Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDURASSUL ...... DARI ANAK KAMPUNG

PEGAR DIRI DARI SEGALA SIHIR DAN ILMU HITAM

Pagar Pertama (1) -
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan TamarMadinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamartersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabdaRasulullahS.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihiryang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) -
Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yangmempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawalketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.Tkepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlahjasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Keranasesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulusebelum tidur, melainkan ada bersamanyaseorang Malaikat. Malaikattersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkandoa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalamkeadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) -
Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambilberat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebasserta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solatberjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingimereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikutriwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikansolat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akandidampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solatberjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yangmenyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) -
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir Bangunlahmengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifatmempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepadasyaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampumenguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumiyang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitantersebut.
Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga keSubuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. punbersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalamtelinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) -
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandasadalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akanmencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasaiseseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuahbukuseorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernahmemasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketikakemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila RasulullahS.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungandengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya sayaberlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguansyaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) -
Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepasmajlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adabberpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya diatas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:“Ya Allah. sayamemohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungike atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yangtelah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku inikeatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatanorang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telahmelakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipudaya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) -
Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalamsatu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepadaAbu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelumtidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitansekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
RasulullahS.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambilberkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendirisememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari).

No comments: