Saturday, July 13, 2013

sekadar Catitan anak kampung Yang lama dan Baharu

Ketika PRU  k13  sudah berlalu  ,segenap   cerdik dan bijaksana dituntunya bagi  menambat hati  pengundi yang bernama  rakyat jelata  . Pelabagi tuntutan  , janji ditaburkan  ternyata BN  mampu untuk melunaskan janji janji yang ditaburkan   bersandar pada rekod dan keampuhan  pimpinan   yang sentiasa mendengar dan merasai denyut nadi rakyat  . Atas hal yang demikian kepelbagaian  tuntutan  rakyat yang bersifat desakan dan  tekanan  sudah tidak kedengaran lagi .Maka berduyun  duyunlah penjaja penjaja yang sifatnya retorek  memugarkan isu   dan pelbagai  cerita cerita donging  bagi menimbulkan keraguan  dikalangan  hatai setip pemilih  yang akan menjadi penetu tadbir urus  negara  . mahu atau tidak  rakyat yang menjadi pendengar , pemerhati   menjadi  keliur yang akhirnya   termakan  pujuk rayu dan janji manis  pembangkang . Namun semuanya sudah berlalu   , kegetiran  pru13 yang dikatakan  ibu  pada  segala pru   telah berakhir BN   kembali  mengorak langkah  mengatur dan menyusun barisan  bagi menjayakan agenda  besar negara  .Apa yang pasti rakyat telah memberikan mandat  pada  BN untuk menerajui  pimpinan negara , walau   terdapat  pelbagai ketidak puasan hati sesetangah rakyat   jelata itu sendiri  yang mempertikaikan ketelusan  suruhanjaya  Pilihanraya   .

Apa yang menjadi titik persoalanya   barisan kepimpinan muda yang   hampir  60 %  memenuhi   barisan kepimpinan  rakyat  semacam masih diragui   kerana keampuhanya belum teruji dan diuji . pelbagai alasan dan andaian   bahawa   fitrah seorang muda  seolah olah   disandari atas kepentingan   kedudukkan , pujian  ,   dan segala macam yang  dikatakan atas sifat seorang anak muda  . pesepsi  sebegini   sering disiulkan oleh kalangan  pimpinan  terdahulu yang merasakan meraka  sudah tidak diperlukan lagi  . Untuk menolak kenyataan ini  rasanya adalah tidak adil  namun ianya perlu dihayati dengan hati yang terbuka  ,Kegelojohan anak anak muda yang ingin   mengambil bahagian dalam barisan kepimpian harus dimapani  agar keseimbangan   berlaku  dalam  kepimpinan  yang bakal didapani  . Apa yang lebih penting   keutamaan meletakkan kepentingan parti  melebihi kepentingan yang lain  akan sentiasa menjadi  ingatan bersama seperti yang telah disarankan berulang kali oleh pucuk pimpinan  . Menjadi kebimbngan kita bahawa   yang  lama membawa diri yang baru  terus  terburu buru sehingga menjadi  penyebab  perbalahan   sesama sendiri  .

Jika dirnungi   rakyat masa kini taklah sebijakasana seperti rakyat sebelumnya  seperti apa yang hebat diperkatakan  .Benar  rakyat masa kini   terdiri dari kalangan mereka yang  punyai ilmu  dan  pendidikan yang tinggi,  tidak seperti rakyat terdahulu yang  resamnya buta huruf  dan segala macam kemunduran  . namum  perbandingan   nurani mereka jauh  lebih baik dari  yang terdahulu  dari  sikap , moral  dan semangat kesetiaan   kepada perjuangan. ketulinan  yang ada pada semangat juang terdahulu rasanya  tidak  mampu dibandingkan  dengan adanya hari ini yang lebih mengutamakan kepentingan  sendiri . Namun  inilah zaman , dan setiap zaman ada penceritaan yang berubah ubah dan ianya harus diakui seadanya  ...Akhirnya pemimpin kita hari ini  harus bijaksana meletakkan keperluan sezaman dengannya   disamping bertolak ansur dan  bertoleransi  agar  Parti dan perjuanganya  terus kukuh kuat dan padau  ..SALAM 1 MALAYSIA 

No comments: