Wednesday, December 31, 2008

Hijrah tuntut perubahan prinsip dan sikap

Generasi muda mesti berilmu serta matang membuat keputusan harungi cabaran alaf baru

PENGHIJRAHAN kaum Muslimin di bawah pimpinan Rasulullah SAW dari kota Makkah ke kota Madinah adalah dimensi baru kepada dakwah Islamiah serta simbolik kepada penghayatan ajaran Islam sebenar. Ia juga detik penting kepada pembaharuan sistem nilai dan hidup manusia. Penghijrahan yang mematangkan penyebaran risalah Allah tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan prinsip umat Islam ketika berdepan suasana baru.

Rasulullah SAW sendiri dalam misi Baginda sudah menanam benih perpaduan, persaudaraan, tolong-menolong, pengorbanan, kecintaan dan ketakwaan dalam sanubari golongan Muhajirin serta Ansar. Itulah unsur paling penting kepada umat Islam sebagai persediaan menghadapi cabaran dan ujian sama ada daripada kaum kufur, munafik, iblis atau nafsu diri sendiri.



Perjuangan meneruskan misi Rasulullah SAW di muka bumi ini iaitu meninggikan kalimah Allah sehingga menjadi rahmat kepada sekalian alam, memerlukan keyakinan tinggi dan mantap. Ummah perlu yakin berbekalkan keimanan, semangat jihad serta panduan berasaskan al-Quran dan sunnah, perjuangan menyampaikan risalah Islam akan berjaya dan mendapat pertolongan serta inayah Allah.

Hari ini, perubahan zaman yang begitu pantas menghambat umat Islam melakukan persediaan dan persiapan jitu bagi menghadapi perubahan serta kejutan dengan menyediakan barisan pelapis generasi muda yang bukan saja tega menghadapi ledakan perubahan bahkan meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di muka bumi ini. Dunia tanpa sempadan dan cabarannya hanya mampu diharungi generasi umat yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual. Penghijrahan nilai, etika serta peradaban hidup perlu diberi perhatian khusus dalam membentuk negara menuju alaf baru dan sejahtera.

Tiada guna kita maju dalam teknologi dan maklumat, tetapi jiwa kering kontang, senang dibawa arus hawa nafsu yang dipimpin iblis dan syaitan. Selepas hijrah, umat Islam perlu memantapkan kefahaman menerusi akidah tauhid dengan mendalami ilmu agama, penghayatan al-Quran, mengkaji sejarah dan perjuangan Rasulullah SAW serta sahabat. Perbincangan ilmiah sesama cendekiawan Islam dan pada masa sama menguatkan hubungan dengan Allah dengan memperbanyakkan solat, doa, dan ibadat sunat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka." (Surah Ar-Ra'd, ayat 11).

Hijrah juga mengingatkan kita pentingnya sikap cekal dalam diri. Berbekalkan penghayatan nilai kecekalan inilah barisan pelapis umat berupaya tabah dalam mengharungi cabaran alaf baru. Pencapaian umat Islam yang begitu gemilang dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak dunia dengan pelbagai disiplin ilmu, tidak mungkin datang tiba-tiba dan kebetulan tanpa usaha yang cekal, gigih berserta semangat jihad tertanam kuat dalam jiwa. Sesungguhnya daya juang tinggi dapat dikutip daripada generasi hijrah pertama. Ilmu juga diperoleh melalui pengalaman apabila seseorang mengalami peristiwa yang memberi pengajaran kepadanya. Sejarah menunjukkan kepada kita perkara utama dibawa Rasulullah SAW kepada masyarakatnya ialah ilmu yang boleh menyedarkan mereka untuk mengenali diri dan Allah seterusnya melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.

Umat Islam perlu merenung dan berfikir mengenai keruntuhan serta kemusnahan kaum terdahulu supaya dapat memperkukuhkan jiwa menghadapi alaf baru. Sebab itu hijrah mengajar kita bersikap matang dalam mengambil sesuatu keputusan atau tindakan.

Kewarasan bertunjangkan syariat dan ketenangan berasakan iman serta takwa yang melahirkan kematangan perlu disemai dalam jiwa umat Islam pada zaman siber kerana tindakan yang hanya berlandaskan akal atau nafsu menyebabkan negara dan ummah binasa.

Kita tidak boleh meletakkan kebenaran atas suara ramai. Justeru, kita perlu berpegang kepada prinsip berlandaskan al-Quran dan hadis. Ketika Rasulullah SAW ditawarkan harta, pangkat dan wanita supaya meninggalkan seruan Islam, Baginda bersabda yang bermaksud: "Sekiranya diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan pekerjaan ini, tidak sekali-kali aku tinggalkan sama ada aku berjaya atau menemui ajal."

Pada hari ini, jelas kelihatan betapa masyarakat Islam semakin tidak bersatu-padu, sekalipun mereka mengetahui kehidupan begitu sifat masyarakat jahiliah. Keadaan masyarakat yang kebanyakannya hidup dengan mempertahan serta mementingkan diri boleh melemahkan ummah dan negara. Sikap individualistik tidak patut dididik dalam pemikiran umat Islam terutama generasi muda. Sejarah membuktikan umat Islam lantaran perpecahan di kalangan mereka, menjadi mangsa kekejaman, pembunuhan dan permainan musuh Islam. Umat Islam sanggup bermusuhan dan berbunuhan tanpa menyedari puak kufur adalah dalang pembunuhan sesama mereka.

Justeru, kesatuan dan perpaduan adalah aset terpenting sebagai bekalan umat ke alaf baru. Perpecahan sekalipun sedikit dan kecil, lambat laun pasti akan merebak dan seterusnya menyentap perjuangan umat Islam daripada puncak kejayaan. Peristiwa hijrah membuktikan perpaduan umat Islam antara Muhajirin dan Ansar adalah inti pati kejayaan hijrah dan perjuangan Islam. Memasuki alaf baru yang serba-serbi sejagat tidak memungkinkan kita hidup dalam keadaan terasing.

Dunia tanpa sempadan serta kemajuan yang menyatukan pelbagai bangsa dan negara adalah cabaran yang berhajatkan umat Islam bersatu padu. Percanggahan perkara pokok mesti dielakkan, manakala perselisihan masalah cabang memerlukan sikap keterbukaan dan berlapang dada.

Umat Islam perlu sedar musuh pasti akan bersatu apabila berdepan dengan Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 120)


Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
















Oleh Malek Saiful Muda






KETIKA semua orang bercakap soal politik wang dalam Umno, pelbagai kelemahan dalam parti pemerintah ini, tiba-tiba muncul seorang anak muda, bernama Khairy Jamaluddin di Wacana Perdana, dekat Balai Islam Kota Bharu, Kelantan bercakap soal gabungan Pakatan Rakyat antara Pas, DAP dan PKR retak menanti belah.Anak muda ini, yang merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, seperti mahu disisihkan dari hirerki kepimpinan Umno. Bukan kerana beliau tidak bagus tetapi kerana kecemburuan yang menyaluti minda orang-orang Umno, termasuk pembangkang.Bila orang-orang Umno menyerang anak muda bernama Khairy Jamaluddin ini, pembangkang pun akan menyerang sama. Biasalah, tentuya tiada siapa yang mahu mempertahankan Khairy Jamaluddin kerana mempertahankannya ibarat satu dosa besar pula.Yang peliknya, ketika menyerangnya, memfitnahnya dan mengutuknya, tidak dianggap sebagai dosa sebaliknya jika mempertahankannya, ia diibaratkan sebagai dosa pula. Hari ini, ketika menjadi penalis dalam Wacana Perdana, lontaran hujah Khairy Jamaluddin memerangkap Pas, DAP dan Parti Keadilan. Ketiga-tiga parti ini sedang bertelagah ekoran lontaran hujah Khairy Jamaluddin.Siapa orang lain yang beria-ia sangat hendak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno mampu melakukan seperti apa yang dilakukan Khairy Jamaluddin? Kenapa sekarang kebolehan anak muda yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ini tidak mahu diperkatakan? . Kita lebih suka membicarakan hal buruk orang tetapi baiknya kita senyapkan sahaja. Tiada siapa, termasuk para pemimpin yang kanan dalam Umno mampu menampilkan diri, berhujah secara berani di celah-celah ribuan penyokong Pas, dengan tempik dan sorak mengejek, boleh bercakap dengan lancer dan tenang, walaupun sesekali kelihatan emosional.Beranikah Pas menjemput Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi penalis seperti Wacana Perdana ini? Walaupun Pas menyediakan penalisnya Datuk Husam Musa dan seorang lagi, Prof Madya Abd Aziz Bari yang lebih mirip kepada pembangkang, tetapi Khairy Jamaluddin bukan calang-calang pemidato. Khabarnya, moderator, Prof Madya Mohamad Agus Yusof, seorang anak Kelantan juga berusaha memerangkap Khairy Jamaluddin dengan soalan-soalannya namun, dia pun silap kerana dia ingat di menjadi moderator budak-budak sekolah menengah berbahas.Sebagai seorang peminat dan pengikut politik di Malaysia, saya tidak dapat menahan perasaan saya untuk mengatakan saya cukup berbangga melihat kepetahan Khairy Jamaluddin berhujah. Malahan, saya mengkaguminya walaupun selama ini saya tidak pernah mendengar cerita baik mengenai Khairy Jamaluddin dari mulut orang-orang politik dan mulut orang-orang Umno yang saya temui.Selama ini, saya juga hampir-hampir terpengaruh dengan cerita kawan-kawan, kononnya Khairy Jamaluddin akan menjadi beban kepada Umno. Khairy Jamaluddin tidak akan mampu menjadi pemimpin besar Umno. Khairy Jamaluddin bukan pelapis dalam Umno. Khairy Jamaluddin buruk, seburuk-buruknya.Hari ini, saya dengan penuh gagah, mahu berdepan dengan kawan-kawan, kenalan dan orang-orang yang selama ini mengatakan kepada saya Khairy Jamaluddin tidak baik, tidak berguna dan tidak layak dijadikan pemimpin. Saya mahu berhujah dengan mereka, walaupun mungkin hujah saya tidak sehebat hujah Khairy Jamaluddin 'memukul' Pas, Husam, Aziz Bari dan Agus tetapi sekurang-kurangnya, saya tahu Khairy Jamaluddin adalah potensial kepimpinan Umno.Baru sekali Khairy Jamaluddin 'menyerang' - huru-hara Pas, PKR dan DAP dibuatnya. Sibuk Presiden Pas mengatakan, "saya akan merujuk dulu kepada Datuk Husam Musa mengenai apa yang diperkatakannya berkaitan Hudud."Ketua Menteri Pulau Pinang sudah menyatakan pendiriannya, DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud manakala Tian Chua dari PKR pula mengatakan perlaksaan Hudud merupakan sesuatu yang menyalahi persefahama dalam Pakatan Rakyat.Khairy Jamaluddin juga menyerang Pas mengenai krisis dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Husam mengakuinya dan sekaligus mendedahkan bahawa ketiga-tiga parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat ini memang tidak sefahaman. Ketika mereka menyerang Barisan Nasional, sebenarnya mereka mahu menutup apa yang badai yang melanda gabuangan mereka.Saya mengharapkan Umno membenarkan Khairy Jamaluddin terus mewakili Umno untuk menjadi penalis di mana-mana sahaja Wacana, Debat ataupun atas apa nama sekali pun kerana melalui Khairy Jamaluddin, Umno akan dapat menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa perjuangan Umno jauh lebih tulin dari perjuangan DAP, PKR dan Pas yang hanya menggunakan satu-satu isu, untuk tujan sementara.Jika Pas berkempen di kawasan orang-orang Melayu, mereka akan mengambarkan mereka jauh lebih Islam dari orang-orang Umno. Tetapi apabila mereka berkempen di kawasan orang-orang Cina, mereka akan mengambarkan bahawa mereka jauh lebih rasional dalam soal-soal perkauman dari orang-orang Umno.Begitu juga seterusnya, jika mereka berada satu pentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba pemimpin-pemimpin Pas ini akan menjadi kecut, sekecut-kecutnya kerana mereka takutkan orang-orang Anwar dalam Pas, jika mereka tersilap perhitungan bercakap soal-soal Islam, perpaduan dan perkauman.

ANTARA KJ DAN HUSAM


Laman-laman web pro pembangkang kini mempersalahkan Khairy Jamaluddin yang telah berjaya membangkitkan isu yang disembunyikan oleh Pas selama ini dengan memaksa Naib Presiden Pas, Husam Musa untuk menjelaskan kedudukan hukum Hudud dan Qisas yang selama ini diperjuangkan oleh Pas dan akhirnya terpaksa menyembunyikan isu ini dan menggantikan manifesto baru pada pilihan raya Umum yang lalu untuk mengkaburkan mata rakyat apabila Mereka bersetuju bersatu dengan Pakatan Rakyat.Manifesto baru, negara berkabajikan sebenar adalah aksesories kepada Pas untuk memujuk rakyat bukan Islam untuk menerima Pas dalam pakatan rakyat. Husam dikatakan terperangkap dengan soalan Khairy Jamaluddin dan telah membuat kesilapan dengan jawapan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud dan Qisas sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.Jawapan Husam ini menimbulkan satu suasana yang keliru dan tidak menyenangkan DAP yang sememangnya menentang Hudud dan Qisas. Keadaan bertambah celaru sehingga Nik Aziz dan Hj Hadi terpaksa mencampuri untuk menenangkan kembali keadaan dengan jawapan yang tidak konsisiten yang boleh di anggap sebagai jawapan untuk menyelamatkan keadaan dan hubungan parti mereka.Terbaru, Nik Aziz berkata Pas akan melaksanakan hukum Hudud walaupun terpaksa menunggu 30 tahun yang merupakan jawapan untuk menyelamatkan maruah parti berkenaan yang tidak lagi memperjuangkan Hudud. Samy Vellu juga meminta Anwar Ibrahim untuk menjelaskan pendirian beliau sebagai Ketua pembangkang mengenai hukum Hudud ini.Isu ini hebat diperkatakan di perdebatan kembali oleh pemimpin dari BN khususnya UMNO dan juga pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati kepada bom jangka yang dilepaskan oleh Khairy Jamaluddin menjelang pilihan raya kecil Terengganu. Isu ini sememangnya isu yang enggan diperdebatkan oleh Pembangkang terutamnya PAS dan Dap kerana mereka tidak sehaluan dalam memperjuangkan Hudud dan Qisas,Isu ini timbul dalam satu forum Transformasi politik yang di adakan di Kota Bahru Kelantan oleh parti Pas dengan menjemput Khairy Jamaluddin sebagai penalist. Tujuan mereka untuk mengaibkan Khairy dalam forum ini akhirnya bertukar apabila Khairy berjaya memperbodohkan Husam dan impak yang diterima oleh Pas dalam Forum anjuran mereka sendiri sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Anak muda dari UMNO ini telah berani berhadapan dengan ribuan penyokong Pas dan pasti berani menghadapi ejekan dan kutukan mereka dan akhirnya berjaya mendedahkan kebodohan Naib Presiden mereka Husam Musa yang akhirnya dikatakan terperangkap dengan jawapan yang beliau berikan.Seharusnya ada pihak lagi dari UMNO menganjurkan forum atau debat ulangan setelah Pas menganjurkan di Kota Bahru, baru-baru ini dan menjemput tokoh dari PAS dan PKR untuk menjadi penalist .

