Thursday, January 29, 2009

ANAK KAMPUNG MASUK KE BANDAR


Anak kampung awal pagi lagi bertolak ke Bandar , sekali -sekalalah katakan … nak jenguk orang Bandar, khabarnya banyak hal dah berubah pembangunan , pentadbiran , ragam dan adat resam hidup masyarakat Bandar dan bermacam -macam lagi perubahan yang didengarkan kecuping telinga anak kampung . Walaupun kelihatannya anak kampung ni terlalu kekampungan, namun masih dapat berfikiran waras dan mampu menilai apa yang benar apa yang tidak …

Kalau diamat-amati dengan sesungguhnya dari apa yang anak kampung saksikan …. kawasan Bandar tak ada apa yang kurangnya berbanding kampung yang anak kampung duduk ketika ini …. Apa tidaknya sebut apa saja keperluan… semuanya ada dibandar …. Kemudahan infrastruktur , pengankutan , ekonomi , pembanguan dan bermacam – macam lagi . Nak kata hal – hal yang melibatkan kepentingan rakyat umum semuanya tersedia lebih dari mencukupi ….Banding dengan kampung yang anak kampung duduk ketika ini ….jauh lebih baik adanya . Pun Gitu…. tak adil rasanya bila anak kampung kata kampung yang ada hari ini mundur dan tertinggal . tentunya tak dapat dinafikan pembangunan di kampung sedang rancak dilaksanakan walau ada kalanya beberapa perkara masih diperingkat perancangan . Apa yang lebih jelas Wakil – Wakil Rakyat anak kampung samada MP dan ADUN sedang gigih menunaikan tanggunjawab meraka turun padang bukan hanya sekadar untuk melihat , merancang dan menyelesai masaalah tetapi meka sendiri mahu merasai kekurangan yang ada …. Hal ini yang buatkan anak kampung cukup bangga dengan pemimpin – pemimpin UMNO BN alap baru ni …. !! malangnya ada juga kalangan meka yang celupar….. buat andaian macam – macam kata nak kaburi matalah , janji kosonglah … saja nak tunjuk buat kerjalah … ASTAGFIRULLAH WALAZIM…. Cukup- cukuplah tu … ingat pemimpin anak kampung ni buruk sangatkah hingga tak tahu baca tak tahu tulis , tak tahu nak menilai baik dan buruk , tak tahu dosa dan pahala … lebih parah lagi meka ingat pemimpin anak kampung ini orang yag suka abaikan tanggunjawab ….. dan tak tahu akan ada pilihanraya ke 13 menyusul untuk menilai baik dan buruk …. Pimpinan dan parti ….Tak payahlah nak ajar pemimpin anak kampung meka semua ni dipilih dari kalangan baka pemimpin yang baik belaka .. kalau tak manalah pimpinan atas nak pilih meka semua …betul tak …!!!

Tadinya anak kampung nak cerita pasal keadaan di bandar … langsung tersasar pula hal kampung dan pimpinan …. Maklumlah anak kampung ni mudah tersentuh dengan bab2 penyeliwangan fakta perihal pimpinan anak kampung ….

Apa yang menghairankan wahima… membingungkan …. Segala nikmat kesempurnaan hidup di bandar yang serba mewah …. Menjadi semacam suatu ancaman besar kepada masyaraktnya… perasaan menang – Menang diantara rakyat dan kerajaan , seolah - olah tidak wujud…. Apa tidaknya meka yang hidup di bandar bila saja balik ke kampung… mulalah mengutuk tak kira pemimpin , pegawai dan sestem pentadbiran yang dianjurkan kerajaan … contoh terdekat … sampah di kawasan perumahan konon dilonggokkan tampa dibersihkan …. Wal hal sampah tu datang dari meka juga yang hari – hari membuang sampah … Tak cukup dengan itu dikata lah… pegawai makan gaji buta…. Apa jadah semua ni…. Tak tahu bersyukur tak cukup satu tong hantar 2 ,3 tong sampah semuanya penuh … kesihan lah dengan meka semua pegawai –pegawai sampah perbandaraan tu , meka semua pun ada anak bini nak bagi makan .. gaji yang diberikan sekadar adanya … lewat sedikit mengankut sampah dah dimaki hamun …. Yang terima habuanya … pegawai,pimpinan dan pentadbiran kerajaan juga akhirnya dipersalahkan …
Kalau nak cerita panjang berhubung masaalah Bandar ni takkan ada kesudahannya alasan besar yang meka semua buat …. Kita bayar cukai bah …. Kerajaan untung bah … pemimpin kaya raya bah … kalau begini tak paya undilah …..cukup sedih untuk didengar … cukup pahit untuk ditelan…. Maka yakinlah anak kampung bahawa tak ada apa yang sempurna dan cukup untuk dimiliki oleh seorang insane yang bernama manusia .. sungguh setinggi mana sekalipun darjatnya .. fikrah dan pemikiranya tetap sama dan serupa kecuali pada meraka yang melihat dan menilai pada mata hati yang ikhlas dan takwa …

Anak kampung bimbang Hukum Allah maha adil dan saksama …takut nantinya… keturunan dan warisan kita terbujur beralas kotak , berselimut sampah.. akibat gagalnya kita membina temaduan bangsa yang tahu bersyukur dan berterima kasih dengan pemberianya …. Wanauzubillah