Saturday, January 31, 2009

ANAK KAMPUNG NAK BUAT KENDURI BESAR

Anak kampung ..... teruja bercampur gembira , ada manusia yang cukup berani ..... secara jelas terang dan disaksikan oleh seluruh umat islam didunia ..... seharusnya bukan penghinaan yang harus menjadi hukman pada kezaliman binatang ini .... hukuman yang lebih berat ditimpakan padanya ..... Hikmah yang haraus dijadikan pedoman ..... keberanian bertindak harus dijadikan sandaran utama ... bukan sekadar mencelah dari apa yang dikatakan dan dilihat semata mata ...



Recep Tayyip Erdogan....that should be the way...

Secara berdepan Erdogan menyatakan kepada Shimon Peres, "you kill people! When it comes to killing, you know it too well!!" lalu bingkas meninggalkan forum kerana ketidakpuasan hatinya di atas ketidakadilan David Ignatius, columnist Washinton Post yang menjadi moderator majlis itu. Shimon Peres diberi masa selama 25 minit untuk bercakap sedangkan Erdogan cuma diperuntukkan 12 minit.

Friday, January 30, 2009

INIKAH MASYARAKAT KITA HARI INI -HILANG PERTIMBANGAN DAN KEWARASAN




TERKEJUT ANAK KAMPUNG ..... BILA DENGAR BERITA DARI SALAH SATU LAMAN BLOG SURAU UM ... DILETAK BABI .... ANAK KAMPUNG MARAH BESAR JUGA MULANYA ... TETAPI APA NAK BUAT NEGERA KITA NI ADA PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG YANG PERLU DIPATUHI DAN DIHORMATI ....MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR TAK BETUL JUGA ...KITA ADA UNDANG UNDANG SERAHKAN AJA PADA MEKA TAHULAH APA YANG MEKA NAK BUAT ....APA YANG JELAS ANAK KAMPUNG BENAR - BENAR TERSINGGUNG DENGAN PERBUATAN MANUSIA YANG TAK BERTANGUNGJAWAB INI ... GIMEK YANG ADA DARI PERBUATAN TERKUTUK INI HANYALAH BERNIAT JAHAT LANGSUNG MENGAPI -APIKAN KEMARAHAN DIANTARA SATU DENGAN YANG LAIN ... YANG AKHIRNYA MEMBAWA PERSENGKITAAN BESAR ... MACAM LAH ANAK KAMPUNG TAK TAHU ..... KALAU YANG BUAT NI RAKYAT MALAYSIA ..... FIKIR-FIKIRKANLAH ,APA PERBUATAN SEMACAM INI YANG KITA TINGGALKAN UNTUK ANAK CUCU KITA ... TAK PERLULAH BUAT MACAM NI .....NAK PROTES BUATLAH CARA YANG BERHEMAH DAN BIJAKSANA ... BENAR SEPERTI KATA SUDIN BUJANG LAPUK .... TAK LAH PASAL BELACAN SAMPAI NAK MEMANCUNG - MANCUNG...
......... Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini




Thursday, January 29, 2009

ANAK KAMPUNG MASUK KE BANDAR


Anak kampung awal pagi lagi bertolak ke Bandar , sekali -sekalalah katakan … nak jenguk orang Bandar, khabarnya banyak hal dah berubah pembangunan , pentadbiran , ragam dan adat resam hidup masyarakat Bandar dan bermacam -macam lagi perubahan yang didengarkan kecuping telinga anak kampung . Walaupun kelihatannya anak kampung ni terlalu kekampungan, namun masih dapat berfikiran waras dan mampu menilai apa yang benar apa yang tidak …