Tuesday, December 30, 2008

PROGRAM DESA ( IT ) UNIVERSITI MULTIMEDIA - DI KAMPUNG WESTON




Seramai 80 orang pelajar Universiti Multimedia selangor telah mengadakan program DESA IT yang dianjurkan bersama Komuniti BESTARI Weston . Program yang bermula pada 24 Oktobar hingga 4 Novembar adalah bertujuan merapatkan hubungan baik diantara Universiti Multimedia selangor dengan masyarakat luar bandar di negeri sabah khususnya dipekan weston .Dismaping itu juga program ini membawa bersama ilmu IT bagi dicurahkan kepada masyarakat kampung yang jauh lebih baik daripada bandar.

Seramai 40 orang ibu bapa angkat telah dipilih untuk tujuan tersebut dengan pengisin pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan . diantara lain

01. Kelas bimbingan IT untuk Remaja
02. Kelas Bimbingan IT Untuk sekolah -sekolah angkat
03. Persembahan Kebudayaan
04. Jamuan Makan sekampung
05. Gotong royong
06. Sukan persahabatan
08. Lawatan ketempat tempat menarik .
09. Sukanaka/ Sukaneka
10. Sembahyang berjemaah
11. Majlis ramah mesra dan lain lagi .

Apa yang diharapkan perogram ini akan membuahkan hasil yang diharapkan disamping dapat menjalinkan hubungan baik yang berterusan .

TAKLIMAT BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT P177: BEAUFORT 18/08/2008


Pada 31.07.2008 (Khamis), bertempat di Dewan Masyarakat Tionghua, Beaufort, BPR Sabah telah menganjurkan satu Program Taklimat Kepimpinan Berintegriti & Pencegahan Rasuah bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat P177 : Beaufort. Peserta taklimat ini adalah terdiri daripada 202 orang. Tujuan taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan para peserta mengenai kesalahan-kesalahan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan dalam aspek perundangan serta mewujudkan rangkaian sumber dikalangan para peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat yang boleh menyumbang kepada usaha pembenterasan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan.

Taklimat ini telah diadakan dalam 3 sesi iaitu dua sesi ceramah di sebelah pagi dan satu sesi dialog disebelah petang. Ceramah telah disampaikan oleh PkPj 1 Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah, yang bertajuk Integriti Dan Pencegahan Rasuah. Manakala bagi sesi kedua telah disampaikan oleh Tn. Zainal Abidin Peton, Pegawai Biro Tatanegara Cawangan Sabah. Kemudiannya, sesi dialog telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Wakil Rakyat kawasan P177: Beaufort merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Barisan ahli panel adalah terdiri daripada YB Tn. Hj. Mohd Arifin b. Mohd Arif, ADUN N:24 Membakut, YB Tn. Kamarlin b. Hj. Ombi, ADUN N:27 Lumadan, Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah BPR Sabah, Tn. Mohd Sidek b. Hj. Abd. Jubar, Pegawai Daerah Beaufort, Tn. DSP Mustafa Maarof b. Mustafa, Ketua Polis Daerah Beaufort. Selepas program, YB Datuk telah membuat kunjungan hormat ke Sudut Pameran yang disediakan oleh Unit Pendidikan Masyarakat BPR Sabah.

Majlis Perasmian Penutupan bagi program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir di dalam perasmian adalah ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan di sekitar Daerah Beaufort.

Golongan belia dinasihat tidak mudah terpedaya pelbagai dakyah -Datuk Sapawi


22nd December, 2008
BEAUFORT: Golongan belia dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang disebarluaskan pada ketika ini. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, berkata ketika ini terdapat usaha pihak tertentu bagi mempergunakan golongan belia dengan menjadikan isu perkauman bagi memperdaya dan mempengaruhi golongan tersebut. “Usaha pihak tertentu itulah yang harus diawasi,” katanya pada pelancaran Karnival Jiran Muda peringkat pedalaman bawah di Taman Wawasan di sini, kelmarin. Karnival yang melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang itu turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Beaufort, Awang Anak Abdul Sani, Penyelaras Rukun Tertangga Sipitang, Fauziah Salleh dan Timbalan Penyelaras Rukun Tetang-ga Beaufort, Roslan Muharam serta 100 peserta. Sapawi memberitahu golongan belia perlu menyedari betapa kerajaan sentiasa berusaha memastikan mereka menjadi golongan yang bukan sahaja berguna tetapi berkualiti tinggi. “Kerajaan sentiasa berusaha melahirkan golongan belia yang berkualiti dan mampu menjadi aset utama kepada kerajaan pada masa akan datang,” katanya dan menambah usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu meliputi semua aspek. Menurutnya, kerajaan bukan sekadar mahu melahirkan golongan belia yang berkemahiran tetapi juga menerapkan nilai-nilai kepimpinan dengan meletakkan perpaduan dan persefahaman sebagai asas utama. Beliau memberitahu keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini adalah hasil kebijaksanaan para pemimpin sejak dahulu dan dapat dipertahankan pada ketika ini. “Ini adalah sejarah penting dan golongan belia perlu menyedari betapa pentingnya persefahaman dan perpaduan kaum dalam memastikan keharmonian serta kemakmuran itu terus dapat dinikmati,” katanya lagi. Sambil menyelar pihak tertentu yang mempergunakan golongan belia, Sapawi berkata golongan belia perlu menolak usaha pihak tertentu itu yang berusaha menimbulkan isu per-kauman bagi mendapatkan sokongan. Sehubungan dengan itu beliau memberitahu golongan belia harus bertindak bijak dalam membuat sebarang keputusan. Katanya, terdapat segelintir golongan belia terpengaruh dan terpedaya dengan usaha pihak tertentu itu sedangkan apa yang dilakukan oleh golongan belia hanya untuk kepentingan pihak terbabit. “Jadilah golongan belia yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati dengan kita memberi keutamaan kepada perpaduan dan persefahaman antara kaum,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian, dekat sini, baru-baru ini.

Selain mengadakan lawatan di loji itu, Abdul Rahman turut menghadiri sesi taklimat di pejabat loji berkenaan yang disampaikan oleh Jurutera Jabatan Bekalan Air Kota Belud, Petrus Augustine

Pada masa ini penduduk di daerah ini menerima bekalan air terawat daripada loji rawatan Kota Belud dan loji rawatan air Kampung Bayayat yang baru siap dibina.

Kapasiti pengeluaran kedua-dua loji ini ialah 36 juta liter sehari manakala permintaan bekalan air semasa ialah 30 juta liter sehari.

Projek Kota Belud Long Term Water Suplly yang siap dibina di Kampung Bayayat baru-baru ini telah mendapat memberikan satu kemudahan bekalan air mencukupi di daerah ini sehingga tahun 2015.

Antara yang turut hadir pada perjumpaan itu ialah Pegawai Perhubungan Kanan Ahli Parlimen Kota Belud, Idris Nanti,Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud DUN Usukan, Aslee Perlin serta para pemimpin setempat.

