Friday, March 27, 2009

SALAM DAN UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH DARI ANAK KAMPUNG UNTUK SELURUH PIMPINAN TERTINGGI UMNO YANG TELAH BERJAYA
















Inilah ujian besar Pimpinan Tertinggi UNO yang baru dipilih .... tak paya nak susah- susah rakyat tahu apa nak dibuat ,yang penting bekerjalah untuk rakyat inssyaalah , UMNO , BN akan tetap berjaya dengan cemerlang .....

CABARAN BARU UNTUK PEMUDA UMNO YANG BERANI DAN BERUBAH -KITA YAKIN KJ MAMPU














PERWAKILAN PEMUDA UMNO DARI KAMPUNG DAN BANDAR ..HARUS DIBERIKAN PUJIAN ......

Kita harus melihat kemenangan KJ membawa bersama mesej UMNO diakar umbi bahawa UMNO perlu didukung oleh kalangan pimpinan yang lantang bersuara dan lebih penting mempunyai ciri kepimpinan yang berani yang tidak hanya sekadar memanaskan Kerusi teringgi pimpinan .
Telah sampai ketikanya KJ diberikan peluang untuk membuktikan kepimpinanya . pemuda UMNO akar umbi telah lama menantikan pimpinan seperti KJ yang tidak pernah gentar dengan sebarang cabaran untuk membetulkan fakta isu yang ditimbulkan ... sudah tetntu cabaran awal yang dihadapi oleh KJ ialah rasa kurang senang kawan dan lawan didalam UMNO itu sendiri atas kebolehan dan kelebihan yang ada pada KJ . Justru cabaran ini harus didapani oleh KJ dengan penuh tenang , bertanggungjawab dan bijaksana . seperti kata papatah orang tua , dua hal yang menjadi ancaman bila turun kesungai atau ke laut , air yang deras dan baham buaya ganas walau bahayanya sama sahaja dan keadaan yang selalu berlaku adanya air deras yang terlebih dahulu membunuh bukan buaya .

Sudah tentu kejayan yang dilakar atas kehendak perwakilan ini akan menimbulkan ancaman bahawa KJ akan disanggah, KJ akan dikecam , KJ akan dicelah dan KJ bermacam macam lagi justru percayalah inilah.... budaya UMNO yang harus dihindarkan sehingga sampai ke akar umbi . masing masing mengangap dialah yang hebat dengan pelabagi anjkan - anjakn baru yang tak terkira . Jika Kita ingat Pak Mentua KJ dah dilakukan sedemikian tak mustahil KJ pun akan menerima nasib yang sama . Peralihan kuasa Tun M dan Pak Lah diterima dengan gah dan sumpah keramat yang hebat - hebat ,akhirnya ....... desakan , sindiran , andain ,dan bermacam -macam lagi dijadikan sandaran untuk meminta beliau turun dalam kadar yang segara . Bagi anak kampung apa pun perubahan yang dilaung -laungkan jika budaya tak senang dan dengan apa yang ada pada orang lain masih ada dikalangan pimpinan dan ahli apa tah lagi melibatkan pimpinan tertinggi , UMNO yang bakal menerima perubahan tak akan kemana - mana .

Justeru bagi seluruh anak - anak pemuda kampung berkeyakinan KJ mampu melakukan satu anjakan baru yang hebat dan besar untuk pemuda UMNO . Jika kita nak sentuh banyak hal yang hebat telahpun dilakukan oleh KJ semasa menjawat jawatan Naib ketua Pemuda UMNO malaysia dan tak mustahil sentuhan - sentuhan baru yang bakal dicetuskan KJ sebagai ketua Pemuda Baru Pemuda UMNO Malaysia akan membutkan Pimpinan Pembangkang kecut perut .

Saya kira dalam perhimpunan agong kali ini Perwakilan Pemuda UMNO yang datang dari seluruh pelusuk negara harus diberikan pujian besar kerana telah mengembalikan pimpinan kepada yang berhak memimpinya .

