Thursday, February 19, 2009

JANGAN BIARKAN MEREKA PIJAK KEPALA KITA ...

Karpal keliru tindakan Speaker gantung Zambry, enam Exco

IPOH: Ahli Pakatan Rakyat (PR) dalam keadaan celaru dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri sidang Dewan masing-masing 18 bulan serta 12 bulan. Malah Pengerusi DAP, Karpal Singh keliru dengan keputusan Sivakumar menggantung Zambry dan enam Exco berkenaan. Karpal memberitahu sidang akhbar di Parlimen semalam, Sivakumar perlu memanggil sidang dewan untuk mengesahkan keputusannya itu.
Katanya, beliau sendiri mempunyai pengalaman pada 2004 apabila dirujuk kepada jawatankuasa kebebasan berhubung kenyataannya Ahli Parlimen perlu mengangkat tangan sebelum mengangkat sumpah jawatan. Laporan jawatankuasa itu dibentangkan di Parlimen dan Karpal digantung enam bulan tanpa bayaran atau kebebasan. Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR di sini, berkata tindakan Sivakumar itu luar dugaan kerana mereka secara teliti menyemak perlembagaan negeri dan Peraturan Majlis Mesyuarat sebelum persidangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Rabu lalu. 20 feb -2009 -------BERITA HARIAN
Apa lagi yang harus diperkatakan tentang kehebatan speaker Dewan Undangan Negeri Perak ( V Sivakumar ) mengantuang MB Perak yang baru diperkenankan oleh Duli Sultan ... Heboh seluruh negara tentang kejayan besar ( V sivakumar ) maka bersorak rianglah penyokong - penyokongnya . Yalah bukan mudah apa yang dilakukannya .....
Namun demikian kehebatan ini terlalu BODOH kelihatanya bila diteliti dari penceritaan tindakan V Sivakumar atas keputusan mengantung MB Perak ( YAB Dr Zambry ) .... Jangan kata PERDANA MENTERI anak kampung pun tahu .... apa maksud disebalik tindakannya ini ... alahai ... Sifir 2 katakan ...
Apa yang lebih penting tindakan ini seolah - olah mempersendakan mandat rakyat Perak ....lebih lebih lagi mecabar kedaulatan DYM Sultan Perak .... Tak tahu pula kalau rakyat perak ni semuanya insan - insan Qamil yang menerima bulat apa jua yang di senda -guraukan oleh pimpinan yang kononnya mereka angkat membela nasib rakyat . Yang pasti tentera UMON - BN di perak sedang berusaha gigih mengembalikan maruah Raja-raja melayu , Anak melayu , Pengundi Melayu ,Rakyat melayu sekali gus bangsa Malaysia ...yang sudah tercalar. Anak kampung disini pasti akan mendoakan ... yang penting jangan dibiarkan meka semua pijak kepala kita ....