Gambar ;

KEMUDAHAN…….Abdul Rahman (Tengah), Petrus (Kanan sekali) ketika mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat, Kota Belud.
Posted by Ismail @ Endra Mohd Rosli

Monday, December 29, 2008

SILA FLAG BLOG INI HINA NABI



ini menggunakan identiti "Adibah Ahmad", dibangunkan pada 24 Disember 2008 dengan posting pertama bertajuk "Nabi Olang Itam?". Banyak posting dalam blog ini secara jelasnya menghina Nabi Muhammad SAW dengan karikatur dan tulisan yang cukup menyakitkan hati orang Islam. Nombor telefon yang diberikan adalah nombor telefon pejabat Auto Bavaria. Blog ini menggunakan identiti orang Islam dan palsu untuk menghina orang Islam.(Gambar: Salah satu posting dalam blog ini). Ada beberapa lagi blog yang menghina Islam seperti surind.blogspot.com, pedestrianinfidel.blogspot.com dan tokbatinsenoi.blogspot.com. Saya menyeru sahabat-sahabat muslim agar flag beramai-ramai blog-blog ini. Tindakan tegas perlu diambil terhadap blogger-blogger tersebut.
AZRINIZAM IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Posted by azrinizam

Pengajaran dari seberang


(Gambar: Kuasa Yang Maha Kuasa. Masjid Baiturrahman di Banda Acheh yang tinggal sedangkan kawasan sekitarnya habis dilanda tsunami). 26 Disember 2004 mengorbankan 260,000 nyawa di Acheh. Kini, 26 Disember 2008, sudah empat tahun tragedi ini berlalu. Apa yang kita belajar dari sekeping gambar di atas? Umat Islam terus diduga lagi dengan berbagai-bagai dugaan. Terbaru, sudah ada blog dari Malaysia yang secara terbuka menghina Nabi Muhammad SAW. Dulu kita hanya dengar kartun dari Denmark dan filem "Fitna" dari Belanda yang menghina Islam. Hari ini, sudah ada orang Malaysia yang menghina Islam. Ada juga manusia yang mengenepikan nilai hormat-menghormati semata-mata untuk memuaskan kehendak peribadi. Merosak hubungan perpaduan dan sesama kaum. Pada mereka, nilai murni tidak lagi penting, yang diutamakan adalah kepuasan. Moga, Allah SWT terus melindungi kita semua dari bencana dan ancaman seperti ini. Amin.AZRINIZAM IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1430 H


selamat menyambut awal Murharam 1430 hijrah

Gandingan bekas penyandang dan calon menang amat perlu bagi perkuat parti

28th December, 2008 NST
KOTA KINABALU: Gandingan serta kerjasama antara bekas penyandang dan calon yang menang pada persidangan perwakilan Umno bahagian baru-baru ini amat perlu bagi memperkuatkan lagi parti.
Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Jainab Ahmad, berkata gabungan kekuatan kedua-dua kepimpinan perlu dimanfaatkan bagi menguatkan parti dan seterusnya membela nasib rakyat.
“Saya setuju dengan pandangan supaya calon yang kalah dipertimbangkan untuk terus mendapat tempat dan memainkan peranan dalam parti.
“Ini kerana setiap kepimpinan ada kekuatannya sendiri dan pastinya adat pertandingan yang menang ada penyokongnya dan yang kalah juga ada penyokongnya.
“Jadi kalau kedua-duanya memainkan peranan, saya percaya Umno akan menjadi lebih kuat dan mampu membela nasib rakyat dengan lebih berkesan,” katanya di sini kelmarin.
Beliau mengulas mengenai pandangan Badan Perhubungan Umno Kelantan supaya Ketua Umno bahagian dan sayap parti yang baru dipilih pada persidangan perwakilan bahagian baru-baru ini supaya tidak menyisihkan bekas penyandang dan calon lain yang tewas.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, dipetik berkata, sebaliknya, mereka yang tewas itu sewajarnya diberikan peranan memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa bahagian.
Kata Annuar, langkah itu amat penting kerana ia boleh me-ngembalikan semula perpaduan dan mengeratkan keretakan yang sedikit terjejas sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.
Menurut Jainab yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Sepanggar, cara itu juga dapat memastikan penyandang atau ca-lon yang tewas tidak berasa tersisih seterusnya dapat meneruskan khidmat kepada parti.
Bagaimanapun katanya, peranan yang harus diberikan kepada bekas penyandang dan calon yang kalah terserah kepada ketua bahagian masing-masing untuk menentukannya.
“Ia terserah kepada ketua bahagian untuk memberikan peranan kepada mereka sama ada untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa atau biro atau penasihat kerja tetapi yang penting hubungan antara yang kalah dan menang dapat dirapatkan,” katanya yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.
Dalam pada itu katanya, Wanita Umno Sepanggar pada masa ini memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Bahagian baru, Jumat Idris.
Katanya, tidak ada masalah yang timbul dalam melaksanakan aktiviti dan program pembangunan kerana segala perancangan sentiasa dibincangkan bersama.

Saturday, December 27, 2008

ANAK KAMPUNG DAPAT YB BARU ...







Syabas dan tahniah kepada YB Baru Kami Yang Berhormat Tuan Kamarlin Hj Ombi Ahli Dewan Undangan Ngeri Kawasan N27 Lumadan Sabah .

Berlatar belatar belakangkan pendidikan sebagai pegawai pendidikan daerah sipitang beliau sememangnya dikenali ramai apatahlagi dikalangan guru - guru sekolah dikawasan daearh Beaufort , Sipitang , Kula penyu . beliau yang lahir dari keluarga sederhana di Kampung Lupak Beaufort telah berjaya melanjutkan pelajaraan di salah sebuah universiti di Amerika mempunyai perwatakan yang sederhana . Dari apa yang anak kampung kenali beliau ketika sama sama mengikuti Kursus pemantapan jentera Pilihanraya tahun 1994 anjuran Biro Penerangan UMNO negeri Sabah yang mana beliau ketika itu Mewakili UMNO Bahgian Sipitang dan anak kampung pula mewakili Pergerakan pemuda UMNO Bahgaian , Beliau seorang yang suka berjenaka , sentiasa terbuka , dan dan sentiasa berkongsi pengalaman dan ilmu , sebagai pemimpin beliau sentiasa disenangi ramai kawan dan lawan ... suatu ketika anak kampung cuba tanyakan petua apakah yang beliau gunakan sehinggah kawan dan lawan pun rasa terpinga-pinga . beliau hanya menjawab " SENTIASALAH SENYUM SELALU " pengertianya cukup luas untuk diterokai . Katanya lagi Senyum itu satu Sedekah ...!! anak kampung faham maksud yang cuba disampaikan .


sejak awal mula penglibatan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahgaian p.178 Sipitang yang mana anak kampung sendiri sebagai AJK UMNO Bahagian , Usaha dan peranan beliau amat berkesan pelbagai aktiviti dilaksanakan di kampung -kampung untuk menjelaskan pelbagai isu UMNO diperingkat tertinggi agar tidak mudah diputar belitkan . semasa berada dimeja bulat mesyuart bahagian beliau tegas dan jujur memberikan pelbagi pendapat disamping merumuskan kesimpulan melalui fakta dan ilmiah , Sememangnya tepatlah UMNO Bahagian Memilih beliau sebagai ketua Penerangan UMNO pada ketika itu .....


