Tuesday, December 30, 2008

TAKLIMAT BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT P177: BEAUFORT 18/08/2008


Pada 31.07.2008 (Khamis), bertempat di Dewan Masyarakat Tionghua, Beaufort, BPR Sabah telah menganjurkan satu Program Taklimat Kepimpinan Berintegriti & Pencegahan Rasuah bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat P177 : Beaufort. Peserta taklimat ini adalah terdiri daripada 202 orang. Tujuan taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan para peserta mengenai kesalahan-kesalahan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan dalam aspek perundangan serta mewujudkan rangkaian sumber dikalangan para peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat yang boleh menyumbang kepada usaha pembenterasan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan.

Taklimat ini telah diadakan dalam 3 sesi iaitu dua sesi ceramah di sebelah pagi dan satu sesi dialog disebelah petang. Ceramah telah disampaikan oleh PkPj 1 Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah, yang bertajuk Integriti Dan Pencegahan Rasuah. Manakala bagi sesi kedua telah disampaikan oleh Tn. Zainal Abidin Peton, Pegawai Biro Tatanegara Cawangan Sabah. Kemudiannya, sesi dialog telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Wakil Rakyat kawasan P177: Beaufort merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Barisan ahli panel adalah terdiri daripada YB Tn. Hj. Mohd Arifin b. Mohd Arif, ADUN N:24 Membakut, YB Tn. Kamarlin b. Hj. Ombi, ADUN N:27 Lumadan, Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah BPR Sabah, Tn. Mohd Sidek b. Hj. Abd. Jubar, Pegawai Daerah Beaufort, Tn. DSP Mustafa Maarof b. Mustafa, Ketua Polis Daerah Beaufort. Selepas program, YB Datuk telah membuat kunjungan hormat ke Sudut Pameran yang disediakan oleh Unit Pendidikan Masyarakat BPR Sabah.

Majlis Perasmian Penutupan bagi program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir di dalam perasmian adalah ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan di sekitar Daerah Beaufort.

No comments: