Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1430 H


selamat menyambut awal Murharam 1430 hijrah

Gandingan bekas penyandang dan calon menang amat perlu bagi perkuat parti

28th December, 2008 NST
KOTA KINABALU: Gandingan serta kerjasama antara bekas penyandang dan calon yang menang pada persidangan perwakilan Umno bahagian baru-baru ini amat perlu bagi memperkuatkan lagi parti.
Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Jainab Ahmad, berkata gabungan kekuatan kedua-dua kepimpinan perlu dimanfaatkan bagi menguatkan parti dan seterusnya membela nasib rakyat.
“Saya setuju dengan pandangan supaya calon yang kalah dipertimbangkan untuk terus mendapat tempat dan memainkan peranan dalam parti.
“Ini kerana setiap kepimpinan ada kekuatannya sendiri dan pastinya adat pertandingan yang menang ada penyokongnya dan yang kalah juga ada penyokongnya.
“Jadi kalau kedua-duanya memainkan peranan, saya percaya Umno akan menjadi lebih kuat dan mampu membela nasib rakyat dengan lebih berkesan,” katanya di sini kelmarin.
Beliau mengulas mengenai pandangan Badan Perhubungan Umno Kelantan supaya Ketua Umno bahagian dan sayap parti yang baru dipilih pada persidangan perwakilan bahagian baru-baru ini supaya tidak menyisihkan bekas penyandang dan calon lain yang tewas.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, dipetik berkata, sebaliknya, mereka yang tewas itu sewajarnya diberikan peranan memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa bahagian.
Kata Annuar, langkah itu amat penting kerana ia boleh me-ngembalikan semula perpaduan dan mengeratkan keretakan yang sedikit terjejas sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.
Menurut Jainab yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Sepanggar, cara itu juga dapat memastikan penyandang atau ca-lon yang tewas tidak berasa tersisih seterusnya dapat meneruskan khidmat kepada parti.
Bagaimanapun katanya, peranan yang harus diberikan kepada bekas penyandang dan calon yang kalah terserah kepada ketua bahagian masing-masing untuk menentukannya.
“Ia terserah kepada ketua bahagian untuk memberikan peranan kepada mereka sama ada untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa atau biro atau penasihat kerja tetapi yang penting hubungan antara yang kalah dan menang dapat dirapatkan,” katanya yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.
Dalam pada itu katanya, Wanita Umno Sepanggar pada masa ini memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Bahagian baru, Jumat Idris.
Katanya, tidak ada masalah yang timbul dalam melaksanakan aktiviti dan program pembangunan kerana segala perancangan sentiasa dibincangkan bersama.

Saturday, December 27, 2008

ANAK KAMPUNG DAPAT YB BARU ...







Syabas dan tahniah kepada YB Baru Kami Yang Berhormat Tuan Kamarlin Hj Ombi Ahli Dewan Undangan Ngeri Kawasan N27 Lumadan Sabah .

Berlatar belatar belakangkan pendidikan sebagai pegawai pendidikan daerah sipitang beliau sememangnya dikenali ramai apatahlagi dikalangan guru - guru sekolah dikawasan daearh Beaufort , Sipitang , Kula penyu . beliau yang lahir dari keluarga sederhana di Kampung Lupak Beaufort telah berjaya melanjutkan pelajaraan di salah sebuah universiti di Amerika mempunyai perwatakan yang sederhana . Dari apa yang anak kampung kenali beliau ketika sama sama mengikuti Kursus pemantapan jentera Pilihanraya tahun 1994 anjuran Biro Penerangan UMNO negeri Sabah yang mana beliau ketika itu Mewakili UMNO Bahgian Sipitang dan anak kampung pula mewakili Pergerakan pemuda UMNO Bahgaian , Beliau seorang yang suka berjenaka , sentiasa terbuka , dan dan sentiasa berkongsi pengalaman dan ilmu , sebagai pemimpin beliau sentiasa disenangi ramai kawan dan lawan ... suatu ketika anak kampung cuba tanyakan petua apakah yang beliau gunakan sehinggah kawan dan lawan pun rasa terpinga-pinga . beliau hanya menjawab " SENTIASALAH SENYUM SELALU " pengertianya cukup luas untuk diterokai . Katanya lagi Senyum itu satu Sedekah ...!! anak kampung faham maksud yang cuba disampaikan .


sejak awal mula penglibatan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahgaian p.178 Sipitang yang mana anak kampung sendiri sebagai AJK UMNO Bahagian , Usaha dan peranan beliau amat berkesan pelbagai aktiviti dilaksanakan di kampung -kampung untuk menjelaskan pelbagai isu UMNO diperingkat tertinggi agar tidak mudah diputar belitkan . semasa berada dimeja bulat mesyuart bahagian beliau tegas dan jujur memberikan pelbagi pendapat disamping merumuskan kesimpulan melalui fakta dan ilmiah , Sememangnya tepatlah UMNO Bahagian Memilih beliau sebagai ketua Penerangan UMNO pada ketika itu .....


Selama anak kampung kenali beliau tidak pun kedengaran beliau atau kawan- kawan beliau melobi untuk mejadai calun wakil rakyat kawasan , cuma seskali disebut sebut oleh ramai orang ... namun hakikatnya ajal maut ,jodoh dan rezeki ditangan tuhan 9 orang yang disebutkan terpaksa mengundur diri bila sahaja nama Kamarlin Hj Ombi diumumkan sebagi calun ADUN Kawasan N27 Lumadan . bagi anak kampung siapa pun calun tak jadi hal , Cuma lagi anak kampung amat bangga dan berbesar hati kawan yang juga sama sama menggerak UMNO bahagian dipilih menjadi calun .... tuah orang lah katakan ... apa yang anak kampung ingin kongsikan bersama YB Baru ini memang sesuai dan tepat pada masanya apatahlagi dalam era pembangunan Modal insan yang dianjurkan oleh pemimpin besar negara ... sempat juga anak kampung dibisikan oleh YB Baru ini ... kalau menang nanti pendidikan , perpaduan dan pembangunan modal insan akan menjadi keutamaan , terlintas difikiran anak kampung bahawa beliau mampu melakukanya .

akhirnya terbukti juga apabila belum pun 100 hari pentadbiran beliau satu program pembangunan IT diadakan di Kampung kelahiran beliau anjuran unit IT Jabatan kementerian Pembangunan Sumbar manusia negeri Sabah . Menyusul kemudian Pentarama Jabatan Penerangan Hiburan berinfomasi yang menanamkan semnagat cinta negara di kampung Weston .











Apa yang jelas anak kampung berpendapat YB kamarlin Hj Ombi mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat kearah yang lebih baik semoga beliau terus berjaya ... anak kampung akan terus berada dibelakang

ANAK KAMPUNG MENERIMA 20 BUAH KOMPUTER PERCUMA DARIPADA KEMENTERIAN PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA -MELALUI PROGRAM BDD


Web Rasmi BDD Kg Weston (Klik disini ) http://beaufort.bdd.org.com

Bersyukur kepada Alllah Swt... Kerana anak kampung telah meneriam kemudahan kerajaan yang cukup mengujakan , Apa tidaknya 20 unit komputer dengan pelbagai kemudahan dianggarkan bernilai RM 170 ,000 telah diterima sepenuhnya daripada kementerian Perumahan Dan Kerajaan tempatan Melalui Projek BERIDGING DIGITAL DIVIDE ( BDD) . Perojek yang bertujuan merapatkan jurang digital luar bandar dan bandar sememangnya dinanti-nantikan oleh penduduk kampung lebih lebih lagi anak - anak kampung . Apa yang membanggakan anak kampung projek BDD yang hanya diwujudkan di 6 buah kampung terpilih seluruh negara yang melibatkan 6 buah negeri menjadikan anak kampung rasa dihargai dengan usaha selama ini ...


