Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDDURASSUL SAW . DARI ANAK KAMPUNG .....

PETUA NABI MUHAMMAD S.A.W

Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di arahkan oleh Tuannya.

Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas.
Dia bertanya Nabi Muhammad SAW, “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?”
“Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya ?”Nabi menjelaskan “Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.”

Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.
Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, “Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?”Nabi menerangkan, “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

SALAM MAULIDDURASSUL S.A.W......... IZIN ISTERI UNTUK PARA SUAMI

8G ..untuk Suami

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.


2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

SALAM MAULIDURASSUL ...... IZIN PARA SUAMI -SUAMI DARI ANAK KAMPUNG UNTUK SEMUA YANG BERGELAR ISTERI .

Empat madu duduk satu tempat tak da hal pun .....!!!
"Taatlah Pada suami seperti dulu, Kini Dan
Selamanya" ...Kerana Allah s.w.t
C1. CABARLelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABULCabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPARWanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOTTerdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURUCemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWETKata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAIBuat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAIKebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah…..

dari ...... Dr Fadillah Kamsah

SALAM MAULIDURASSUL ...... DARI ANAK KAMPUNG

PEGAR DIRI DARI SEGALA SIHIR DAN ILMU HITAM

Pagar Pertama (1) -
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan TamarMadinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamartersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabdaRasulullahS.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihiryang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) -
Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yangmempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawalketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.Tkepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlahjasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Keranasesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulusebelum tidur, melainkan ada bersamanyaseorang Malaikat. Malaikattersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkandoa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalamkeadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) -
Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambilberat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebasserta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solatberjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingimereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikutriwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikansolat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akandidampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solatberjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yangmenyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) -
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir Bangunlahmengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifatmempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepadasyaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampumenguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumiyang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitantersebut.
Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga keSubuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. punbersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalamtelinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) -
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandasadalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akanmencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasaiseseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuahbukuseorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernahmemasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketikakemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila RasulullahS.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungandengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya sayaberlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguansyaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) -
Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepasmajlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adabberpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya diatas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:“Ya Allah. sayamemohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungike atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yangtelah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku inikeatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatanorang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telahmelakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipudaya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) -
Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalamsatu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepadaAbu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelumtidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitansekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
RasulullahS.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambilberkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendirisememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari).

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW.





Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
Tinggalan Bahtara nabi Noh
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang
yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.