Monday, July 13, 2009

1 MALAYSIA UNTUK SEMUA


KETERANGAN LOGO 1 MALAYSIA

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Kata-kata Bistari Perdana Menteri berkaitan 1 Malaysia

”Kebesaran sesuatu bangsa adalah bergantung kepada tamaddunnya yang tinggi dan kebudayaan adalah pencerminan dari tamaddun ini. Kita di Malaysia ini mempunyai keistimewaan bukan saja dari sifat masyarakatnya yang berbilang bangsa tetapi pada hakikat bangsa-bangsa itu mempunyai warisan kebudayaan yang kaya dan tinggi mutunya”

Y.A.B. Tun Abdul Razak Bin Haji Hussien

Ucapan Perdana Menteri Menerusi Radio/TV Malaysia Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan, 31 Ogos 1973