Memang benar , kejujuran dan keikhlasan kerajaan pemerintah hari ini untuk membela rakyat seperti yang dilaung- laungkan bukanlah dongeng atau retorek .... seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak .... yang cemburu dengan sejarah kepimpinan yang baik selama hampir 50 tahun lalu. Sesungguhnya YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri yang dikasihi berserta hulu balangnya TELAH MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIBERIKAN OLEH RAKYAT .... Meka semua tidak tidur atau berpoya poya ... Syabas terima kasih paklah .... tampa Pak Lah siapalah kami anak kampung yang serba kekurangan , setidaknya dapatlah kami merasakan nikamat kemajuan yang dikecapi nun di bandar sana .... kami janji akan terus bersamamu dari dulu kini dan selamanya .... Kami juga janji kalau paklah dan Pembesar -pembesar lain sudi datang ke kampung kami , anak kampung akan tumbang kerbau 2 atau 3 ekor ... insyaalah ... Layari kami di http://beaufort.bdd.org.com






KOMUNITI BESTARI PEKAN WESTON - BERJAYA HASILKAN TIKAR DAUN NIPAH TERPANJANG DIMALAYSIA - MBR

Komuniti BESTARI Pekan weston beaufort Sabah telah berjaya mencatit The Malaysia Book Of Recod dengan menganyam tikar daun nipah terpanjang di malayasia . Usaha ini bertujuan memperkenalkan Pekan weston sebagai destinasi persinggahan pelancungan disamping memupuk perpaduan dikalangan penduduknya . anak kamupung tumpang berbangga

Album kenangan bersama Pen. Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia ( K.BESTARI KEBANGSAAN )
maklumat lanjut di http://beaufort.bdd.org.com/ klik disini ( Protal resmi Kg Weston )

APA KATA K.J



oleh. KJ

SEJAK kebelakangan ini terdapat banyak berita tentang keahlian UMNO. Ada yang memohon menjadi ahli dan ada juga yang tidak mahu lagi menjadi ahli. Dalam semua kes terkini, individu-individu terbabit pernah menjadi pemimpin UMNO sama ada pada peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.

Yang pasti, UMNO semakin menjadi rumah persinggahan yang boleh dikeluar masuk sesuka hati. Ada yang keluar hari ini dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum kembali. Ada yang masuk semula kerana sudah yakin dengan perubahan yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dalam perkara-perkara tertentu seperti pemulihan sistem kehakiman negara dan rombakan kepada Badan Pencegah Rasuah setelah begitu lama berada dalam parti pembangkang dan mengutuk segala tindakan UMNO.

Apa yang pasti, kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak menyertai UMNO. Mereka perlu masuk secara sukarela atas kesedaran bahawa perjuangan demi agama, bangsa dan negara masih lagi merupakan gagasan politik yang paling relevan di Malaysia.Pada masa yang sama, kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak keluar dari UMNO. Kita boleh memujuk mereka untuk berfikir semula, tetapi jika mereka tidak lagi mempunyai komitmen kepada perjuangan UMNO, mereka akan tetap dengan pendirian mereka.

Bagi saya, keahlian UMNO tidak boleh bersyarat. Kita tidak boleh kata kita hanya mahu menjadi ahli UMNO jika pemimpin tertentu menjadi Presiden parti. Ini langsung membelakangkan institusi kepimpinan parti, menafikan proses demokrasi dalaman dan menghina slogan UMNO iaitu "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat". Parti kita ada proses pemilihan tersendiri. Kalau tak suka kepada pemimpin proses ini perlu diguna untuk mencapai perubahan. Bukannya dengan tindakan keluar parti yang boleh menganggu kestabilan UMNO dan menguntungkan pembangkang.

Ada juga yang kata proses pemilihan parti tidak demokratik kerana ada "kuota" kelayakan bagi pencalonan jadi tidak ada pilihan lain dari keluar parti. Tanya dulu, bilakah sebenarnya UMNO memperkenalkan sistem "kuota" pencalonan ini? Apa sebabnya? Kita mesti jawab soalan-soalan ini terdahulu sebelum membuat apa-apa tuduhan. Jangan kita buta sejarah.

Kepada mereka yang ingin "kembali ke pangkal jalan" saya ucapkan selamat kembali. Jangan sia-siakan peluang kedua menjadi ahli parti keramat ini. Buktikan kesetiaan dan keikhlasan anda kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa jawatan. Masih ramai yang bersyak wasangka terhadap tindakan anda. Ada yang kata tindakan ini ibarat hadiah kuda Trojan yang diguna oleh tentera Sparta untuk menewaskan Kerajaan Troy. Hadiah kuda ini akan masuk UMNO dan menunggu masa sesuai untuk membuka pintu kepada mantan towkay mereka untuk kembali.

