Wednesday, December 21, 2011

1 MALAYSIA KINI DIHATI RAKYAT


Mengungkap bicara 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dilihat secara telah semakin sempurna didengari dan dihayati oleh jelata .Lantaran kesempurnaan ini membolehkan rakyat sedar akan agenda ikhlas kepimpinan besar negara kita . Hakikatnya tidak ada siapa yang boleh menidakkan kenesp 1 Malaysia walaupun usaha bertali arus sedang giat diaturkan terutama pihak pembangkang bagi mematahkan dan meremehkan roh dan semangat yang ada pada ungkapan 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan .

Namuan pelbagai kemungkinan harus berlaku , lantaran kesiap siagaan pimpinan disemua peringkat harus sentiasa terurus dengan penuh bijaksana . YAB Datuk seri Najib Abd Razak telah sedaya upaya meminta segenap pimpinan dan rakyat agar menerima dan menterjemahkan 1Malaysia sebagai suatu konsep memakmurkan Malaysia dengan pengisian rakyat yang berminda waras dan terbuka . Konsep wasatiyyah yakni besederhana dan seimbang dalam kepimpinan Parti dan kerajaan menjadi sebahagian tuntutan bagi melaksanakan kesejahteraan rakyat dan negara yang dimaksudkan . Jelas permintaan ini harus segara ditunaikan khususnya dikalangan pimpinan akar umbi agar negara kita ini terus dinaungi dengan kesejahteraan dan keamanan yang berpanjangan .. semoga kita selalu bersyukur