Apa pun mustahil pada kita KJ mampu mengubah Pemuda UMNO secara keseluruhan , Namun tidak mustahil KJ juga mampu membawa perubahan yang lebih baik daripada yang terdahulu .

Bagi kita anak - naka pemuda dikampung akan sentiasa meberikan sokongan yang tidak berbelah bagi papad pimpinan baru yang telah dipilih .

Aalahi .... Pimpinan pembangkang apalah sangat .... Pimpinan UMNO tahu apa yang hendak dilakukan , tak payah kamu nak sebok buat andain dengan pimpinan kami , kami tahu bagaimana nak turunkan meka semua ni ....bila meka buta salah . buat aja kerja kamu memfitnah dan cari salah orang ... perlu diingat memfitnah itu salah , berdusta itu juga salah dan dimurka oleh Allah Swt . salam anak kampung pada semua pembangkan . kampung kami maju dan aman dami tau , macam amacam ada ......!!!!!! tak paya nak sebok .

Sunday, March 22, 2009

CONTOH PEJUANG YANG HARUS DIPUJI



Anak kampung sedih , atas larangan yang dibuat kepada salah seorang tokoh pimpinan yang berwibawa ini . Namun apakan daya Ketentuan sudah meletekkan adanya begitu . Namun apa yang pasti berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .
Sabar ajalah Dato tentu ada hikamah disebaliknya ...

Thursday, March 12, 2009

ILHAM TAN SRI P.RAMLI JADI KENYATAN

Sewajarnya kita fikirkan dan renungkan dari apa yang berlaku kisah benar yang pernah digambarkan Oleh Seniman Agong Tan sri P.Ramli di negara pasir dua butir .... Aap yang penting pada kita hari ini menginsafi dan menyedari bahawa negara sedang diperkotakkatikkan oleh anasir jahat yang cuba memecah belahkan perpaduan rakyat .... Berbalahlah ... berdebatlah ... dan bergesirlah ... tetapi biarlah hanya sekadar pendapat dan pandangan yang akhirnya rakyat keseluruhannya harus menjadi keutamaan . Anak kampung yakin perbalahan dan persengkitaan ini jika terus dibuyai ianya tidak akan ada penghujungnya ....






Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDDURASSUL SAW . DARI ANAK KAMPUNG .....

PETUA NABI MUHAMMAD S.A.W

Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di arahkan oleh Tuannya.

Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas.
Dia bertanya Nabi Muhammad SAW, “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?”
“Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya ?”Nabi menjelaskan “Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.”

Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.
Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, “Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?”Nabi menerangkan, “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

SALAM MAULIDDURASSUL S.A.W......... IZIN ISTERI UNTUK PARA SUAMI

8G ..untuk Suami

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.


2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

SALAM MAULIDURASSUL ...... IZIN PARA SUAMI -SUAMI DARI ANAK KAMPUNG UNTUK SEMUA YANG BERGELAR ISTERI .

Empat madu duduk satu tempat tak da hal pun .....!!!
"Taatlah Pada suami seperti dulu, Kini Dan
Selamanya" ...Kerana Allah s.w.t
C1. CABARLelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABULCabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPARWanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOTTerdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURUCemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWETKata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAIBuat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAIKebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah…..

dari ...... Dr Fadillah Kamsah

SALAM MAULIDURASSUL ...... DARI ANAK KAMPUNG

PEGAR DIRI DARI SEGALA SIHIR DAN ILMU HITAM

Pagar Pertama (1) -
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan TamarMadinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamartersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabdaRasulullahS.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihiryang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) -
Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yangmempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawalketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.Tkepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlahjasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Keranasesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulusebelum tidur, melainkan ada bersamanyaseorang Malaikat. Malaikattersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkandoa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalamkeadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) -
Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambilberat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebasserta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solatberjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingimereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikutriwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikansolat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akandidampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solatberjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yangmenyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) -
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir Bangunlahmengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifatmempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepadasyaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampumenguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumiyang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitantersebut.
Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga keSubuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. punbersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalamtelinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) -
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandasadalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akanmencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasaiseseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuahbukuseorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernahmemasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketikakemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila RasulullahS.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungandengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya sayaberlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguansyaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) -
Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepasmajlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adabberpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya diatas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:“Ya Allah. sayamemohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungike atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yangtelah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku inikeatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatanorang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telahmelakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipudaya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) -
Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalamsatu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepadaAbu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelumtidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitansekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
RasulullahS.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambilberkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendirisememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari).