Selama anak kampung kenali beliau tidak pun kedengaran beliau atau kawan- kawan beliau melobi untuk mejadai calun wakil rakyat kawasan , cuma seskali disebut sebut oleh ramai orang ... namun hakikatnya ajal maut ,jodoh dan rezeki ditangan tuhan 9 orang yang disebutkan terpaksa mengundur diri bila sahaja nama Kamarlin Hj Ombi diumumkan sebagi calun ADUN Kawasan N27 Lumadan . bagi anak kampung siapa pun calun tak jadi hal , Cuma lagi anak kampung amat bangga dan berbesar hati kawan yang juga sama sama menggerak UMNO bahagian dipilih menjadi calun .... tuah orang lah katakan ... apa yang anak kampung ingin kongsikan bersama YB Baru ini memang sesuai dan tepat pada masanya apatahlagi dalam era pembangunan Modal insan yang dianjurkan oleh pemimpin besar negara ... sempat juga anak kampung dibisikan oleh YB Baru ini ... kalau menang nanti pendidikan , perpaduan dan pembangunan modal insan akan menjadi keutamaan , terlintas difikiran anak kampung bahawa beliau mampu melakukanya .

akhirnya terbukti juga apabila belum pun 100 hari pentadbiran beliau satu program pembangunan IT diadakan di Kampung kelahiran beliau anjuran unit IT Jabatan kementerian Pembangunan Sumbar manusia negeri Sabah . Menyusul kemudian Pentarama Jabatan Penerangan Hiburan berinfomasi yang menanamkan semnagat cinta negara di kampung Weston .











Apa yang jelas anak kampung berpendapat YB kamarlin Hj Ombi mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat kearah yang lebih baik semoga beliau terus berjaya ... anak kampung akan terus berada dibelakang

ANAK KAMPUNG MENERIMA 20 BUAH KOMPUTER PERCUMA DARIPADA KEMENTERIAN PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA -MELALUI PROGRAM BDD


Web Rasmi BDD Kg Weston (Klik disini ) http://beaufort.bdd.org.com

Bersyukur kepada Alllah Swt... Kerana anak kampung telah meneriam kemudahan kerajaan yang cukup mengujakan , Apa tidaknya 20 unit komputer dengan pelbagai kemudahan dianggarkan bernilai RM 170 ,000 telah diterima sepenuhnya daripada kementerian Perumahan Dan Kerajaan tempatan Melalui Projek BERIDGING DIGITAL DIVIDE ( BDD) . Perojek yang bertujuan merapatkan jurang digital luar bandar dan bandar sememangnya dinanti-nantikan oleh penduduk kampung lebih lebih lagi anak - anak kampung . Apa yang membanggakan anak kampung projek BDD yang hanya diwujudkan di 6 buah kampung terpilih seluruh negara yang melibatkan 6 buah negeri menjadikan anak kampung rasa dihargai dengan usaha selama ini ...


Memang benar , kejujuran dan keikhlasan kerajaan pemerintah hari ini untuk membela rakyat seperti yang dilaung- laungkan bukanlah dongeng atau retorek .... seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak .... yang cemburu dengan sejarah kepimpinan yang baik selama hampir 50 tahun lalu. Sesungguhnya YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri yang dikasihi berserta hulu balangnya TELAH MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIBERIKAN OLEH RAKYAT .... Meka semua tidak tidur atau berpoya poya ... Syabas terima kasih paklah .... tampa Pak Lah siapalah kami anak kampung yang serba kekurangan , setidaknya dapatlah kami merasakan nikamat kemajuan yang dikecapi nun di bandar sana .... kami janji akan terus bersamamu dari dulu kini dan selamanya .... Kami juga janji kalau paklah dan Pembesar -pembesar lain sudi datang ke kampung kami , anak kampung akan tumbang kerbau 2 atau 3 ekor ... insyaalah ... Layari kami di http://beaufort.bdd.org.com






KOMUNITI BESTARI PEKAN WESTON - BERJAYA HASILKAN TIKAR DAUN NIPAH TERPANJANG DIMALAYSIA - MBR

Komuniti BESTARI Pekan weston beaufort Sabah telah berjaya mencatit The Malaysia Book Of Recod dengan menganyam tikar daun nipah terpanjang di malayasia . Usaha ini bertujuan memperkenalkan Pekan weston sebagai destinasi persinggahan pelancungan disamping memupuk perpaduan dikalangan penduduknya . anak kamupung tumpang berbangga

Album kenangan bersama Pen. Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia ( K.BESTARI KEBANGSAAN )
maklumat lanjut di http://beaufort.bdd.org.com/ klik disini ( Protal resmi Kg Weston )

APA KATA K.J



oleh. KJ

SEJAK kebelakangan ini terdapat banyak berita tentang keahlian UMNO. Ada yang memohon menjadi ahli dan ada juga yang tidak mahu lagi menjadi ahli. Dalam semua kes terkini, individu-individu terbabit pernah menjadi pemimpin UMNO sama ada pada peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.

Yang pasti, UMNO semakin menjadi rumah persinggahan yang boleh dikeluar masuk sesuka hati. Ada yang keluar hari ini dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum kembali. Ada yang masuk semula kerana sudah yakin dengan perubahan yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dalam perkara-perkara tertentu seperti pemulihan sistem kehakiman negara dan rombakan kepada Badan Pencegah Rasuah setelah begitu lama berada dalam parti pembangkang dan mengutuk segala tindakan UMNO.

Apa yang pasti, kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak menyertai UMNO. Mereka perlu masuk secara sukarela atas kesedaran bahawa perjuangan demi agama, bangsa dan negara masih lagi merupakan gagasan politik yang paling relevan di Malaysia.Pada masa yang sama, kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak keluar dari UMNO. Kita boleh memujuk mereka untuk berfikir semula, tetapi jika mereka tidak lagi mempunyai komitmen kepada perjuangan UMNO, mereka akan tetap dengan pendirian mereka.

Bagi saya, keahlian UMNO tidak boleh bersyarat. Kita tidak boleh kata kita hanya mahu menjadi ahli UMNO jika pemimpin tertentu menjadi Presiden parti. Ini langsung membelakangkan institusi kepimpinan parti, menafikan proses demokrasi dalaman dan menghina slogan UMNO iaitu "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat". Parti kita ada proses pemilihan tersendiri. Kalau tak suka kepada pemimpin proses ini perlu diguna untuk mencapai perubahan. Bukannya dengan tindakan keluar parti yang boleh menganggu kestabilan UMNO dan menguntungkan pembangkang.

Ada juga yang kata proses pemilihan parti tidak demokratik kerana ada "kuota" kelayakan bagi pencalonan jadi tidak ada pilihan lain dari keluar parti. Tanya dulu, bilakah sebenarnya UMNO memperkenalkan sistem "kuota" pencalonan ini? Apa sebabnya? Kita mesti jawab soalan-soalan ini terdahulu sebelum membuat apa-apa tuduhan. Jangan kita buta sejarah.

Kepada mereka yang ingin "kembali ke pangkal jalan" saya ucapkan selamat kembali. Jangan sia-siakan peluang kedua menjadi ahli parti keramat ini. Buktikan kesetiaan dan keikhlasan anda kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa jawatan. Masih ramai yang bersyak wasangka terhadap tindakan anda. Ada yang kata tindakan ini ibarat hadiah kuda Trojan yang diguna oleh tentera Sparta untuk menewaskan Kerajaan Troy. Hadiah kuda ini akan masuk UMNO dan menunggu masa sesuai untuk membuka pintu kepada mantan towkay mereka untuk kembali.

Ada juga yang berspekulasi bahawa kuda hadiah ini adalah kerja saya yang berpakat dengan Saudara Ezam Mohd Nor dengan "grand design" tertentu. Saya ingin menyatakan bahawa saya langsung tidak terlibat dengan permohonan Saudara Ezam untuk menjadi ahli UMNO semula. Walaupun saya kenal beliau, saya tidak mainkan pernanan malah tidak tahu menahu tentang "kemasukan" semula beliau dalam UMNO. Tapi bagi sesetengah pihak, tidak ada perkara yang saya tidak tahu di Malaysia dan semua kejadian adalah kerja saya. Kalau ada hujan petir atau ribut taufan, itu pun dikatakan kerja KJ!