Ada juga yang berspekulasi bahawa kuda hadiah ini adalah kerja saya yang berpakat dengan Saudara Ezam Mohd Nor dengan "grand design" tertentu. Saya ingin menyatakan bahawa saya langsung tidak terlibat dengan permohonan Saudara Ezam untuk menjadi ahli UMNO semula. Walaupun saya kenal beliau, saya tidak mainkan pernanan malah tidak tahu menahu tentang "kemasukan" semula beliau dalam UMNO. Tapi bagi sesetengah pihak, tidak ada perkara yang saya tidak tahu di Malaysia dan semua kejadian adalah kerja saya. Kalau ada hujan petir atau ribut taufan, itu pun dikatakan kerja KJ!

Saya faham penafian saya ini tidak cukup untuk memuaskan kaki spekulasi (penyangak) politik. Pada mereka, siasah tanahair lebih menarik jika benar saya adalah "mastermind" dan Saudara Ezam merupakan hadiah kuda yang akan membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk semula dalam UMNO. Inilah senario yang dicanang oleh mereka yang menangguk di air keroh dengan tujuan untuk mencetuskan kekecohan dalam parti. Inilah yang menjadi senario idaman mereka supaya perasaan syak mereka terhadap saya yang sering dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar dapat disahkan.

Malang sekali mereka tidak mengenali saya. Bagi saya, Dato' Seri Anwar sudah tersimpang jauh dari perjuangan kebangsaan yang tulen. Beliau tidak akan dapat apa-apa sokongan malah simpati dari saya. Jika kemasukkan Saudara Ezam bertujuan untuk memenuhi strategi hadiah kuda Trojan, saya adalah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut.Prinsip saya dalam politik adalah mudah. Jangan lompat parti. Jangan bakar jambatan lepas itu berpantun membina jambatan baru. Jangan meletakkan syarat kepada keahlian parti, lebih-lebih lagi UMNO. Sebab sekali kita lompat, selama-lamanya kita akan dipandang serong seolah-olah seekor hadiah kuda.

Friday, December 26, 2008

Semua pihak t-jawab pastikan keharmonian negara kekal



SIPITANG: Semua pihak tanpa mengira kaum dan anutan agama bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran negara dike-kalkan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi bin Ahmad berkata keharmonian dan ke-makmuran itu dinikmati hasil daripada perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini.

“Tanggungjawab kita ialah memastikan keharmonian dan kemakmuran itu dikekal-kan serta berterusan dan dalam hal ini sudah tentu kita sebagai rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk menge-kalkannya.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati itu adalah berasaskan kepada perpaduan dan persefahaman kaum,” ka-tanya pada majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan Hari Krismas kepada balu, ibu tunggal dan warga emas di perpustakaan daerah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis teresbut termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bu-jang, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sin-dumin Richard Kamtan.

Sapawi memberitahu meskipun negara ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi namun penganut agama lain tetap diberikan kebebasan.

Beliau memberitahu kebebasan yang diberikan itu telah membolehkan perpaduan serta persefahaman itu diperkukuhkan.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati sejak merdeka sehinggalah ketika ini amat perlu dikekalkan dan dipertingkatkan,” katanya.

Bagaimanapun Sapawi melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pihak tertentu yang cuba menghasut rakyat negara ini dengan membangkitkan isu-isu agama dan berbau perkauman.

Menurutnya pihak tersebut sengaja berbuat demikian kerana mahu melihat keharmonian dan kemakmuran negara musnah.

“Mereka mahu kita bertelagah dan jika ini berlaku tentunya keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati ketika ini akan musnah,” katanya dan menambah usaha menghalang pihak tersebut bukan hanya disandarkan kepada kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya tanggungjawab menyekat dan menghalang usaha itu adalah tanggungjawab semua pihak yakni rakyat negara ini,” katanya.

Beliau memberitahu rakyat harus me-nolak usaha tersebut dengan tidak mudah terpedaya ataupun terpengaruh.

“Keselesaan, keamanan, keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati perlu kita jaga dan kerajaan sendiri amat serius dalam perkara seumpama ini,” katanya.