Wednesday, December 31, 2008

Hijrah tuntut perubahan prinsip dan sikap

Generasi muda mesti berilmu serta matang membuat keputusan harungi cabaran alaf baru

PENGHIJRAHAN kaum Muslimin di bawah pimpinan Rasulullah SAW dari kota Makkah ke kota Madinah adalah dimensi baru kepada dakwah Islamiah serta simbolik kepada penghayatan ajaran Islam sebenar. Ia juga detik penting kepada pembaharuan sistem nilai dan hidup manusia. Penghijrahan yang mematangkan penyebaran risalah Allah tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan prinsip umat Islam ketika berdepan suasana baru.

Rasulullah SAW sendiri dalam misi Baginda sudah menanam benih perpaduan, persaudaraan, tolong-menolong, pengorbanan, kecintaan dan ketakwaan dalam sanubari golongan Muhajirin serta Ansar. Itulah unsur paling penting kepada umat Islam sebagai persediaan menghadapi cabaran dan ujian sama ada daripada kaum kufur, munafik, iblis atau nafsu diri sendiri.



Perjuangan meneruskan misi Rasulullah SAW di muka bumi ini iaitu meninggikan kalimah Allah sehingga menjadi rahmat kepada sekalian alam, memerlukan keyakinan tinggi dan mantap. Ummah perlu yakin berbekalkan keimanan, semangat jihad serta panduan berasaskan al-Quran dan sunnah, perjuangan menyampaikan risalah Islam akan berjaya dan mendapat pertolongan serta inayah Allah.

Hari ini, perubahan zaman yang begitu pantas menghambat umat Islam melakukan persediaan dan persiapan jitu bagi menghadapi perubahan serta kejutan dengan menyediakan barisan pelapis generasi muda yang bukan saja tega menghadapi ledakan perubahan bahkan meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di muka bumi ini. Dunia tanpa sempadan dan cabarannya hanya mampu diharungi generasi umat yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual. Penghijrahan nilai, etika serta peradaban hidup perlu diberi perhatian khusus dalam membentuk negara menuju alaf baru dan sejahtera.

Tiada guna kita maju dalam teknologi dan maklumat, tetapi jiwa kering kontang, senang dibawa arus hawa nafsu yang dipimpin iblis dan syaitan. Selepas hijrah, umat Islam perlu memantapkan kefahaman menerusi akidah tauhid dengan mendalami ilmu agama, penghayatan al-Quran, mengkaji sejarah dan perjuangan Rasulullah SAW serta sahabat. Perbincangan ilmiah sesama cendekiawan Islam dan pada masa sama menguatkan hubungan dengan Allah dengan memperbanyakkan solat, doa, dan ibadat sunat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka." (Surah Ar-Ra'd, ayat 11).

Hijrah juga mengingatkan kita pentingnya sikap cekal dalam diri. Berbekalkan penghayatan nilai kecekalan inilah barisan pelapis umat berupaya tabah dalam mengharungi cabaran alaf baru. Pencapaian umat Islam yang begitu gemilang dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak dunia dengan pelbagai disiplin ilmu, tidak mungkin datang tiba-tiba dan kebetulan tanpa usaha yang cekal, gigih berserta semangat jihad tertanam kuat dalam jiwa. Sesungguhnya daya juang tinggi dapat dikutip daripada generasi hijrah pertama. Ilmu juga diperoleh melalui pengalaman apabila seseorang mengalami peristiwa yang memberi pengajaran kepadanya. Sejarah menunjukkan kepada kita perkara utama dibawa Rasulullah SAW kepada masyarakatnya ialah ilmu yang boleh menyedarkan mereka untuk mengenali diri dan Allah seterusnya melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.

Umat Islam perlu merenung dan berfikir mengenai keruntuhan serta kemusnahan kaum terdahulu supaya dapat memperkukuhkan jiwa menghadapi alaf baru. Sebab itu hijrah mengajar kita bersikap matang dalam mengambil sesuatu keputusan atau tindakan.

Kewarasan bertunjangkan syariat dan ketenangan berasakan iman serta takwa yang melahirkan kematangan perlu disemai dalam jiwa umat Islam pada zaman siber kerana tindakan yang hanya berlandaskan akal atau nafsu menyebabkan negara dan ummah binasa.

Kita tidak boleh meletakkan kebenaran atas suara ramai. Justeru, kita perlu berpegang kepada prinsip berlandaskan al-Quran dan hadis. Ketika Rasulullah SAW ditawarkan harta, pangkat dan wanita supaya meninggalkan seruan Islam, Baginda bersabda yang bermaksud: "Sekiranya diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan pekerjaan ini, tidak sekali-kali aku tinggalkan sama ada aku berjaya atau menemui ajal."

Pada hari ini, jelas kelihatan betapa masyarakat Islam semakin tidak bersatu-padu, sekalipun mereka mengetahui kehidupan begitu sifat masyarakat jahiliah. Keadaan masyarakat yang kebanyakannya hidup dengan mempertahan serta mementingkan diri boleh melemahkan ummah dan negara. Sikap individualistik tidak patut dididik dalam pemikiran umat Islam terutama generasi muda. Sejarah membuktikan umat Islam lantaran perpecahan di kalangan mereka, menjadi mangsa kekejaman, pembunuhan dan permainan musuh Islam. Umat Islam sanggup bermusuhan dan berbunuhan tanpa menyedari puak kufur adalah dalang pembunuhan sesama mereka.

Justeru, kesatuan dan perpaduan adalah aset terpenting sebagai bekalan umat ke alaf baru. Perpecahan sekalipun sedikit dan kecil, lambat laun pasti akan merebak dan seterusnya menyentap perjuangan umat Islam daripada puncak kejayaan. Peristiwa hijrah membuktikan perpaduan umat Islam antara Muhajirin dan Ansar adalah inti pati kejayaan hijrah dan perjuangan Islam. Memasuki alaf baru yang serba-serbi sejagat tidak memungkinkan kita hidup dalam keadaan terasing.

Dunia tanpa sempadan serta kemajuan yang menyatukan pelbagai bangsa dan negara adalah cabaran yang berhajatkan umat Islam bersatu padu. Percanggahan perkara pokok mesti dielakkan, manakala perselisihan masalah cabang memerlukan sikap keterbukaan dan berlapang dada.

Umat Islam perlu sedar musuh pasti akan bersatu apabila berdepan dengan Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 120)


Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
















Oleh Malek Saiful Muda






KETIKA semua orang bercakap soal politik wang dalam Umno, pelbagai kelemahan dalam parti pemerintah ini, tiba-tiba muncul seorang anak muda, bernama Khairy Jamaluddin di Wacana Perdana, dekat Balai Islam Kota Bharu, Kelantan bercakap soal gabungan Pakatan Rakyat antara Pas, DAP dan PKR retak menanti belah.Anak muda ini, yang merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, seperti mahu disisihkan dari hirerki kepimpinan Umno. Bukan kerana beliau tidak bagus tetapi kerana kecemburuan yang menyaluti minda orang-orang Umno, termasuk pembangkang.Bila orang-orang Umno menyerang anak muda bernama Khairy Jamaluddin ini, pembangkang pun akan menyerang sama. Biasalah, tentuya tiada siapa yang mahu mempertahankan Khairy Jamaluddin kerana mempertahankannya ibarat satu dosa besar pula.Yang peliknya, ketika menyerangnya, memfitnahnya dan mengutuknya, tidak dianggap sebagai dosa sebaliknya jika mempertahankannya, ia diibaratkan sebagai dosa pula. Hari ini, ketika menjadi penalis dalam Wacana Perdana, lontaran hujah Khairy Jamaluddin memerangkap Pas, DAP dan Parti Keadilan. Ketiga-tiga parti ini sedang bertelagah ekoran lontaran hujah Khairy Jamaluddin.Siapa orang lain yang beria-ia sangat hendak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno mampu melakukan seperti apa yang dilakukan Khairy Jamaluddin? Kenapa sekarang kebolehan anak muda yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ini tidak mahu diperkatakan? . Kita lebih suka membicarakan hal buruk orang tetapi baiknya kita senyapkan sahaja. Tiada siapa, termasuk para pemimpin yang kanan dalam Umno mampu menampilkan diri, berhujah secara berani di celah-celah ribuan penyokong Pas, dengan tempik dan sorak mengejek, boleh bercakap dengan lancer dan tenang, walaupun sesekali kelihatan emosional.Beranikah Pas menjemput Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi penalis seperti Wacana Perdana ini? Walaupun Pas menyediakan penalisnya Datuk Husam Musa dan seorang lagi, Prof Madya Abd Aziz Bari yang lebih mirip kepada pembangkang, tetapi Khairy Jamaluddin bukan calang-calang pemidato. Khabarnya, moderator, Prof Madya Mohamad Agus Yusof, seorang anak Kelantan juga berusaha memerangkap Khairy Jamaluddin dengan soalan-soalannya namun, dia pun silap kerana dia ingat di menjadi moderator budak-budak sekolah menengah berbahas.Sebagai seorang peminat dan pengikut politik di Malaysia, saya tidak dapat menahan perasaan saya untuk mengatakan saya cukup berbangga melihat kepetahan Khairy Jamaluddin berhujah. Malahan, saya mengkaguminya walaupun selama ini saya tidak pernah mendengar cerita baik mengenai Khairy Jamaluddin dari mulut orang-orang politik dan mulut orang-orang Umno yang saya temui.Selama ini, saya juga hampir-hampir terpengaruh dengan cerita kawan-kawan, kononnya Khairy Jamaluddin akan menjadi beban kepada Umno. Khairy Jamaluddin tidak akan mampu menjadi pemimpin besar Umno. Khairy Jamaluddin bukan pelapis dalam Umno. Khairy Jamaluddin buruk, seburuk-buruknya.Hari ini, saya dengan penuh gagah, mahu berdepan dengan kawan-kawan, kenalan dan orang-orang yang selama ini mengatakan kepada saya Khairy Jamaluddin tidak baik, tidak berguna dan tidak layak dijadikan pemimpin. Saya mahu berhujah dengan mereka, walaupun mungkin hujah saya tidak sehebat hujah Khairy Jamaluddin 'memukul' Pas, Husam, Aziz Bari dan Agus tetapi sekurang-kurangnya, saya tahu Khairy Jamaluddin adalah potensial kepimpinan Umno.Baru sekali Khairy Jamaluddin 'menyerang' - huru-hara Pas, PKR dan DAP dibuatnya. Sibuk Presiden Pas mengatakan, "saya akan merujuk dulu kepada Datuk Husam Musa mengenai apa yang diperkatakannya berkaitan Hudud."Ketua Menteri Pulau Pinang sudah menyatakan pendiriannya, DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud manakala Tian Chua dari PKR pula mengatakan perlaksaan Hudud merupakan sesuatu yang menyalahi persefahama dalam Pakatan Rakyat.Khairy Jamaluddin juga menyerang Pas mengenai krisis dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Husam mengakuinya dan sekaligus mendedahkan bahawa ketiga-tiga parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat ini memang tidak sefahaman. Ketika mereka menyerang Barisan Nasional, sebenarnya mereka mahu menutup apa yang badai yang melanda gabuangan mereka.Saya mengharapkan Umno membenarkan Khairy Jamaluddin terus mewakili Umno untuk menjadi penalis di mana-mana sahaja Wacana, Debat ataupun atas apa nama sekali pun kerana melalui Khairy Jamaluddin, Umno akan dapat menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa perjuangan Umno jauh lebih tulin dari perjuangan DAP, PKR dan Pas yang hanya menggunakan satu-satu isu, untuk tujan sementara.Jika Pas berkempen di kawasan orang-orang Melayu, mereka akan mengambarkan mereka jauh lebih Islam dari orang-orang Umno. Tetapi apabila mereka berkempen di kawasan orang-orang Cina, mereka akan mengambarkan bahawa mereka jauh lebih rasional dalam soal-soal perkauman dari orang-orang Umno.Begitu juga seterusnya, jika mereka berada satu pentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba pemimpin-pemimpin Pas ini akan menjadi kecut, sekecut-kecutnya kerana mereka takutkan orang-orang Anwar dalam Pas, jika mereka tersilap perhitungan bercakap soal-soal Islam, perpaduan dan perkauman.

ANTARA KJ DAN HUSAM


Laman-laman web pro pembangkang kini mempersalahkan Khairy Jamaluddin yang telah berjaya membangkitkan isu yang disembunyikan oleh Pas selama ini dengan memaksa Naib Presiden Pas, Husam Musa untuk menjelaskan kedudukan hukum Hudud dan Qisas yang selama ini diperjuangkan oleh Pas dan akhirnya terpaksa menyembunyikan isu ini dan menggantikan manifesto baru pada pilihan raya Umum yang lalu untuk mengkaburkan mata rakyat apabila Mereka bersetuju bersatu dengan Pakatan Rakyat.Manifesto baru, negara berkabajikan sebenar adalah aksesories kepada Pas untuk memujuk rakyat bukan Islam untuk menerima Pas dalam pakatan rakyat. Husam dikatakan terperangkap dengan soalan Khairy Jamaluddin dan telah membuat kesilapan dengan jawapan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud dan Qisas sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.Jawapan Husam ini menimbulkan satu suasana yang keliru dan tidak menyenangkan DAP yang sememangnya menentang Hudud dan Qisas. Keadaan bertambah celaru sehingga Nik Aziz dan Hj Hadi terpaksa mencampuri untuk menenangkan kembali keadaan dengan jawapan yang tidak konsisiten yang boleh di anggap sebagai jawapan untuk menyelamatkan keadaan dan hubungan parti mereka.Terbaru, Nik Aziz berkata Pas akan melaksanakan hukum Hudud walaupun terpaksa menunggu 30 tahun yang merupakan jawapan untuk menyelamatkan maruah parti berkenaan yang tidak lagi memperjuangkan Hudud. Samy Vellu juga meminta Anwar Ibrahim untuk menjelaskan pendirian beliau sebagai Ketua pembangkang mengenai hukum Hudud ini.Isu ini hebat diperkatakan di perdebatan kembali oleh pemimpin dari BN khususnya UMNO dan juga pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati kepada bom jangka yang dilepaskan oleh Khairy Jamaluddin menjelang pilihan raya kecil Terengganu. Isu ini sememangnya isu yang enggan diperdebatkan oleh Pembangkang terutamnya PAS dan Dap kerana mereka tidak sehaluan dalam memperjuangkan Hudud dan Qisas,Isu ini timbul dalam satu forum Transformasi politik yang di adakan di Kota Bahru Kelantan oleh parti Pas dengan menjemput Khairy Jamaluddin sebagai penalist. Tujuan mereka untuk mengaibkan Khairy dalam forum ini akhirnya bertukar apabila Khairy berjaya memperbodohkan Husam dan impak yang diterima oleh Pas dalam Forum anjuran mereka sendiri sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Anak muda dari UMNO ini telah berani berhadapan dengan ribuan penyokong Pas dan pasti berani menghadapi ejekan dan kutukan mereka dan akhirnya berjaya mendedahkan kebodohan Naib Presiden mereka Husam Musa yang akhirnya dikatakan terperangkap dengan jawapan yang beliau berikan.Seharusnya ada pihak lagi dari UMNO menganjurkan forum atau debat ulangan setelah Pas menganjurkan di Kota Bahru, baru-baru ini dan menjemput tokoh dari PAS dan PKR untuk menjadi penalist .

Tuesday, December 30, 2008

PROGRAM DESA ( IT ) UNIVERSITI MULTIMEDIA - DI KAMPUNG WESTON




Seramai 80 orang pelajar Universiti Multimedia selangor telah mengadakan program DESA IT yang dianjurkan bersama Komuniti BESTARI Weston . Program yang bermula pada 24 Oktobar hingga 4 Novembar adalah bertujuan merapatkan hubungan baik diantara Universiti Multimedia selangor dengan masyarakat luar bandar di negeri sabah khususnya dipekan weston .Dismaping itu juga program ini membawa bersama ilmu IT bagi dicurahkan kepada masyarakat kampung yang jauh lebih baik daripada bandar.

Seramai 40 orang ibu bapa angkat telah dipilih untuk tujuan tersebut dengan pengisin pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan . diantara lain

01. Kelas bimbingan IT untuk Remaja
02. Kelas Bimbingan IT Untuk sekolah -sekolah angkat
03. Persembahan Kebudayaan
04. Jamuan Makan sekampung
05. Gotong royong
06. Sukan persahabatan
08. Lawatan ketempat tempat menarik .
09. Sukanaka/ Sukaneka
10. Sembahyang berjemaah
11. Majlis ramah mesra dan lain lagi .

Apa yang diharapkan perogram ini akan membuahkan hasil yang diharapkan disamping dapat menjalinkan hubungan baik yang berterusan .

TAKLIMAT BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT P177: BEAUFORT 18/08/2008


Pada 31.07.2008 (Khamis), bertempat di Dewan Masyarakat Tionghua, Beaufort, BPR Sabah telah menganjurkan satu Program Taklimat Kepimpinan Berintegriti & Pencegahan Rasuah bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat P177 : Beaufort. Peserta taklimat ini adalah terdiri daripada 202 orang. Tujuan taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan para peserta mengenai kesalahan-kesalahan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan dalam aspek perundangan serta mewujudkan rangkaian sumber dikalangan para peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat yang boleh menyumbang kepada usaha pembenterasan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan.

Taklimat ini telah diadakan dalam 3 sesi iaitu dua sesi ceramah di sebelah pagi dan satu sesi dialog disebelah petang. Ceramah telah disampaikan oleh PkPj 1 Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah, yang bertajuk Integriti Dan Pencegahan Rasuah. Manakala bagi sesi kedua telah disampaikan oleh Tn. Zainal Abidin Peton, Pegawai Biro Tatanegara Cawangan Sabah. Kemudiannya, sesi dialog telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Wakil Rakyat kawasan P177: Beaufort merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Barisan ahli panel adalah terdiri daripada YB Tn. Hj. Mohd Arifin b. Mohd Arif, ADUN N:24 Membakut, YB Tn. Kamarlin b. Hj. Ombi, ADUN N:27 Lumadan, Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah BPR Sabah, Tn. Mohd Sidek b. Hj. Abd. Jubar, Pegawai Daerah Beaufort, Tn. DSP Mustafa Maarof b. Mustafa, Ketua Polis Daerah Beaufort. Selepas program, YB Datuk telah membuat kunjungan hormat ke Sudut Pameran yang disediakan oleh Unit Pendidikan Masyarakat BPR Sabah.