Saya faham penafian saya ini tidak cukup untuk memuaskan kaki spekulasi (penyangak) politik. Pada mereka, siasah tanahair lebih menarik jika benar saya adalah "mastermind" dan Saudara Ezam merupakan hadiah kuda yang akan membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk semula dalam UMNO. Inilah senario yang dicanang oleh mereka yang menangguk di air keroh dengan tujuan untuk mencetuskan kekecohan dalam parti. Inilah yang menjadi senario idaman mereka supaya perasaan syak mereka terhadap saya yang sering dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar dapat disahkan.

Malang sekali mereka tidak mengenali saya. Bagi saya, Dato' Seri Anwar sudah tersimpang jauh dari perjuangan kebangsaan yang tulen. Beliau tidak akan dapat apa-apa sokongan malah simpati dari saya. Jika kemasukkan Saudara Ezam bertujuan untuk memenuhi strategi hadiah kuda Trojan, saya adalah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut.Prinsip saya dalam politik adalah mudah. Jangan lompat parti. Jangan bakar jambatan lepas itu berpantun membina jambatan baru. Jangan meletakkan syarat kepada keahlian parti, lebih-lebih lagi UMNO. Sebab sekali kita lompat, selama-lamanya kita akan dipandang serong seolah-olah seekor hadiah kuda.

Friday, December 26, 2008

Semua pihak t-jawab pastikan keharmonian negara kekal



SIPITANG: Semua pihak tanpa mengira kaum dan anutan agama bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran negara dike-kalkan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi bin Ahmad berkata keharmonian dan ke-makmuran itu dinikmati hasil daripada perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini.

“Tanggungjawab kita ialah memastikan keharmonian dan kemakmuran itu dikekal-kan serta berterusan dan dalam hal ini sudah tentu kita sebagai rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk menge-kalkannya.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati itu adalah berasaskan kepada perpaduan dan persefahaman kaum,” ka-tanya pada majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan Hari Krismas kepada balu, ibu tunggal dan warga emas di perpustakaan daerah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis teresbut termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bu-jang, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sin-dumin Richard Kamtan.

Sapawi memberitahu meskipun negara ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi namun penganut agama lain tetap diberikan kebebasan.

Beliau memberitahu kebebasan yang diberikan itu telah membolehkan perpaduan serta persefahaman itu diperkukuhkan.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati sejak merdeka sehinggalah ketika ini amat perlu dikekalkan dan dipertingkatkan,” katanya.

Bagaimanapun Sapawi melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pihak tertentu yang cuba menghasut rakyat negara ini dengan membangkitkan isu-isu agama dan berbau perkauman.

Menurutnya pihak tersebut sengaja berbuat demikian kerana mahu melihat keharmonian dan kemakmuran negara musnah.

“Mereka mahu kita bertelagah dan jika ini berlaku tentunya keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati ketika ini akan musnah,” katanya dan menambah usaha menghalang pihak tersebut bukan hanya disandarkan kepada kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya tanggungjawab menyekat dan menghalang usaha itu adalah tanggungjawab semua pihak yakni rakyat negara ini,” katanya.

Beliau memberitahu rakyat harus me-nolak usaha tersebut dengan tidak mudah terpedaya ataupun terpengaruh.

“Keselesaan, keamanan, keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati perlu kita jaga dan kerajaan sendiri amat serius dalam perkara seumpama ini,” katanya.

PM mahu rakyat nilai, eratkan perpaduan




PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menilai semula dan memperkukuhkan semangat saling memahami antara kaum yang menjadi asas perpaduan negara selama ini.

Perdana Menteri berkata, setiap rakyat mesti memainkan peranan bagi mengeratkan lagi hubungan dan semangat muhibah di kalangan masyarakat majmuk dalam suasana sosioekonomi yang semakin kompleks.



"Hubungan muhibah sesama kita haruslah sentiasa diperbaharui agar kita dapat menangani cabaran yang pasti timbul dalam suasana sebuah masyarakat majmuk yang cukup unik," katanya dalam perutusan sempena sambutan Krismas.

Beliau berkata, usaha itu hendaklah terus dilaksanakan bukan sekadar pada tahap pembinaan toleransi dan sambutan perayaan saja, malah mesti menjurus ke arah satu persefahaman yang lebih kukuh dan apresiasi antara satu sama lain yang utuh lagi ikhlas.

Abdullah berkata, semangat saling memahami itulah yang membolehkan rakyat menikmati bersama segala kemajuan dan pembangunan yang dicapai selama ini.

"Adalah amat naif sekiranya kita menganggap tanggungjawab untuk membina perpaduan hanya patut disandarkan kepada kerajaan semata-mata.

"Kita juga tidak sepatutnya menganggap usaha ke arah perpaduan adalah tanggungjawab orang lain, malah ia sebenarnya terletak pada bahu kita sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat harus bekerjasama bagi mengekalkan serta memperkukuhkan lagi perpaduan.

Beliau juga berharap nasib golongan kurang bernasib baik, terutama yang ditimpa musibah tanah runtuh dan banjir baru-baru ini, tidak dilupakan ketika rakyat beragama Kristian gembira menyambut perayaan Krismas bersama sanak saudara dan rakan-rakan,

"Dalam suasana kita menyambut Krismas, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada rakyat beragama Kristian.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga meminta rakyat supaya meningkatkan tahap persefahaman dan saling menghormati antara kaum yang dapat disemai menerusi interaksi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pula menyeru rakyat supaya mengelak daripada menyebarkan sentimen agama dan perkauman yang boleh membawa kesan negatif terhadap integrasi.

"Saya harap kita berdiri teguh dalam wawasan kita untuk terus bersatu padu," katanya.

BH

BERIKANLAH WAKIL KAMI PELUANG ....





DATUK SERI MOHD SHAFIE AFDAL
CALON NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA


Anak kampung tak bertujuan untuk melobi , tak juga diupah untuk berbuat demikian , cuma anak kampung sedar bahawa salah seorang pemimpin di sabah perlu duduk diatas sedikit daripada adanya . Tidak banyak yang kami harapkan dari sahabat dan saudara kami di tanah besar semenanjung , bukan untuk menuntut yang bukan -bukan ,walau ada juga kedengaranya suara - suara tuntutan selepas pilihanraya yang lalu , namun syukurlah sekadar apa adanya . Perjuangan kami di sabah pada ketika ini ,khususnya untuk memperkukuhkan UMNO terlalu amat sukar walau kelihatanya amat mudah dan megah , bagi anak kampung yang bernegeri dibawah bayu kami lebih mengenali hati budi rakyat dan sahabat -sahabat kami dalam BN Sabah , bila masa dan ketika ianya akan menjadi goyah , resah dan gelisah al maklum kami hidup disini berbagai suku berbagai kaum dan berbagai bilang adat resam ,semua hati kena dijaga dengan cermat ,segala tindakan kena teliti, senjata yang ada pada pemimpin kami hanyalah kepercayaan ,dan kesetia kawanan yang mungkin tidak dimiliki dimana jua sekali pun , kawan dan lawan tetap duduk semeja bercerita tentang nasib kami selaku rakyat dibumi sabah . justru kami amat berterima kasih kepada YAB Datuk Seri Musa Hj Aman ketua Menteri yang kami kasihi mampu menggunakan senjata kepercayaan rakyat untuk memperkukuhkan parti dan kerajaan .... dan beliau perlu gandingan yang jujur dan kuat ...

dengan adanya kedudukan pimpinan yang lebih baik usaha menyebar luaskan kepercayaan ini ,disamping memperkasa sokongan rakyat kepada UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan negeri ini akan lebih teserlah dan disegani , bukan meminta cuma merayu ......!! berikanlah ruang pemimpin kami , sekalipun hanya ditempat yang ketiga tingginya didalam hariaki kepimpinan Parti .anak kampung akan tersenyum pulang sebaik sahaja selesai pemilihan mac 2009 .

