Sunday, October 11, 2009

MENELADANI KEKURANGAN , MEMBATASI KELEBIHAN .... Selamat bersidang Ke perhimpunan Agung UMNO 2009




UMNO harus mengambil iktibar dari kerisis kepimpinan yang berlaku pada MCA apakah UMNO dan dan seluruh warga hanya melihat dan mendengar dari krisis yang berlaku . Mesej yang cukup jelas . Apakah keruntuhan moral pimpinan dan keangkuhan penyokong yang secara totalnya menghukum tampa menimbang tara siapa salah atau siapa benar menjadi semacam trend untuk berparti dan berkepimpinan . Apa yang pasti MCA akan bermula dari seawalnya semula walaupun sedikit demi sedikit sokongan dan kepercayaan ahli diakar umbi semakin terhakis .Namun harapan untuk MCA dipulihkan semula terlalau tinggi kerana rakan – rakan didalam BN pasti merasai getirnya . kita tidaklah mau memperincikan apa yang berlaku pada krisis MCA , namun benar kata pepatah dicubit peha kanan peha kiri pun terasa juga . begitulah hukum politik kuasa pemutus ditangan ahli dan rakyat .

Hari ini tunjang pemerintahan Negara adalah UMNO dan BN .Persoalannya mampukah ia hanya ditegakkan dengan pelbagai selogan dan wacana kepimpinan baru bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang . Pendekatan dan kaeadah yang sedang dan akan dirangka hanya semata mata bertujuan bagi terus mempastikan UMNO terus relevan dan diterima rakyat . sesungguhnya usaha ini haraus diteruskan sebagai penanggungjawaban pimpinan yang telah diberikan amanah .Pindaan perlembagaan UMNO yang akan diusulkan pada perhimpunan agong UMNO khamis ini mempertaruhkan kuasa kepimpinan tertinggi UMNO pada ahli diperingkat akar umbi . Apakah pindaan ini satu jalan penyelesaian terbaik untuk UMNO terus terpahat dihati rakyat . Bagi anak kampung penjelasan ini diperklukuhkan dengan keraguan yang dilahirkan oleh mantan Presiden UMNO Yang amat berbahagia Tuan Pak Lah yang antara lain katanya Pindaan Perlembagaan UMNO bukanlah suatu azimat untuk menjadikan UMNO lebih kuat dan berwibawa serta terus memerintah negara . kata beliau lagi , Apa yang pasti ahli UMNO mestilah menghayati perjuangan parti , bersikap ikhlas dan bertanggunjawab serta melaksanakan amanah yang diberikan . Persoalanya apakah benar sikap ahli UMNO hari ini seperti yang diungkapkan oleh Tuan Pak Lah dan berapa peratus sikap tersebut tertanam dikalangan ahli UMNO yang berjuta ramainya di malaysia .

Namun demikan kebarangkalian perlaksanaan pindaan perlembagaan UMNO ini , mampu menunaikan harapan seperti yang di ungkapan naib presiden UMNO Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal bahawa UMNO akan melakukan pembersihan dengan hanya melantik pemimpin yang berkualiti dan setia dilantik sebagai pemimpin parti pada masa hadapan . kelangsuangan ungkapan ini telah dan pernah dilahirkan pimpinan sebelum ini yang pastinya dijadikan sebagai usaha kearah memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada UMNO . Apa jua yang akan berlaku pada pindaan perlembagaan UMNO yang akan diusulkan pada khamis ini akan menjadi penyelamat dan dinding kerakusaan sesetengah ahli yang mahukan UMNO terus berkubur . Bagi seluruh anak kampung tidak ada kemampuan yang boleh disumbangkan selain hanya mampu bermunajat kepada Allah Swt. agar UMNO terus diselamatkan . dan anak kampung berpesan pada seluruh anak – anak kampung yang akan menjadi perwakilan pada kali ini agar melakukan sembahyang sunat istikarah dan bermuasabah memohon petunjuk pada Allah Swt kerana tidak ada kuasa yang lebih hebat dan perkasa untuk melengkapkan perjuangan UMNO sedari dulu kini dan selamanya . ingtlah selalu UMNO akan hanya kuat , kukuh, hebat dan selamat atas dasar P ( Patuh ) A(dalah ) T(tunggak ) U( untuk )H( hidup) dan kesetian ahlinya. Selamat bersidang …… didoakan semoga semuanya selamat