Tuesday, January 6, 2009

ALBUM - PEMIMPIN SABAH DISANA SINI - DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT KEPADA RAKYAT


YB Datuk Hj Mohd Arifin Hj Mohd Arif
ADUN Membakut



Datuk Hj Karim Hj Bujang
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bangawan


DATUK ANIFAH HJ AMAN
Ahli Parlimen Kimanis




Ketua Wanita umno Sabah



Datuk HjH Azizah DSP Hj Mohd Dun
Menteri Hal Eh Wal Pengguna Negeri Sabah


Datuk Sayed Abbas Datuk Sayed Ali



Datuk Seri Hj Musa Hj Aman
Ketua Menteri Sabah


DATUK SER DR MEX ONGKILI


YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SIRLIN
MP. PAPAR



YB DATUK JAPLIN HJ HAKIM



YB DATUK HJ SAPAWI HJ AHMAD
Ahli Parlimen P.178 Sipitang



YB Datuk Hj Lajim Hj Okin
YB Kamarlin Hj Ombi
YB Datuk Hj Arifin Hj Arif




YB Datuk Hj Abd Rahim Hj Ismail
Pengerusi LKIM




YB Datuk Abd Rahman Dahlan
MP Kota Belud



YB Datuk Jainab Datuk Ahmad




YB Datuk Hj Abd Rahim Ismail
ADUN Pantai Manis



YB Datuk Hj Hajiji Mohd Nor
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sabah





YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad
Ahli Parlimen P.178 Sipitang




YB Datuk Seri Konl Dr Hj Lajim Hj Okin
Ahli Parlimen Beaufort
Timbalan Menteri Pengankutan




YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad
Ketua UMNO Bahagian Sipitang




YB Datuk Seri Hj Yahya Hussin
Timbalan Ketua Menteri Sabah




YAB Datuk Seri Hj Musa Hj Aman
Ketua Menteri Sabah

SELAMAT MENDUDUKI ALAM PERSEKOLAHAN


Anak kampung terbayang- bayang apa bakal berlaku di sekolah ketika ini pelbagai ragam dan cerita anak anak kampung diawal persekolahan .... al maklum itulah adatnya . anak kampung juga terbayang bayang bagaimana perasaan kedua ibubapa mereka yang tidak mampu memenuhi kehendak dan permintaan anak- anak kesekolah ... apa pun yang mampu syukurlah dan yang tak mampu bersabarlah dan bersyukurlah seadanya ... Selamat bersekolah .

Usah guna jawatan dalam parti untuk kepentingan peribadi: Hajiji


5th January, 2009

TUARAN: Pemimpin Umno yang terpilih menjadi ahli jawatankuasa bahagian diharap tidak akan menggunakan kedudukan itu untuk meraih jawatan bergaji atau menagih pulangan peribadi semata-mata.

Peluang yang diberikan oleh ahli-ahli Umno kepada pemimpin bahagian adalah bertujuan memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk menyumbang kearah mengukuh serta menguatkan Umno dalam menentukan perjuangannya berterusan kepada rakyat keseluruhannya.

“Sekiranya ada Ahli Jawatan kuasa Umno Bahagian di Tuaran yang mengharapkan Imbuhan dan kesenangan peribadi, saya awal-awal memberitahu tanggapan itu adalah salah dan bukan melalui perjuangan sedemikian bagi mereka temui harapan itu. Malahan dalam Umno kita akan terus memberikan sumbangan dengan telus dan jujur”.

Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Haji Hajiji Haji Noor ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama UMNO Bahagian Tuaran bagi penggal 2008 hingga 2011, menyeru kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Umno yang baru terpilih agar memantapkan kerjasama kearah memperkuat serta mengukuhkan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di Tuaran.

Hajiji selanjutnya mengingatakn pimpinan di bahagian itu, bahawa Umno pada masa depan memerlukan keikhlasan dalam perjuangannya, sekiranya ahli-ahli bersikap sambil lewa sudah tentu memberi ruang kepada pembangkang melecehkan perjuangan Umno itu sendiri.

“Sudah tentu kekuatan yang telah dimiliki oleh Umno selama ini, akan dapat di perkuatkan dengan gandingan serta gabungan jawatankuasa baru dan lama yang terpilih dalam Mesyuarat Pemilihan baru-baru ini. Saya telah melantik beberapa muka lama Mengekalkan Jawatan masing-masing adalah dengan harapan mereka dapat memainkan peranan yang berterusan kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat,” Kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Sulaman itu menaruh keyakinan, UMNO di Tuaran akan terus relevan dan mampu memberi sumbangan terhadap perjuangan lebih berkesan dengan adanya barisan kepimpinan baru yang diterajuinya itu.

Hajiji juga telah mengumumkan pelatikan semula Johari Saiman sebagai Setiausaha, Haji Ghulabdin Enjih sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Haji Ismail Ibrahim sebagai Bendahari.

Sementara itu Ahli jawatan kuasa yang di lantik adalah terdiri dari bekas Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Omar Khan Amirusin, Haji Matsah Abd. Hamid, Muhammar Gadafi George Elun, Rosli Kupit, Awang Bongsu Awang Mattaisin, Puan Dorothy Nurzalina Uyau dan Bani Baki.

Mesyuarat Ahli jawatan Kuasa Pertama Umno Tuaran itu juga turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Tuaran, Abd. Kassim Hj. Razali, Ketua Wanita, Jamaliah Antalip dan Ketua Puteri, Efaridun Datuk Hj. Ismail.

RAKYAT SABAH BERTERIMA KASIH DIATAS PERLANTIKAN PEMIMPIN SABAH SEBAGAI TIMBALAN MENTERI ( PERSEKUTUAN )


ANAK KAMPUNGKUALA LUMPUR 18 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pelantikan tiga timbalan menteri baru termasuk dua pemimpin dari Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata, mereka yang dilantik ialah Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa selepas mereka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara Rabu ini.

Perdana Menteri berkata, pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Rahim merupakan Ahli Parlimen Kudat manakala Lajim ialah Ahli Parlimen Beaufort.

Maznah pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Pahang.

Maznah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Pahang.

Menurut Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Maznah sebagai Ahli Dewan Negara bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Mac lalu Ahli Parlimen Kalabakan dari Sabah, Datuk Ghafur Salleh melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar manakala dua lagi Ahli Parlimen menolak tawaran menyertai pentadbiran kerajaan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman yang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Luar.