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW.





Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
Tinggalan Bahtara nabi Noh
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang
yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Tuesday, March 3, 2009

ISLAM TIDAK MENGHADKAN MASA KEPIMPINAN

Oleh:GHAFANI BIN AWANG TEH
BAHAGIAN KESUMA, JAKIM
Beberapa pemimpin dunia yang rakus memerintah dimufaraqah dan digulingkan oleh rakyat. Mantan Presiden Ferdinand Marcos memimpin Filipina selama 18 tahun (1965–1983), Shah Iran memerintah Iran selama 38 tahun (1941–1979), dan Presiden Suharto Indonesia memerintah selama 30 tahun (1968–1998) adalah antara pemimpin dunia yang dimufaraqahkan secara kekerasan oleh rakyat jelata.

Terdapat juga pemimpin yang lama memerintah tetapi tidak digulingkan oleh rakyat jelata. Presiden Fidel Castro memerintah negara Cuba selama 47 tahun (1959–20 Februari 2008). Beliau berundur setelah kesihatannya lemah. Muammar Ghaddafi pula memimpin Libya sejak tahun 1969 hingga kini (39 tahun) terus bertahan kukuh. Dr. Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri memimpin selama 22 tahun (1981–2003) adalah Perdana Menteri paling lama memimpin Malaysia setakat ini.

Persoalan besar timbul ialah apakah Islam menentukan tempoh tertentu bagi seseorang memimpin negara? Kalau kita lihat kepimpinan dua puluh lima orang Rasul–Rasul Allah, maka didapati Rasul–Rasul itu menjalankan tugasnya sampai ke akhir hayat. Rasulullah S.A.W sendiri menjadi pemimpin negara dan masyarakat Islam selama 23 tahun. Khalifah–Khalifah al–Rasyidin juga memimpin negara ISlam sampai ke akhir hayat. Berdasarkan sunnah ini, maka jelas Islam tidak menentukan had tempoh tertentu untuk memimpin negara dan rakyat jelata.
Pada prinsipnya aktiviti kepimpinan adalah termasuk sebagai tugas dakwah atau dianggap ibadah kerana tugas mulia menolong rakyat ke arah kebaikan. Niat yang betul dan gaya kepimpinan yang selari dengan ajaran Islam maka kepimpinan itu akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT. Sebab itu para Rasul–Rasul Allah dan Khulafa′ al–Rasyidin memimpin umatnya hingga ke akhir hayat. Demi mempertahankan kemuliaan hak kepimpinan ini, mereka tidak mudah mengalah dan menghadapi dengan sabar menyelesaikan masalah negara, rakyat dan menghadapi musuh–musuhnya.

Persoalan besar timbul ialah apakah syarat yang ditetapkan Islam bagi memenuhi ciri kepimpinan yang bersifat dakwah itu?. Al–Quran menetapkan secara umum kriteria seseorang pemimpin. Kriteria itu ialah seorang yang mampu memberi manfaat bagi orang yang dipimpinnya (al–Maaidah: 42), pemimpin itu orang bercakap benar, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan kepada orang yang dipimpin (al–Baqarah: 119), dan pada diri pemimpin itu terdapat contoh teledan yang baik untuk diikuti (al–Ahzab: 21).

