Saturday, February 14, 2009

Selawat Nariyah

اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً، وَسلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتُقْضَ بِهِ الْحَوَاِئجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، وَعَلىَ أَلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami, Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.”

MERENUNG SEJENAK TENTANG HIDUP

RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yangdilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripadapenyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyaihati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya sepertipahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang sukamembaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikatberbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketikamayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang sukamembaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawaminuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanyadiambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunatdua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasindan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahlirumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalahorang-orang yang munafik.

INSSYALLAH ....CUBALAH

RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.. A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit * Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan * Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat * Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit * Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. * Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala..
Anak kampung ...........
hidup ini berperaturan ... peraturan dilandasi syeriat ...

MERENUNG DAN BERFIKIR SEJENAK- SIAPAKAH

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau melupakan apa yang tertulis di atas dan tidak pula menyebarkanya kepada orang lain...........

SOLAT ...

Kelebihan solat .

Dengan menunaikan solat, jiwa sanubari hati perasaan akan terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenang serta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diri seseorang Islam itu untuk terus hidup dalam keimanan dan TaatSetia pada Allah swt. Sebaik-baiknya solat itu perlu segera ditunaikan pada awal waktu, pada ketika mendengar azan. Solat itu hendaklah diusahakan semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.


Azan .(Seruan Allah swt kepada kita )

Haya'ala Solat

Mari lah kita solat .

Haya'ala Falah .

mari lah kita menuju kejayaan( DiDunia ini dan DiDunia mati kita esok Hari).

Mengaitkan azan dengan solat . Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situlah akar taufik pertunjuk jalan yang lurus yang Allah redoi.Disitulah pembersihan hati jiwa sanubari . Perhatikan juga, banyak perintah dalam al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.. Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Dzuhur : Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.. Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan.. Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.. Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.. Allah SWT berseru kepada mereka : "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

JANGAN BIADAB - DYMM SULTAN SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.
Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.
(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)SULTAN SELANGOR13 Februari 2009

TUKANG SAPU MEJLIS DAERAH NAK TANDING AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO ....

Suatu pagi anak kampung berdiri ditepi pintu pagar menunggu pintu pejabat tempat anak kampung bertugas dibuka ,kelihatan seorang tukang sapu majlis daerah bersungguh – sungguh melaksanakan tugasnya . sesekali ia mencuri pandang pada anak kampung , anak kampung merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikannya . anak kampung lalu menyapa , “ apa khabar hari ni …..?? dengan pentas dijawabnya , baik alhamdullialah ….!! Lalu berputik mesra untuk berbual seketika .perbualan bermula dengan pertanyaan biasa tentang bermulanya waktu kerja .suaranya yang agak terputus- putus seolah membatasi usianya yang agak sudah berumur seakan ada sesuatu yang ingin disampaikannya. Benar jangakan anak kampung keluahnya menyentuh soal suasana poilitik yang bergolak ketika ini .bilamana orang melayau tidak lagi menghormati raja dan sultannya . Terkejut besar anak kampung situkang sapu juga ingin ikut serta dengan isu dan pergolakan politik yang berlaku di negara ini . Sungguh anak kampung akui semua orang terpanggil untuk mendengar dan memerhati isu yang dipaparkan didada akbar dan peti TV . anak kampung cuba berkongsi apa yang terperuk dilubuk hati dan kota fikirnya dari kaca mata situkang sapu berhubung kepimpinan yang ada hari ini … seketika perhatian anak kampung singgah memerhatikan senaskah akbar tempatan terselit dicelah pokit belakangnya ….. Mungkin situkang sapu seakan tahu apa yang ada difikiran anak kampung lalu ia mencelah …. “Saya juga seorang ketua Cawangan UMNO dikampung ketika ni “ … !!! benar kata orang tau – tua .. jangan pandang orang tak da mata .Perbualan semakin rancak … lalu Tersentuh perkataan “KALAULAH …. Saya jadi Pak lah ….. untuk selamat kan UMNO dari hilang kepercayaan rakyat ketika ini ,Pemimpin –pemimpin besar yang ada harus mejalani kehidupan seperti rakyat juga tidak meninggi diri , tidak sombong , tidak menunjuk – nunjuk kekayaan yang ada taklah keterlalaun sehingga menggunakan kenderaan dengan basikal sahaja namun cukuplah kiranya berlagak seperti rakyat tetapi berfikiran jauh dan terbuka ……….. Singgah seketika difikiran anak kampung ada benarnya juga kata – kata situkang sapu ni …….ujanya lagi… Rakyat sudah semakin benci dan meluat dengan telatah pemimpin – pemimpin yang ada , Memperbesar- besarkan keduduakan dan pangakat ….katanya tak lah semua begitu tetapi ramai juga … situkang sapu mencelah lagi … kepincangan UMNO bermula dari pemilihan cawangan sehinggalah ke bahagian apa tidaknya , sebaik sahaja menjadi ketua UMNO bahgaian pasti akan menjadi Wakil- wakil rakyat , maka berebut- rebutlah pemimpin nak duduk sebagai ketua UMNO Bahgaian dengan harapan nak jadi wakil rakyat akan datang sehingga membelakangkan kepentingan bersama untuk memperkukuhkan UMNO itu sendiri … dengar kahbar ada juga pucuk pimpinan nak buat gitu tapi sampai sekarang tak juga buat keputusan macam tu…. Seharusnya pemilihan wakil rakyat ni tak dilakukan oleh pimpinan atasan sahaja tetapi harus mendengar dari suara rakyat diakar umbi ….. taklah juga semua harus diletakkan pemilihan ini kepada rakyat … tetapi cukuplah sekadar mendengar suara yang diluahkan oleh rakyat …. Tentunya dipilih seorang , seorang lagi takkan berpuas hati …..yang akhirnya tak berkesudahan .Pergunakanlah semua jentera kerajaan yang ada untuk menilai dan memproses keperluan memilih seorang pemimpin terutama dikalangan akedemik dan ilmuan agama jangan hanya main tangkap muat ….. kita sedar hal ini telah dilakukan namun ianya hanya memenuhi keperluan sahaja yang akhirnya diputuskan oleh pengerusi perhubungan negeri …….Sestam kroni pemilihan pemimpin diperingkat perhubungan negeri juga harus dielakkan …. Anak kampung cukup teruja dengan pandangan dan pendapat sinis situkang sapu seoalah – olah mengatahu segalanya tetang percaturan dan sepak terajang politik hari ini . Pada hemat anak kampung situkang sapu ini harus duduk bertanding sebagai ahli majlis tertinggi UMNO pusat bagai mewakili Rakyat diakar umbi atau setidakanya dilantik mejadi MT . terfikir pada anak kampung pada saat ini untuk duduk diatas bukan gelaran , harta kekayaan atau pendidikan tinggi yang menjadi ukuran , tetapi kejujuran , keikhlasa dan ketakwan kepada Allah Swt harus dijadikan sandaran . Nokta …. Anak kampung nak pergi kerja