Kalau diamat-amati dengan sesungguhnya dari apa yang anak kampung saksikan …. kawasan Bandar tak ada apa yang kurangnya berbanding kampung yang anak kampung duduk ketika ini …. Apa tidaknya sebut apa saja keperluan… semuanya ada dibandar …. Kemudahan infrastruktur , pengankutan , ekonomi , pembanguan dan bermacam – macam lagi . Nak kata hal – hal yang melibatkan kepentingan rakyat umum semuanya tersedia lebih dari mencukupi ….Banding dengan kampung yang anak kampung duduk ketika ini ….jauh lebih baik adanya . Pun Gitu…. tak adil rasanya bila anak kampung kata kampung yang ada hari ini mundur dan tertinggal . tentunya tak dapat dinafikan pembangunan di kampung sedang rancak dilaksanakan walau ada kalanya beberapa perkara masih diperingkat perancangan . Apa yang lebih jelas Wakil – Wakil Rakyat anak kampung samada MP dan ADUN sedang gigih menunaikan tanggunjawab meraka turun padang bukan hanya sekadar untuk melihat , merancang dan menyelesai masaalah tetapi meka sendiri mahu merasai kekurangan yang ada …. Hal ini yang buatkan anak kampung cukup bangga dengan pemimpin – pemimpin UMNO BN alap baru ni …. !! malangnya ada juga kalangan meka yang celupar….. buat andaian macam – macam kata nak kaburi matalah , janji kosonglah … saja nak tunjuk buat kerjalah … ASTAGFIRULLAH WALAZIM…. Cukup- cukuplah tu … ingat pemimpin anak kampung ni buruk sangatkah hingga tak tahu baca tak tahu tulis , tak tahu nak menilai baik dan buruk , tak tahu dosa dan pahala … lebih parah lagi meka ingat pemimpin anak kampung ini orang yag suka abaikan tanggunjawab ….. dan tak tahu akan ada pilihanraya ke 13 menyusul untuk menilai baik dan buruk …. Pimpinan dan parti ….Tak payahlah nak ajar pemimpin anak kampung meka semua ni dipilih dari kalangan baka pemimpin yang baik belaka .. kalau tak manalah pimpinan atas nak pilih meka semua …betul tak …!!!

Tadinya anak kampung nak cerita pasal keadaan di bandar … langsung tersasar pula hal kampung dan pimpinan …. Maklumlah anak kampung ni mudah tersentuh dengan bab2 penyeliwangan fakta perihal pimpinan anak kampung ….

Apa yang menghairankan wahima… membingungkan …. Segala nikmat kesempurnaan hidup di bandar yang serba mewah …. Menjadi semacam suatu ancaman besar kepada masyaraktnya… perasaan menang – Menang diantara rakyat dan kerajaan , seolah - olah tidak wujud…. Apa tidaknya meka yang hidup di bandar bila saja balik ke kampung… mulalah mengutuk tak kira pemimpin , pegawai dan sestem pentadbiran yang dianjurkan kerajaan … contoh terdekat … sampah di kawasan perumahan konon dilonggokkan tampa dibersihkan …. Wal hal sampah tu datang dari meka juga yang hari – hari membuang sampah … Tak cukup dengan itu dikata lah… pegawai makan gaji buta…. Apa jadah semua ni…. Tak tahu bersyukur tak cukup satu tong hantar 2 ,3 tong sampah semuanya penuh … kesihan lah dengan meka semua pegawai –pegawai sampah perbandaraan tu , meka semua pun ada anak bini nak bagi makan .. gaji yang diberikan sekadar adanya … lewat sedikit mengankut sampah dah dimaki hamun …. Yang terima habuanya … pegawai,pimpinan dan pentadbiran kerajaan juga akhirnya dipersalahkan …
Kalau nak cerita panjang berhubung masaalah Bandar ni takkan ada kesudahannya alasan besar yang meka semua buat …. Kita bayar cukai bah …. Kerajaan untung bah … pemimpin kaya raya bah … kalau begini tak paya undilah …..cukup sedih untuk didengar … cukup pahit untuk ditelan…. Maka yakinlah anak kampung bahawa tak ada apa yang sempurna dan cukup untuk dimiliki oleh seorang insane yang bernama manusia .. sungguh setinggi mana sekalipun darjatnya .. fikrah dan pemikiranya tetap sama dan serupa kecuali pada meraka yang melihat dan menilai pada mata hati yang ikhlas dan takwa …