Ketika mengulas tanggungjawab dalam kepimpinan, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, :“Sesiapa di antara pemimpin yang dipertanggungjawabkan memimpin rakyatnya tetapi melakukan penipuan, maka Allah mengharamkan Syurga ke atasnya (Riwayat Bukharin dan Muslim). Dalam hadis lain Rasullulah S.A.W memberi peringatan maksudnya, “Mana-mana pemimpin yang menguruskan umat Islam sedangkan ia tidak mempedulikan maslahah rakyat jelata maka ia tidak akan masuk Syurga.” (Riwayat: Muslim)

Menurut Mawardi dalam bukunya ‘Ahkam Sultaniah’ menyatakan tujuh kriteria seorang pemimpin Islam iaitu, adil, mempunyai kelayakan untuk berijtihad, sempurna dan sihat pancaindera, sihat fizikalnya, mempunyai visi menjaga kemaslahatan rakyat, bersifat tegas dan berani, serta berketurunan Quraish. Kriteria terakhir pandangan Mawardi dianggap oleh ulaja lain adalah sebagai keutamaan sahaja.

Menurut Yusuf Qaradhawi dalam bukunya ‘Fiqh Daulah’ menyatakan Islam memandang seorang pemimpin itu sebagai wakil atau orang yang diupah untuk mentadbir urusan umat. Oleh itu umat berhak untuk memperhitungkan kesilapan wakilnya atau mencabut perwakilan tersebut daripadanya bila–bila masa, terutama jika dia terbukti tidak menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya. Seorang pemimpin dalam Islam bukan merupakan seorang penguasa yang kebal daripada kesalahan atau berada di atas undang–undang.

Kepimpinan negara adalah amanah rakyat. Bagi memberi peluang kepada pemimpin mengendalikan urusan negara dengan licin, maka rakyat wajib mentaati pemimpin. Rasulullah S.A.W bersabda, bermaksud: seseorang muslim wajib mendengar dan mentaati (perintah) samada kita suka atau tidak, selagi kita tdak diperintahkan untuk melakukan maksiat. Jika kita diperintahkan melakukan maksiat, maka kita tidak boleh lagi mendengar atau pun mentaati pemerintah (Riwayat: Muttafaq alaihi).

Menurut Yusuf Qaradhawi lagi, seseorang pemimpin hanya manusia biasa yang boleh salah dan silap. Oleh itu kaum muslimin wajib menegur dan meluruskan tindakannya apabila seseorang pemimpin menyeleweng daripada tanggungjawab kepimpinannya.

Mufaraqah dalam kepimpinan politik dan sosial boleh diqiaskan dalam kepimpinan sembahyang berjemaah. Bagi menjamin kesempurnaan sembahyang berjemaah, maka Makmum boleh menegur Imam jika didapati Imam lupa dalam bacaan atau melakukan kesilapan rukun. Malah dalam keadaan tertentu Makmum boleh melakukan mufaraqah jika Imam terus melakukan kesalahan dan tidak mengendahkan pembetulan yang dikemukakan. Demikianlah juga dalam keadaan politik. Rakyat berhak menegur dan jika perlu melakukan mufaraqah bagi menjamin keamanan negara, keteguhan organisasi dan hak rakyat.

ALLAH MAHA BESAR ....

Peristiwa yang mengemparkan dunia , kelahiran seorang bayi yang mempunyai 2 muka
Maha suci Allah yang menjadikan alam semesta dengan berbentuk dan berbagai bangsa serta bersuku - suku . Sungguh tidak ada sesuatupun yang sia-sia dari kejadian yang diciptaka olehnya. Terdetik rasa gerun dihati anak kampung bila mengingat dan mengintai kebesaran Allah SWT. Tidak berlaku sesuatu kejadian itu tampa kehendaknya . Nikmat syukur kepada Allah Swt dijadikan sebagai insan sempurna semakin jauh dari hati kita. sesungguhnya apa yang berlaku dari apa jua kejadian yang dikurnikan Allah Swt wajib direnungi dan dinsafi sebagai pedoman menuju kereedaan mu .. Semoga kita tergolong dari hamba yang selalu mengingatnya . Wahai Tuhan ( Allah ) yang maha besar dan berkuasa , kami telah melakukan segalanya diluar kehendakmu .. justeru ampunkanlah kami ya rabbul alamin ....

AHLI PARLIMEN P.178 SIPITANG DI PARLIMEN

YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P.178 Sipitang
bersama YAB Perdana Menteri ( Pak Lah) di Parlimen