT ADALAH TEGURAN UNTUK KITA KUAT KEMBALI


Sungguh Perjuangan masa kini harus didapani dengan penuh tertib dan bijaksana seorang pemimpin tampa sebesar zarah pun lari dari konsep perjuangan meneggakkan agama ,bangsa negara .Namun sejak beberapa dekad ini terlihat tanda- tanda kuasa untuk berkata yang benar bukan lagi dijadikan asas untuk menzahirkan kepercayaan rakyat . Seolah - olah perjuangan masa kini menuntut agar kepercayaan dan keyakinan harus dibina mengikut kehendak fikrah kerakusan jahilaih . UMNO parti yang memperjuangkan agama dan umat melayu ternyata menerima pelbagai kecaman setelah pelabagai dasar , usaha dan keterbukaan dilakukan oleh pendokong dan pimpinanya . sejak bertahun -tahun lamanya Pemimpin datang silih berganti yang secara hakikinya Perjuangan UMNO telah berjaya memenuhi tuntutan dan kepentingan rakyat dan Umat melayu namun masih kekal dikatakan parti yang hanya membuka ruang kepentingan pada individu dan kumpulan tertentu . Untuk itu harus bagaimana lagi diperkatakan selain menerima secara terbuka rasa ketidak puasan hati pelbagai kelompok rakyat yang merasakan meraka dipinggirkan , diketepikan dan diabaikan . Apatahlagi eksterm agama yang sering menyatakan bahawa merkalah insan madani yang memperjuangkan agama , UMNO tidak .kekayaan negara diagihkan kepada kroni - kroni UMNO sahaja . Lebih parah lagi setiap isu yang terpaksa ditanggungi oleh pimpinan dan rakyat disambut secara songsang oleh pihak yang tidak senang dengan UMNO dan BN . Hari demi hari silih berganti rakyat terus dihujani dengan pelbagai tanggapan salah kepada parti dan kerajaan pemerintah sehinggah menghakis keparcayaan rakyat .
Akhirnya siapa yang harus dipersalahkan . Lu FikrLah sendiri .. Kat nabil

Tuesday, April 7, 2009

KALAH LAGI .... SABAR AJALAH .... !!

Dimana pun kita siapa pun kita kalah menag ada bertanding .... kita juma lagi di PRU Ke 13

KALAH BUKAN UKURAN LEMAHNYA BN

Telah menjadi unjuran dan jangkaan awal tentang kekalahan BN di dua Bukit , Namun kemenangan ini tak memberikan kesan apa pun . Buatlah kesimpulkan apa pun BN Tetap dihati Rakyat dan BN akan tatap selalau dan selamanya . Bagi kita tak ada alasan yang terbaik untuk memberitahu tentang kekalahn BN di dua Bukit selain menerima kakalahn itu dengan hati yang terbuka . Tak payah nak buat kerja saman sana , saman sini . berhimpun ramai ramai dijalanraya telalak telolong ,Laksanakanlah tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat

Apa yang pasti kakalahan ini akan menjadi ingatan PM yang baru dan seluruh jentera BN bagi mencukupkan yang kurang dan mempertahankan yang sedia ada .... Kita juga sedar bertapa sukarnya membina semula apa yang telah diciptakan setelah rakyat diracuni dengan pelabagai fitnah dan perasangka buruk pembangkang .Tentunya mengambil masa yang agak lama bagi membetulkan kepercayaan rakyat dan selaku Penyokong BN kami percaya PM baru kami mampu melakukanya. Pertimbangan apa kah yang lebih baik dilakukan oleh pemimpin pemimpin BN yang ada melainkan Muasabah diri dan menegakkan kejujuran serta keikhlasan mandat yang telah diberikan rakyat . Samapi masa akan ada pertemuan yang lebih hebat dari apa yang berlaku hari ini .......


Friday, April 3, 2009

NEGARA, BANGSA INI MILIK KITA BERSAMA YANG HARUS DIPERTAHANKAN

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT


PERALIHAN KUASA YANG DILAKUKAN PENUH TERTIB DAN KEINSAFAN MEMBUATKAN HATI RAKYAT TERHARU


PERDANA MENTERI KE 6 . BAKAL MEMBAWA
KEAJAIBAN UNTUK RAKYAT