Anak kampung bimbang Hukum Allah maha adil dan saksama …takut nantinya… keturunan dan warisan kita terbujur beralas kotak , berselimut sampah.. akibat gagalnya kita membina temaduan bangsa yang tahu bersyukur dan berterima kasih dengan pemberianya …. Wanauzubillah

Saturday, January 24, 2009

GONG XI FA CAI

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ....
semoga perpaduan kita terus diakrabkan .... selalu dan selamanya

Sunday, January 18, 2009

KOMUNITI BESTARI


Komuniti BESTARI JABATAN Penerangan Malaysia ditubuhkan sejajar dengan kehendak masyarakat sebagai Penggerak Pembangunan Minda masyarakat berasaskan semangat kesukarelaan dan berdikari. Komuniti BESTARI ditubuhkan menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca) adalah bagi memberikan imej baru dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Komuniti BESTARI Jabatan Penerangan Malaysia bermaksud:
B- Bermaklumat
E- Erat
S- Silaturahim
T- Televisyen
A- Akhbar
R- Radio
I- Internet

Kini jumlah Komuniti BESTARI Sabah sebanyak 120 buah dan di seluruh Malaysia sebanyak 1094 buah. Namun, Komuniti ini ditubuhkan bukan bersaing dengan mana-mana pertubuhan yang ada malah sebagai pendorong masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan mahupun yang boleh menjana ekonomi masyarakat setempat selain sebagai pemangkin penyebaran maklumat yang berkesan hingga ke akar umbi.

Sebanyak 6 buah Komuniti BESTARI di daerah Beaufort iaitu Komuniti BESTARI Kg Pimping, Komuniti BESTARI Pekan Weston, Komuniti BESTARI Kg Garama, Komuniti BESTARI Kg Rancangan Klias, Komuniti BESTARI Klias Kecil dan Komuniti BESTARI Pekan Membakut.

Friday, January 16, 2009

PUISI UNTUK GAZA 1 JUTA PADA YANG SUDI MEMBELINYA SERAHKAN PADA MANGSA DISANA

SEDIHNYA HATI ANAK KAMPUNG
BUKAN KERANA MELIHAT SAUDARA KITA
DILAPAH , DIMUSNAH PENUH SARAKAH
DIBUMI SENDIRI PENUH SEKSA DAN SENGSARA
HANYA SEDIH HATI ANAK KAMPUNG MELIHAT
UPAYA DAN KUDRAT YANG ADA CUMA SEKADAR BERHARAP ...
DALAM SEDAR BERPAUT RESAH DAN GELISAH ..
KEKADANG BERTABURAN BERSEPAH - SEPAH
TAK PUN PERNAH ANAK KAMPUNG PIJAK BUMI
DAN MENJUNJUNG LANGIT BIRUNYA
NAMUN ANAK KAMPUNG TAHU BERTAPA SEKSANYA
DIHUJANI API DAN BESI BESI TAJAM ,
JERIT SAKITNYA TERDENGAR DIJENDILA AKHBAR DAN
TELUNJUK KLIK - KLIK YAHOO DAN GOOGLE
APA LAGI YANG HARUS DIPERKATA
MELAINKAN MENYERAHKAN SEGALANYA KEPADA TUHAN ...

PERUTUSAN KHAS ANAK KAMPUNG


Semua anak anak kampung ..... diminta jangan pulaukan barangan ini tetapi jangan dibeli atau digunakan atau dimakan atau apa saja ..... anak kampung lebih rela makan rumput dari makan makanan kit kat atau jenama yang sewaktu denganya .... anak kampung lebih rela minum air suam dari minum buatan penyokong pengganas ...... ingat orang orang kampung dari menteri sehingga pemandu lori .... BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA ...!!!! biar kebulur pun buat aja tak tahu ....

Tuesday, January 13, 2009

RENUNGAN UNTUK ANAK KAMPUNG DAN SEMUA KITA

15 Sebab Turunnya Bala mengapa Manusia Ditimpa Bencana? dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Saturday, January 10, 2009

KIRIMAN DARI KAMPUNG UNTUK GAZA




Wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani ....

berikanlah perlindungan pada saudara kami yang ketika ini di zalimi.... dilapah , dicencang , dan dibunuh kejam ....

limpahi mereka dengan kekuatan iman dan takwa menerima ujian besar yang engkau berikan .. sesungguhnya dari ujian ini ada hikmah yang engkau berikan disebaliknya ... kerana selama ini kami berpecah , kerana selama ini kami bersengkita ... kerana selama ini kami bermusuhan ...kerana selama ini kami buruk memburukan .... Wahai tuhan engkau maha melihat lagi maha mendangar .... sungguh janjimu tidak akan berubah ...hatta dengan kehendakmua ya AllaH .. ya Rabul alamain ...


Wahai Tuhan kami ..... . ketika mana kami hidup dipenuhi dengan nikmat kemanan dan keasyekan ... Sesungguhnya mata ini yang melihat ,telinga ini yang mendengar , hati ini yang merasa azab dan sengsara saudara kami pada ketika ini .. kami pohon ehsan mu ya Allah .. berikanlah pertolongan pada saudara kami di Palastin , bukakanlah ghatai pembesar-pembesar kami diseluruh dunia untuk bersatu membina kekuatan , agar penghinaan ini tidak terus ditimpakan pada kami dan umat keseluruhanya ...


Akhirnya .... Tidak adalah daya upaya kami selain mengharapkan pertolongan mu ya rabulalamin ....
ANAK KAMPUNG

Friday, January 9, 2009

STAF AKADEMIK

STAF AKADEMIK

ANAK KAMPUNG

YB KAMARLIN H UMBI- ADUN LUMADAN MENYERAHKAN BANTUAN

JANGAN TAKUT DATUK ... LAWAN KAMI RAKYAT SABAH DISIPITANG TETAP MENDOAKAN ... KEMENANGAN

Jangan takut datuk .... lawan ... insyaallah kita pasti menang ... jangan malukan kami datuk ..... kalau kami di sabah boleh sokong datuk....!!! ,Mustahil orang - orang kampung datuk tak sokong ....!!! tap tak apa .... tekat ni datuk dah dikira menang ... rehat ajalah....!!! datuk pasti menang punya ... bagi kami di sipitang sabah dah minta agar semua YB Kami tolong datuk disana ........... Meka semua dah habis modal Datuk ... Fitnah tak jalan ... putarbelit tak pakai... serang peribadi orang benci .... Namun undi BN tetap diberi ....

YAHUDI MEMANG ZALIM .... LIHATLAH ...



MENYAYAT HATI... MAMA ...TOLANG ...MAA....!!!!

Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

ANAK DERHAKA ....APA PUNYA MANUSIA ...



MASTURA bertanyakan sesuatu kepada pasangan suami isteri yang cacat penglihatan dan dikesan mempunyai seorang anak yang menjadi pegawai kerajaan kelas A tetapi merelakan ibu bapanya mengemis di pasar malam. BH




Zionis tak berhati perut




Kanak-kanak Palestin kebuluran di sebelah mayat ibu

BAITULMAQDIS: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam menuduh Israel gagal membantu mangsa yang cedera di sebuah kawasan di Gaza apabila menemui empat kanak-kanak terlalu lemah untuk berdiri dan terbaring di sebelah mayat ibu mereka.

ICRC dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya dan pekerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin kelmarin menemui 12 mayat dan sekurang-kurangnya 19 orang yang masih hidup termasuk beberapa mangsa cedera dan empat kanak-kanak, dalam rumah yang musnah dalam serangan di Zeitun, kira-kira 80 meter dari kedudukan tentera Israel.


Anggota tentera mengarahkan pekerja penyelamat meninggalkan kawasan itu tetapi mereka enggan, menurut kenyataan.

"ICRC percaya tentera Israel gagal memenuhi syarat undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menjaga dan memindahkan mangsa cedera," menurut kenyataan langsung luar biasa sambil menambah kelewatan dalam membenarkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan itu 'tidak boleh diterima.'

Katanya, permintaan untuk memastikan perjalanan selamat bagi ambulans ke Zeitun yang dikemukakan pada 3 Januari lalu cuma diberi kelmarin.

Menceritakan detik ngeri di tempat kejadian yang disaksikan penyelamat pertubuhan itu apabila tiba di kawasan kejiranan berkenaan, ICRC berkata, pasukannya 'menemui empat kanak-kanak bersebelahan mayat ibu mereka di dalam sebuah rumah.


"Mereka terlalu lemah untuk berdiri. Seorang lelaki juga ditemui masih hidup, terlalu lemah untuk berdiri. Ada 12 mayat di atas tilam. Dalam sebuah rumah lain, penyelamat menemui 15 penduduk terselamat, sebahagiannya cedera.

"Di sebuah rumah lain, penyelamat menemui tiga mayat. Tentera Israel yang berada kira-kira 80 meter dari rumah itu mengarahkan penyelamat keluar dari situ tetapi mereka enggan," menurut kenyataan ICRC..

Ketua delegasi ICRC wilayah Israel dan Palestin, Pierre Wettach, menyifatkan kejadian itu mengejutkan.

"Tentera Israel sedar tetapi tidak membantu mangsa yang cedera malah membuatkan keadaan sukar bagi kami atau Bulan Sabit Merah Palestin untuk menyelamat mereka," katanya.

Tentera Israel tidak membincangkan dakwaan itu tetapi tetap mendakwa 'memberi kerjasama kepada pertubuhan bantuan antarabangsa supaya penduduk awam diberi bantuan.'

"Sebarang tuduhan serius yang dibuat terhadap tentera Israel perlu disiasat dengan teliti, sebaik aduan seumpama itu diterima secara rasmi," katanya.

Dalam kejadian lain di Bandaraya Gaza, seorang pegawai bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh apabila tentera Israel menembak trak yang dipandunya.

Jurucakap PBB, Adnan Abu Hasna berkata kejadian itu berlaku ketika tempoh gencatan senjata Israel bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Katanya, agensi bantuan PBB menyelaras penghantaran itu dengan Israel serta trak berkenaan ada tanda bendera badan dunia ketika kejadian.

Tentera Israel berkata, ia sedang menyiasat kejadian berkenaan yang dijangka meningkatkan ketegangan antara badan dunia dengan Israel selepas rejim Zionis itu membedil sekolah PBB awal minggu ini. BH

Thursday, January 8, 2009

ISRAEL TERUS MENGGANAS-Korban meningkat 374 orang

GENTING GAZA 30 Dis. – Jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza awal hari ini, masuk hari keempat berturut-turut, mengorbankan 10 lagi penduduk Palestin.Serangan tersebut turut menyebabkan 40 lagi penduduk Palestin cedera.Serangan terbaru Israel itu di wilayah ini, turut meragut nyawa pasangan adik-beradik perempuan berusia 10 dan 12 tahun.Pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 yang lain cedera.Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 62 orang awam turut terkorban dalam serangan Israel di Genting Gaza.Sementara itu, pejuang-pejuang Hamas di Gaza meningkatkan serangan roket ke wilayah Israel hari ini menyebabkan seorang anggota tentera Israel dekat sempadan Gaza terbunuh dan mengorbankan seorang lagi penduduk Israel di bandar Ashdod..Setakat ini, lima orang Yahudi di Israel terbunuh dalam serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Hamas sejak serangan Israel pada Sabtu lalu.Tinggal enam minggu sebelum Israel berdepan dengan pilihan raya yang diramalkan dimenangi oleh Parti Likud, kerajaan Israel menyatakan bahawa serangan dilakukan bertujuan menamatkan serangan roket oleh pejuang Hamas.Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit menjelaskan, tiada ruang untuk gencatan senjata dengan Hamas sehinggalah serangan roket Hamas dihentikan.“Tentera Israel tidak akan menghentikan operasi selagi tidak menghancurkan semangat penduduk Palestin daripada menyokong Hamas dan selagi mereka terus melancarkan roket ke atas Israel,” katanya kepada Israel Radio.-------------Utusan Malaysia

Tuesday, January 6, 2009

ALBUM - PEMIMPIN SABAH DISANA SINI - DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT KEPADA RAKYAT


YB Datuk Hj Mohd Arifin Hj Mohd Arif
ADUN Membakut



Datuk Hj Karim Hj Bujang
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bangawan


DATUK ANIFAH HJ AMAN
Ahli Parlimen Kimanis




Ketua Wanita umno Sabah



Datuk HjH Azizah DSP Hj Mohd Dun
Menteri Hal Eh Wal Pengguna Negeri Sabah


Datuk Sayed Abbas Datuk Sayed Ali



Datuk Seri Hj Musa Hj Aman
Ketua Menteri Sabah


DATUK SER DR MEX ONGKILI


YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SIRLIN
MP. PAPAR



YB DATUK JAPLIN HJ HAKIM



YB DATUK HJ SAPAWI HJ AHMAD
Ahli Parlimen P.178 Sipitang



YB Datuk Hj Lajim Hj Okin
YB Kamarlin Hj Ombi
YB Datuk Hj Arifin Hj Arif




YB Datuk Hj Abd Rahim Hj Ismail
Pengerusi LKIM




YB Datuk Abd Rahman Dahlan
MP Kota Belud



YB Datuk Jainab Datuk Ahmad




YB Datuk Hj Abd Rahim Ismail
ADUN Pantai Manis



YB Datuk Hj Hajiji Mohd Nor
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sabah





YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad
Ahli Parlimen P.178 Sipitang




YB Datuk Seri Konl Dr Hj Lajim Hj Okin
Ahli Parlimen Beaufort
Timbalan Menteri Pengankutan




YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad
Ketua UMNO Bahagian Sipitang




YB Datuk Seri Hj Yahya Hussin
Timbalan Ketua Menteri Sabah




YAB Datuk Seri Hj Musa Hj Aman
Ketua Menteri Sabah

SELAMAT MENDUDUKI ALAM PERSEKOLAHAN


Anak kampung terbayang- bayang apa bakal berlaku di sekolah ketika ini pelbagai ragam dan cerita anak anak kampung diawal persekolahan .... al maklum itulah adatnya . anak kampung juga terbayang bayang bagaimana perasaan kedua ibubapa mereka yang tidak mampu memenuhi kehendak dan permintaan anak- anak kesekolah ... apa pun yang mampu syukurlah dan yang tak mampu bersabarlah dan bersyukurlah seadanya ... Selamat bersekolah .

Usah guna jawatan dalam parti untuk kepentingan peribadi: Hajiji


5th January, 2009

TUARAN: Pemimpin Umno yang terpilih menjadi ahli jawatankuasa bahagian diharap tidak akan menggunakan kedudukan itu untuk meraih jawatan bergaji atau menagih pulangan peribadi semata-mata.

Peluang yang diberikan oleh ahli-ahli Umno kepada pemimpin bahagian adalah bertujuan memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk menyumbang kearah mengukuh serta menguatkan Umno dalam menentukan perjuangannya berterusan kepada rakyat keseluruhannya.

“Sekiranya ada Ahli Jawatan kuasa Umno Bahagian di Tuaran yang mengharapkan Imbuhan dan kesenangan peribadi, saya awal-awal memberitahu tanggapan itu adalah salah dan bukan melalui perjuangan sedemikian bagi mereka temui harapan itu. Malahan dalam Umno kita akan terus memberikan sumbangan dengan telus dan jujur”.

Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Haji Hajiji Haji Noor ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama UMNO Bahagian Tuaran bagi penggal 2008 hingga 2011, menyeru kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Umno yang baru terpilih agar memantapkan kerjasama kearah memperkuat serta mengukuhkan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di Tuaran.

Hajiji selanjutnya mengingatakn pimpinan di bahagian itu, bahawa Umno pada masa depan memerlukan keikhlasan dalam perjuangannya, sekiranya ahli-ahli bersikap sambil lewa sudah tentu memberi ruang kepada pembangkang melecehkan perjuangan Umno itu sendiri.

“Sudah tentu kekuatan yang telah dimiliki oleh Umno selama ini, akan dapat di perkuatkan dengan gandingan serta gabungan jawatankuasa baru dan lama yang terpilih dalam Mesyuarat Pemilihan baru-baru ini. Saya telah melantik beberapa muka lama Mengekalkan Jawatan masing-masing adalah dengan harapan mereka dapat memainkan peranan yang berterusan kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat,” Kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Sulaman itu menaruh keyakinan, UMNO di Tuaran akan terus relevan dan mampu memberi sumbangan terhadap perjuangan lebih berkesan dengan adanya barisan kepimpinan baru yang diterajuinya itu.

Hajiji juga telah mengumumkan pelatikan semula Johari Saiman sebagai Setiausaha, Haji Ghulabdin Enjih sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Haji Ismail Ibrahim sebagai Bendahari.

Sementara itu Ahli jawatan kuasa yang di lantik adalah terdiri dari bekas Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Omar Khan Amirusin, Haji Matsah Abd. Hamid, Muhammar Gadafi George Elun, Rosli Kupit, Awang Bongsu Awang Mattaisin, Puan Dorothy Nurzalina Uyau dan Bani Baki.

Mesyuarat Ahli jawatan Kuasa Pertama Umno Tuaran itu juga turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Tuaran, Abd. Kassim Hj. Razali, Ketua Wanita, Jamaliah Antalip dan Ketua Puteri, Efaridun Datuk Hj. Ismail.

RAKYAT SABAH BERTERIMA KASIH DIATAS PERLANTIKAN PEMIMPIN SABAH SEBAGAI TIMBALAN MENTERI ( PERSEKUTUAN )


ANAK KAMPUNGKUALA LUMPUR 18 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pelantikan tiga timbalan menteri baru termasuk dua pemimpin dari Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata, mereka yang dilantik ialah Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa selepas mereka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara Rabu ini.

Perdana Menteri berkata, pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Rahim merupakan Ahli Parlimen Kudat manakala Lajim ialah Ahli Parlimen Beaufort.

Maznah pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Pahang.

Maznah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Pahang.

Menurut Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Maznah sebagai Ahli Dewan Negara bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Mac lalu Ahli Parlimen Kalabakan dari Sabah, Datuk Ghafur Salleh melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar manakala dua lagi Ahli Parlimen menolak tawaran menyertai pentadbiran kerajaan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman yang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Luar.

Thursday, January 1, 2009

TAHNIAH - DATUK YEO BON HAI - MANTAN DO BEAUFORT -DILANTIK SEBAGAI PENGARAH DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU


Tahniaah dan syabas kepada anak jati Daerah Sipitang dilantik sebagai Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu semoga terus maju jaya ...

daripada anak - anak kampung weston beaufort sabah