Sunday, July 26, 2009

FIKIR - FIKIRKAN , INGAT INGATKAN



ANAK KAMPUNG

Wan Siti Farihan Juga Wajar Dibela!


Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan membela kematian Wan Siti Farihan, dinukilkan tulisan rbf. Selamat membaca!

Nampaknya perjuangan menuntut keadilan untuk Wan Siti Farihan dan keluarganya telah pun menunujukan cahaya di hujung terowong. Samada cahaya itu akan terus bergerak ke pertengahan dan seterusnya ke permulaan terowong terpulang kepada kita semua untuk menentukannya.

Terima kasih kepada beberapa blogger yang turut sama memainkan isu ini. Hasilnya, isu ini telah mendapat tempat di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Walau bagaimanapun penjelasan daripada pihak Polis belum dapat memuaskan hati penuntut-penuntut keadilan untuk Siti Farihan. Polis berkata tiada unsur jenayah. Jika tiada unsur jenayah ,unsur apakah yang membuat beliau jatuh dari bangunan tersebut ?

Jika kes Teoh Beng Hock dapat diselesaikan sebanyak 60 % sebelum satu minggu ,saya juga ingin tahu berapa peratuskah siasatan kes ini telah berjaya diselesaikan dalam tempoh satu bulan ianya berlaku ?

Mengapa ada pilih kasih dalam kes begini. Sedangkan kes mereka berdua adalah sama,iaitu jatuh dari bangunan. Adakah kerana Siti Farihan anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco atau orang politik, maka kes ini boleh disiasat perlahan-lahan ?

Sedangkan kedua-dua mangsa ini adalah pemegang MyKad. Yang membezakannya hanya seorang berstatus bumiputra dan seorang lagi bukan bumiputra,tetapi kedua-dua keluarga mereka harus mendapat layanan yang sama adil daripada Polis berhubung penyiasatan kes yang dialami oleh anak-anak mereka.

Utusan Malaysia juga sama,adakah kerana Siti Farihan hanya anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco maka berita mengenainya hanya disiarkan 'ciput' sahaja dan diletakan di muka surat 14. Kenapa ianya tidak diletakan di muka surat utama dan tidak diberi publisiti secara meluas. Inilah yang dikatakan kera di hutan di susukan,anak sendiri mati kelaparan.

Harap Awang Selamat dapat menjawabnya dalam Mingguan Malaysia.

Bab Kerajaan Selangor pula lagi teruk... Dalam kes pencuri kereta yang mati semasa dalam tahanan Polis iaitu Kugan,kerajaan negeri telah menanggung sepenuhnya kos keseluruhan upacara pengkebumian Kugan. Puluhan ribu duit rakyat dihabiskan untuk seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah sejak berumur 13 tahun lagi. Malahan,Exco Selangor juga turut dihantar semasa upacara pengkebumian Kugan di Puchong.

Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock,saya tidak pasti puluhan atau ratusan ribu duit rakyat Selangor dihabiskan untuk pengkebumian beliau. Yang saya pasti adalah kerajaan negeri telah menanggung segala kos upacara pengkebumian Teoh. Cuma jumlah yang saya tidak pasti. Malah kerajaan negeri juga menyediakan bas untuk rakyat dari Lembah Klang yang ingin memberi penghormatan terakhir .

Khabarnya kerajaan negeri akan menanggung kos kehidupan tunang Teoh serta anak yang bakal dilahirkan kelak. Berapa semua jumlahnya kelak,kita semua pun tidak tahu.

Mengapakah dalam kes Siti Farihan Kerajaan Selangor tidak menanggung segala kos pengkebumian atau memberi sumbangan kepada ahli keluarga mereka. Sedangkan kes ini juga berlaku di Selangor. Dan Siti Farihan juga adalah antara pelajar terbaik di UKM.

Mana suara-suara PKR,DAP dan PAS Selangor dalam kes Siti Farihan ini ? Jika nasib penjenayah mereka boleh bela,bagaimana pula dengan nasib pelajar terbaik ini ? Kepada rakan-rakan blogger atau NGO-NGO saya berharap kita semua dapat membela nasib Siti Farihan dan ahli keluarganya.

Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kes Siti Farihan. Saya tidak pernah mengenali arwah, ahli keluarganya atau sahabat handainya. Saya cuma merasa terkilan dengan kehilangan seorang mahasiswi cemerlang ini. Negara kita telah kehilangan seorang yang bakal menyumbang kepada kemajuan Agama,Bangsa dan Negara.

Saya difahamkan,Siti Farihan adalah seorang insan yang benar-benar berpegang kuat kepada ajaran agama dan dalam masa yang sama beliau seorang pelajar yang cemerlang dan taat kepada ibu bapa.

Saya juga difahamkan membaca Al-Quran di subuh hari telah menjadi amalan Siti Farihan sebelum beliau meninggal dunia. Dan jika tidak silap saya ,sebelum beliau dijumpai mati,rakannya memberitahu mendengar beliau membaca Al-Quran seperti mana rutin harian beliau setiap hari. Dapatkah kita semua bayangkan perasaan ibu bapa Siti Farihan sekarang.

Apakah perasaan mereka sekarang bila melihat Teoh yang mati terjun bangunan dibela,dipuja dan diagung-agungkan. Bagaimana dengan nasib anak mereka ? Kematian Wan Siti Farihan masih misteri. Bilakah semua misteri ini akan terjawab ? Walahualam !