Friday, January 9, 2009

STAF AKADEMIK

STAF AKADEMIK

ANAK KAMPUNG

YB KAMARLIN H UMBI- ADUN LUMADAN MENYERAHKAN BANTUAN

JANGAN TAKUT DATUK ... LAWAN KAMI RAKYAT SABAH DISIPITANG TETAP MENDOAKAN ... KEMENANGAN

Jangan takut datuk .... lawan ... insyaallah kita pasti menang ... jangan malukan kami datuk ..... kalau kami di sabah boleh sokong datuk....!!! ,Mustahil orang - orang kampung datuk tak sokong ....!!! tap tak apa .... tekat ni datuk dah dikira menang ... rehat ajalah....!!! datuk pasti menang punya ... bagi kami di sipitang sabah dah minta agar semua YB Kami tolong datuk disana ........... Meka semua dah habis modal Datuk ... Fitnah tak jalan ... putarbelit tak pakai... serang peribadi orang benci .... Namun undi BN tetap diberi ....

YAHUDI MEMANG ZALIM .... LIHATLAH ...



MENYAYAT HATI... MAMA ...TOLANG ...MAA....!!!!

Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

ANAK DERHAKA ....APA PUNYA MANUSIA ...



MASTURA bertanyakan sesuatu kepada pasangan suami isteri yang cacat penglihatan dan dikesan mempunyai seorang anak yang menjadi pegawai kerajaan kelas A tetapi merelakan ibu bapanya mengemis di pasar malam. BH




Zionis tak berhati perut




Kanak-kanak Palestin kebuluran di sebelah mayat ibu

BAITULMAQDIS: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam menuduh Israel gagal membantu mangsa yang cedera di sebuah kawasan di Gaza apabila menemui empat kanak-kanak terlalu lemah untuk berdiri dan terbaring di sebelah mayat ibu mereka.

ICRC dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya dan pekerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin kelmarin menemui 12 mayat dan sekurang-kurangnya 19 orang yang masih hidup termasuk beberapa mangsa cedera dan empat kanak-kanak, dalam rumah yang musnah dalam serangan di Zeitun, kira-kira 80 meter dari kedudukan tentera Israel.


Anggota tentera mengarahkan pekerja penyelamat meninggalkan kawasan itu tetapi mereka enggan, menurut kenyataan.

"ICRC percaya tentera Israel gagal memenuhi syarat undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menjaga dan memindahkan mangsa cedera," menurut kenyataan langsung luar biasa sambil menambah kelewatan dalam membenarkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan itu 'tidak boleh diterima.'

Katanya, permintaan untuk memastikan perjalanan selamat bagi ambulans ke Zeitun yang dikemukakan pada 3 Januari lalu cuma diberi kelmarin.

Menceritakan detik ngeri di tempat kejadian yang disaksikan penyelamat pertubuhan itu apabila tiba di kawasan kejiranan berkenaan, ICRC berkata, pasukannya 'menemui empat kanak-kanak bersebelahan mayat ibu mereka di dalam sebuah rumah.


"Mereka terlalu lemah untuk berdiri. Seorang lelaki juga ditemui masih hidup, terlalu lemah untuk berdiri. Ada 12 mayat di atas tilam. Dalam sebuah rumah lain, penyelamat menemui 15 penduduk terselamat, sebahagiannya cedera.

"Di sebuah rumah lain, penyelamat menemui tiga mayat. Tentera Israel yang berada kira-kira 80 meter dari rumah itu mengarahkan penyelamat keluar dari situ tetapi mereka enggan," menurut kenyataan ICRC..

Ketua delegasi ICRC wilayah Israel dan Palestin, Pierre Wettach, menyifatkan kejadian itu mengejutkan.

"Tentera Israel sedar tetapi tidak membantu mangsa yang cedera malah membuatkan keadaan sukar bagi kami atau Bulan Sabit Merah Palestin untuk menyelamat mereka," katanya.

Tentera Israel tidak membincangkan dakwaan itu tetapi tetap mendakwa 'memberi kerjasama kepada pertubuhan bantuan antarabangsa supaya penduduk awam diberi bantuan.'

"Sebarang tuduhan serius yang dibuat terhadap tentera Israel perlu disiasat dengan teliti, sebaik aduan seumpama itu diterima secara rasmi," katanya.

Dalam kejadian lain di Bandaraya Gaza, seorang pegawai bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh apabila tentera Israel menembak trak yang dipandunya.

Jurucakap PBB, Adnan Abu Hasna berkata kejadian itu berlaku ketika tempoh gencatan senjata Israel bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Katanya, agensi bantuan PBB menyelaras penghantaran itu dengan Israel serta trak berkenaan ada tanda bendera badan dunia ketika kejadian.

Tentera Israel berkata, ia sedang menyiasat kejadian berkenaan yang dijangka meningkatkan ketegangan antara badan dunia dengan Israel selepas rejim Zionis itu membedil sekolah PBB awal minggu ini. BH