Terima kasih Semua Perwakilan
DAN KAMI AKAN TERUS MENGINGATNYA

KIRIMAN ANAK KAMPUNG UNTUK PEJUANG MELAYU

Ngah Ibrahim pejuang pemikir Melayu
Oleh Mohd Azis Ngahazis@bharian.com.my
Ngah Ibrahim


PENJAJAH Inggeris cuba mengaitkan Ngah Ibrahim Long Jaafar (1836-1895) dengan kematian JWW Birch tetapi tiada bukti kukuh menyebabkan mereka menggunakan muslihat dan menahan pejuang kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan berwawasan jauh dalam membangunkan ekonomi bangsa Melayu itu di Singapura. Ngah Ibrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang ke Pulau Seychelles dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke halamannya pada 2006. Perbincangan mengenai Ngah Ibrahim sebagai seorang daripada pahlawan serta jutawan Melayu terkenal pada abad ke-19 di Tanah Melayu tidak perlu dipertikaikan.
Dia orang yang bertanggungjawab membina Kota Ngah Ibrahim, yang kini berusia 150 tahun yang dijadikan pusat pentadbiran bersilih ganti diletakkan di bawah pemerintahan British, Jepun hinggalah akhirnya diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1985 untuk dijadikan Kompleks Sejarah Matang. Kawasan kota itu dibina menggunakan batu bata yang dicampur simen lama dikenali Lime Motar dan mempunyai menara kawalan utara dan selatan, pelabuhan Melawati, kubur, tugu peringatan kemasukan tentera Jepun. Bahkan, tembok yang runtuh akibat rempuhan pesawat Jepun yang terhempas di situ ketika Perang Dunia Kedua dikekalkan sebagai bahan sejarah. Pada tembok itu terdapat satu lubang kecil pada jarak setiap lima kaki dipercayai bagi tujuan pertahanan.


Ini kerana, Ngah Ibrahim pernah melantik Kapten Speedy mengetuai pasukan polis mengawal kubu berkenaan terdiri daripada orang Melayu dan tentera Gurkha. Di satu sudut berhampiran menara selatan, terdapat satu perigi lama yang digali semula oleh arkeologi dan hasilnya membuktikan seni bina yang menarik. Susunan bata diletak dengan tiga corak iaitu melintang, menegak dan bentuk V atau tulang belut. Airnya masih banyak dan jernih, tetapi pengunjung tidak dibenarkan memijak batu bata di situ bagi mengelakkan runtuhan. Ahmad Sazali berkata, kubu itu pada asalnya terletak berhampiran sungai tetapi kini sungai itu menjadi sempit dan langsung tidak digunakan.
Lakaran Kota Ngah Ibrahim di era kegemilangan pemerintahan yang turut menempatkan pelabuhan.
“Ngah Ibrahim mempunyai empat kapal iaitu dua kapal layar dinamakan Bahtera Bayu dan Indera Bayu yang prestasinya lebih hebat daripada Kapal Pluto yang menjadi lokasi Perjanjian Pangkor pada 1874 serta serta dua kapal stim,” katanya. Di dalam kompleks dua tingkat itu juga mengandungi pelbagai artifak sejarah termasuk tinggalan aktiviti perlombongan, sistem pemerintahan, mahkamah, senjata dan agak menarik ialah replika Si Larut, iaitu gajah milik Long Jaafar yang dikatakan menemui bijih timah ketika berkubang di Larut. Kota Ngah Ibrahim jadi kompleks sejarah KOMPLEKS sejarah Matang, Perak yang terletak di Matang (dulu dikenali sebagai Permatang) di Mukim Bukit Gantang, Perak dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Beliau adalah anak kepada Che Long Jaafar, iaitu orang Melayu pertama yang membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840. Kompleks ini adalah sebuah bangunan yang dijadikan rumah, kota dan pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan daripada batu bata saja. Selepas Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, kota ini diletakkan di bawah pengawasan Inggeris sehinggalah ia dijadikan Maktab Perguruan Melayu Matang pada 1913 hingga 1922. Selepas itu, ia dijadikan sebagai Sekolah Melayu pada 1923 hingga 1941. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942 hingga 1945), ia berperanan sebagai markas tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1946, rumah itu dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1946 hingga 1983). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai 1985 selepas ia diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Koleksi dan galeri:
Terdiri daripada semua jenis artifak berkaitan kronologi penubuhan kompleks. Pameran tetap:
Kronologi penubuhan bangunan
Penggunaan bangunan bermula keluarga Che Long Jaafar, Ngah Ibrahim, pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu Hari dan masa lawatan:
Setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang (kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha) Bayaran:
Percuma Tempat menarik berhampiran:
Hutan Paya Bakau Matang
Mahkamah Pertama Perak
Makam Dato; Sagor
Masjid Tengku Menteri Lokasi:
Terletak di Matang, Mukim Bukit Gantang, daerah Taiping, Perak
Kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Taiping
Kira-kira 8 kilometer dari Bandar Taiping. Biodata Ngah Ibrahim:
Dilahirkan pada 1836 di Bukit Gantang, Perak dan kawasan kelahirannya adalah daerah pemerintahan bapanya, Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga pembinaan Kota Long Jaafar.
Ngah Ibrahim adalah anak hasil perkahwinan Long Jaafar Datuk Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Cik Ngah Pura Datuk Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaiddin.
Long Jaafar adalah pengusaha bijih timah terkenal bermula pada 1840. Beliau juga pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang serta pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping.




Thursday, December 25, 2008

TABIAT DAN PERANGAI -ANAK KAMPUNG






Heboh diperkatakan tentang bahaya poletik wang yangh boleh melumpuhkan perjuangan asal parti UMNO , dari pembesar negara , sehinggah pembesar kawasan semuanya melontarkan koman dan pandangan samada melalui rapat umum atau media , tidak kurang pula yang menyepi sambil buat tak tahu. Tujuannya tetap sama agar parti terus bermaruah dan diterima rakyat untuk 100 tahun yang mendatang .




Hakikatnya usaha untuk membenterasnya menemui jalan buntu ,pelbagai kaedah dan pendekatan dibuat pemberi dan penerima rasuah politik semakin bijaksana. Apa tidaknya bila disebut untuk membenterasnya kalangan pemimpin akar umbi sendiri ada yang marah , gelisah dan merasa kerugian bila menjelang musim pemilihan.tak usahlah bercerita soal hukam -hakam dosa dan pahala , musibah memilih pemimpin yang ditegakkan dari jual beli poletik . siapa yang tak mahukan wang harta dan kedudukan ,walhal ada yang telah berpoletik berpuluh puluh tahun yang dulunya bangkit dari semangat kecintaan kepada perjuangan parti dan negara . lebih menyedihkan .lebih menyedihkan pemberi dan penerimanya tak segan silu melakukan jenayah politik yang menghancurkan masa depan perjuangan parti UMNO yang tercinta .




Akhirnya pembesar atasan salahkan pembesar kawasan , pembesar kawasan salahkan pembesar- pembesar akar umbi begitulah seterusanya dibawa oleh masa dan ketika yang mungkin tidak berpenghujung. percayalah ianya pasati tak berpenghunjung .




namun takdir Allah Swt tidak siapa seorang hamba yang tahu jika ia mahukan UMNO dan pendokongnya terus menjadi tunjung umat malayu islam di negara ini . akan tetapi perlu diingati tidak ada seorang hamba juga yang boleh mempertahankan kejatuhan UMNO lantaran terus berkubur dibumi ketuanan melayu ini atas sebab rakus dan tamaknya pendokong UMNO itu sendiri . Anak kampung berpendapat saharusnyalah hari ini dari Pembesar tertinggi UMNO sehinggalah bala tentera UMNO di akar umbi mengistaharkan Jihad disamping memohon munajat kepada Allah Swt. dengan bersungguh sungguh agar UMNO terus hidup dan menjadi tunggak pemerintahan negera . hanya inilah senjata yang paling ampuh untuk menyelesaikan musibah besar yang melanda UMNO sejak sekian lama . disamping usaha -usaha besar tetap diteruskan yang tidak hanya bermain dibibir kata anggota pemimpin besarnya . Apa tah lagi diserahkan sepenuhnya beban dan tanggungjawab politik wang kepada lembaga disiplin UMNO yang lain seoalah olah tak masuk campur .




Benar atau tidak pemilihan UMNO Bahagian telah berlalu Perhimpunan Agong UMNO akan menyusul Mac 2009 .Anak kampung ini tak pernah percaya adanya perwakilan yang bersidang nanti tak disuap dengan Wang . Anak kampung minta agar Lembaga disiplin UMNO menampal poster sebanyak mungkin di kawasan persidangan dan hotel penginapan perwakilan dan tampallah dimana mana sekali pun Pintu Masuk , Beg , Kerusi tempat duduk ,kalau perlu ditekit kapal terbang atau bas , buat aku janji sumpah setia kepada setiap negeri yang menghantar perwakilan .Satu permintaan dari anak kampung carilah mana-mana satu komposer dan pencipta lagu khas untuk pemberi dan penerima rasuah ...jadikan ianya lagu rasmi UMNO selain BERSATU BERSETIA BERKHDMAT Seharusnya UMNO tidak perlu takut atau malu untuk menzahirkan perangai dan tabiat manusia . baik dari Allah Swt , Buruk dari anak kampung yang bergelar hamba




Anak Kampung










Wednesday, December 24, 2008

menerima anugerah


comuniti bistari pekan weston telah menerima anugerah comuniti bestari terbaik kebangsaan
pada 12.10.2004 yang disampaikan oleh YAB DATO SRI ABDULLAH AHMAD BADAWI perdana
perdana menteri malaysia bertempat di MUTC melaka

SEPETANG DI PERKARANGAN MESJID BEAUFORT .

26/ des/2008
CATITAN ANAK KAMPUNG ....................

Selepas waktu asar , anak kampung berdiri benar -benar berada bawah sepohon kaya besar, yang anak kampung kira sudah suku abad lamanya masih tegak berdiri didalam kawasan mesjid daerah Beaufort , walau kelihatan dahan – dahannya yang sasa sudah tidak beranting dan berdaun mungkin usianya sudah agak terlalau tua.Yalah orang tuakan susuk bentuk yang tua tak boleh disembunyikan . berkerdip difikiran anak kampung .. bila agaknya pepohon kayu besar ini akan rebah menyembah bumi,mungkin ia akan berlaku juga tetapi tak tahu bila , atau ia ditebang sahaja kerana ianya memngangu pandangan mata … biasalah yang lama itu selalu dilupakan.
Pandangan terarah pada seorang ibu muda yang mengindong anaknya sambil dua anaknya yang lain mengekori dari belakang . masing – masing bertolak –tolak diantara satu dengan yang lain untuk kehadapan . mungkin juga resam yang berlaku hari ini berebut rebut-rebut untuk kehadapan tampa memikirkan yang ditolak akan ada tersungkur . ah… lupakanlah itu perkara biasa bagai anak anak dan mungkin akan menjadi kebiasaan dalam dunia hari ini ,
Seketika pandanagn ku benar benar terpacak pada kubah mesjid sambil meneliti jelas dinding –dinding catnya yang terkopak kapik disana sini . syahdunya hati melihat sekeliling yang tenang lantas goyah mengingat diri bertapa agongnya tuhan ,terasa takut dan gentar dihati bila mengukur amal dan laku yang telah dibuat ….banyak dan sedikit jariaah yang telah dikirimkan untuk sebuah pelaburan hidup .... tarasa pula diruang fikir dan dibenek hati semua yang ada sudah tidak bererti jika hendak difikirkan ,
Namun hakikatnya dunia ini selalu mencelah bila mata pandang teruja pada sepasang anak muda berpegangan tangan tampa segan dan silu seperti buat tak tahu .jika diamati seolah -seolah suami isteri , ah … sangka anak kampung mungkin meleset takkanlah usia yang semuda itu sudah berumahtangga ….mungkin juga ya’ mungkin juga tidak ‘.. yang tersentak dihati… apakah salah ibu yang mengandung 9 bilan bulan 9 hari, bapa yang membesarkan anak anak gadis perempun yang baru setahun jagung dengan keringat ialah hatta membiarkan anak tersayang berpeleseran tampa tudung berseluar jen’s ketat sehinggah ternampak pusat dan susuk badan yang mengujakan … seolah – olah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal . anak kampung gagahi juga untuk melawan kehendak hati … ibubapanya mungkin tak terdaya, kerana masing masing mempunyai kehendak dan kemahuan sendiri yang tidak boleh dicampuri … begitu rasanya resam hidup … bila seorang anak yang telah dilahirkan dan telah mampu bangun, berdiri dan berlari akan membuat keputusanya sendiri yang ada kalanya terbatas dan ramai juga yang terbabas. Yang lebih menyulitkam lagi selogan dan pepatah hidup “ Pentingkan diri sendiri dulu ,baru orang lain “ semacam menjadi terend hidup sejak akhir- akhir ini . semunaya harus dikejar halal atau haramnya kemudian nanti saja… diasing asingkan . nak ganti atap rumah ,bil astro , bil air, bil api , tayar kereta dan duit minyak guna asja hasil duit 888@ekor. Yahoo.com.my . Nak hantar sedekah ke mesjid guna duit gaji bulanan ,Yang tak ada gaji guna aja semuanya, bercerita bab 888ekor teringat pula suatu cerita ketika mejlis kenduri aruah , anak kampung duduk dekat seorang kawan kaki mesjid juga . Resah dan gelisah nampaknya sambil curi melihat jam ditangan sudah pukul 4.55 . sewaktu berdoa dia lalu berbisik , harap-harap pak imam ni tak baca wirid dan doa yang panjang nanti tak sempat pula …!!! anak kampung hanya menganguk-angukkan kepalanya sambil senyum , dihati anak kampung cuba bertanya apa sangat urusan penting… nya tu …tak lah khusuk jadinya doa yang diaminkan , apa yang boleh dibuat hanya mendiamkan diri sambil terus menadah tangan .Jam pada dinding sudah mencecah pukul 5 petang , akhirnya doa pun ditamatkan oleh pak imam, selang beberapa ketika jamuan dihidangkan … dalam resah , gelisah jamuan yang tersedia dihadapan mata tetap juga disebat ..penuh extrim …seterusnya salam dihulur penuh ukwah dan persaudaran… seorang kawan terus mengungkai persoalan yang bermain dikotak fikir yang rupanya mengejar masa agar tidak ketinggalan 888@ekor. Yahoo.com.my. langsung anak kampung terfikir begitu rupanya dunia harus kejar mengajar lebih- lebih lagi untuk wang harus dikejar walaupun ia mungkin tak lari … anak kampung tergamam seketika agak- agak pangakt dan kedudukan apatah lagi tidak terkecuali juga untuk dikejar walupun ada ketikanya kaki orang lain akan terpijak sewaktu mengejarnya… Anak kampung tercentak teringatkan masa untuk pulang kekampung sudah sampai waktu rupanya.