Tuesday, December 30, 2008

Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian, dekat sini, baru-baru ini.

Selain mengadakan lawatan di loji itu, Abdul Rahman turut menghadiri sesi taklimat di pejabat loji berkenaan yang disampaikan oleh Jurutera Jabatan Bekalan Air Kota Belud, Petrus Augustine

Pada masa ini penduduk di daerah ini menerima bekalan air terawat daripada loji rawatan Kota Belud dan loji rawatan air Kampung Bayayat yang baru siap dibina.

Kapasiti pengeluaran kedua-dua loji ini ialah 36 juta liter sehari manakala permintaan bekalan air semasa ialah 30 juta liter sehari.

Projek Kota Belud Long Term Water Suplly yang siap dibina di Kampung Bayayat baru-baru ini telah mendapat memberikan satu kemudahan bekalan air mencukupi di daerah ini sehingga tahun 2015.

Antara yang turut hadir pada perjumpaan itu ialah Pegawai Perhubungan Kanan Ahli Parlimen Kota Belud, Idris Nanti,Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud DUN Usukan, Aslee Perlin serta para pemimpin setempat.

Gambar ;

KEMUDAHAN…….Abdul Rahman (Tengah), Petrus (Kanan sekali) ketika mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat, Kota Belud.
Posted by Ismail @ Endra Mohd Rosli

No comments: