Showing posts with label DAULAT TUANKU. Show all posts
Showing posts with label DAULAT TUANKU. Show all posts

Saturday, February 14, 2009

JANGAN BIADAB - DYMM SULTAN SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.
Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.
(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)SULTAN SELANGOR13 Februari 2009

Monday, February 9, 2009

DAULAT TUANKU ….. ANAK KAMPUNG DARI NEGERI DIBAWAH BAYU MERAPAK SEMBAH ,

Apa lagi halnya ………..…. Sudah-sudahlah tu ….. hentikanlah usaha memecah belahkan umat melayu,kerana negera ini ditunjangi oleh melayu sekali gus pemiliknya adalah melayu …. Lalu atas nama perpaduan , keharmonian dan kerukunan negara ini dikongsi bersama tampa sedikit pun rasa kehilangan …. anak kampung sudah mual…jengkil dengan apa yang didengar disana sini ….dengan sikap prjudis ,besar kepala seolah – olah UMNO dan Melayu tak bertuan dan berpenghuni .

Hari ini satu lagi peristiwa besar menguris hatai orang melayu dan anak kmpung juga orang melayu …. perinsip “ RUKUN NEGARA “ yang ke dua ……..( KESETIAAN PADA RAJA DAN NEGARA ) sudah tercalar bahkan terhina dengan tindakan pihak – pihak tertentu yang menolak secara total kelangsungan raja berpelembagaan, .Dan…. selepas ini mulalah nak sembunyikan kemarahan yang membuak – buak dikalangan orang melayu diceruk alasan dan ditepi lidah, Namun apa sekali pun pekung telah terbuka , tembelang telah kelihatan dan Tindakan ini sesungguhnya tidak langsung boleh dimaafkan Jauh sekali untuk diampunkan .

Walau anak kampung nun jauh …… tinggal di naungan negeri dibawah bayu …. Penghinaan tempias ini tetap dirasa walau adanya sekecil Cuma , kerana anak – anak kampung disini juga orang melayu bertimpuh dengan resam berjunjung dengan adat …. hatta rakyat Malaysia yang sentiasa setia kepada DULI YANG MAHA MULIA SERI PEDUKA BEGINDA YANG DIPERTUAN AGONG …..

Sungguh anak kampung di negeri dibawah bayu amat – amat kecewa , marah …..!!!!!!! dan tersinggung dengan penghinaan kepada raja –raja melayu yang juga raja kami dikalangan rakyat senegara dengan anak kampung.

Percayalah wahai PENDERHAKA …….!!! Sebagai ingatan tulus ikhlas ……apapun darjat keturunanmu … !! setinggi gunung sekalipun bijaksanamu….!! Sehebat mana kudratmu ….!!!! Kamu -kamu akan ditentang habis – habisan oleh orang – orang melayu ,yang bangkit dari setia pada rajanya yang tak berubah ,kerana itulah adatnya orang melayu .

Maka kami rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita- cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG -UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN