Friday, January 30, 2009

INIKAH MASYARAKAT KITA HARI INI -HILANG PERTIMBANGAN DAN KEWARASAN




TERKEJUT ANAK KAMPUNG ..... BILA DENGAR BERITA DARI SALAH SATU LAMAN BLOG SURAU UM ... DILETAK BABI .... ANAK KAMPUNG MARAH BESAR JUGA MULANYA ... TETAPI APA NAK BUAT NEGERA KITA NI ADA PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG YANG PERLU DIPATUHI DAN DIHORMATI ....MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR TAK BETUL JUGA ...KITA ADA UNDANG UNDANG SERAHKAN AJA PADA MEKA TAHULAH APA YANG MEKA NAK BUAT ....APA YANG JELAS ANAK KAMPUNG BENAR - BENAR TERSINGGUNG DENGAN PERBUATAN MANUSIA YANG TAK BERTANGUNGJAWAB INI ... GIMEK YANG ADA DARI PERBUATAN TERKUTUK INI HANYALAH BERNIAT JAHAT LANGSUNG MENGAPI -APIKAN KEMARAHAN DIANTARA SATU DENGAN YANG LAIN ... YANG AKHIRNYA MEMBAWA PERSENGKITAAN BESAR ... MACAM LAH ANAK KAMPUNG TAK TAHU ..... KALAU YANG BUAT NI RAKYAT MALAYSIA ..... FIKIR-FIKIRKANLAH ,APA PERBUATAN SEMACAM INI YANG KITA TINGGALKAN UNTUK ANAK CUCU KITA ... TAK PERLULAH BUAT MACAM NI .....NAK PROTES BUATLAH CARA YANG BERHEMAH DAN BIJAKSANA ... BENAR SEPERTI KATA SUDIN BUJANG LAPUK .... TAK LAH PASAL BELACAN SAMPAI NAK MEMANCUNG - MANCUNG...
......... Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini




2 comments:

kingpahat a.k.a zaimi said...

Gua hangin satu badan baca post nie,kalau gua tau siapa punya angkara nie,gua CONVERT kepala babi nie kat kepala dia.

sirNik said...

salam....tak patut buat mcm tu!!!! sapa punya angkara ni...!!