Thursday, September 24, 2009

ANAK KAMPUNG DI PAGI HARI RAYA

Kami bersyukur dengan apa adanya.... kerak nasi bercampur kopi yang kami makan cukup untuk mengenyengkan , setiap suap darinya mampu membuatkan kami bersembang panjang tentang harga sebuah masa depan .... dimana kami dan kemana kami ... untuk seterusnya . di sekolah nanti kami bolehlah menikmati makanan tambahan walau kekadang ianya tak senak KFC , dihirup dengan susu percuma tak lah sama dengan teh buatan ibu di rumah , KWAPM rasanya cukup untuk kami , skim pinjaman buku tex apatah lagi , kelas tambahan percuma amat- amat kami hargai , pakaian sekolah yang diberikan tak habis kami pakai . Terbaru ayah yang ke laut menerima skim bantuan nelayan RM200.00 , Ibu senyum bolehlah ibu bawa kami ke pakan membeli sepasang baju raya bercetak gambar Dorimon . Yah..... dorimon yang mampu mengelurkan keinginan dan impian dari koceknya sehinggah menjadi kenyataan. Tetapi rasanya tak pula kami mahu menjadi dorimon yang hanya terlalu mudah untuk mendapatkan sesuatu ... Apa yang pasti jauh dilubuk hati , kami telah dan sedang menerima pembelaan lantaran jika ada sedikit ruang jangan sesekali kami dilupakan kerana kami akan selalau mengingat dulu kini dan selamanya ...