Majlis Perasmian Penutupan bagi program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir di dalam perasmian adalah ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan di sekitar Daerah Beaufort.

Golongan belia dinasihat tidak mudah terpedaya pelbagai dakyah -Datuk Sapawi


22nd December, 2008
BEAUFORT: Golongan belia dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang disebarluaskan pada ketika ini. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, berkata ketika ini terdapat usaha pihak tertentu bagi mempergunakan golongan belia dengan menjadikan isu perkauman bagi memperdaya dan mempengaruhi golongan tersebut. “Usaha pihak tertentu itulah yang harus diawasi,” katanya pada pelancaran Karnival Jiran Muda peringkat pedalaman bawah di Taman Wawasan di sini, kelmarin. Karnival yang melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang itu turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Beaufort, Awang Anak Abdul Sani, Penyelaras Rukun Tertangga Sipitang, Fauziah Salleh dan Timbalan Penyelaras Rukun Tetang-ga Beaufort, Roslan Muharam serta 100 peserta. Sapawi memberitahu golongan belia perlu menyedari betapa kerajaan sentiasa berusaha memastikan mereka menjadi golongan yang bukan sahaja berguna tetapi berkualiti tinggi. “Kerajaan sentiasa berusaha melahirkan golongan belia yang berkualiti dan mampu menjadi aset utama kepada kerajaan pada masa akan datang,” katanya dan menambah usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu meliputi semua aspek. Menurutnya, kerajaan bukan sekadar mahu melahirkan golongan belia yang berkemahiran tetapi juga menerapkan nilai-nilai kepimpinan dengan meletakkan perpaduan dan persefahaman sebagai asas utama. Beliau memberitahu keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini adalah hasil kebijaksanaan para pemimpin sejak dahulu dan dapat dipertahankan pada ketika ini. “Ini adalah sejarah penting dan golongan belia perlu menyedari betapa pentingnya persefahaman dan perpaduan kaum dalam memastikan keharmonian serta kemakmuran itu terus dapat dinikmati,” katanya lagi. Sambil menyelar pihak tertentu yang mempergunakan golongan belia, Sapawi berkata golongan belia perlu menolak usaha pihak tertentu itu yang berusaha menimbulkan isu per-kauman bagi mendapatkan sokongan. Sehubungan dengan itu beliau memberitahu golongan belia harus bertindak bijak dalam membuat sebarang keputusan. Katanya, terdapat segelintir golongan belia terpengaruh dan terpedaya dengan usaha pihak tertentu itu sedangkan apa yang dilakukan oleh golongan belia hanya untuk kepentingan pihak terbabit. “Jadilah golongan belia yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati dengan kita memberi keutamaan kepada perpaduan dan persefahaman antara kaum,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian, dekat sini, baru-baru ini.

Selain mengadakan lawatan di loji itu, Abdul Rahman turut menghadiri sesi taklimat di pejabat loji berkenaan yang disampaikan oleh Jurutera Jabatan Bekalan Air Kota Belud, Petrus Augustine

Pada masa ini penduduk di daerah ini menerima bekalan air terawat daripada loji rawatan Kota Belud dan loji rawatan air Kampung Bayayat yang baru siap dibina.

Kapasiti pengeluaran kedua-dua loji ini ialah 36 juta liter sehari manakala permintaan bekalan air semasa ialah 30 juta liter sehari.

Projek Kota Belud Long Term Water Suplly yang siap dibina di Kampung Bayayat baru-baru ini telah mendapat memberikan satu kemudahan bekalan air mencukupi di daerah ini sehingga tahun 2015.

Antara yang turut hadir pada perjumpaan itu ialah Pegawai Perhubungan Kanan Ahli Parlimen Kota Belud, Idris Nanti,Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud DUN Usukan, Aslee Perlin serta para pemimpin setempat.

Gambar ;

KEMUDAHAN…….Abdul Rahman (Tengah), Petrus (Kanan sekali) ketika mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat, Kota Belud.
Posted by Ismail @ Endra Mohd Rosli