Tuesday, December 30, 2008

PROGRAM DESA ( IT ) UNIVERSITI MULTIMEDIA - DI KAMPUNG WESTON




Seramai 80 orang pelajar Universiti Multimedia selangor telah mengadakan program DESA IT yang dianjurkan bersama Komuniti BESTARI Weston . Program yang bermula pada 24 Oktobar hingga 4 Novembar adalah bertujuan merapatkan hubungan baik diantara Universiti Multimedia selangor dengan masyarakat luar bandar di negeri sabah khususnya dipekan weston .Dismaping itu juga program ini membawa bersama ilmu IT bagi dicurahkan kepada masyarakat kampung yang jauh lebih baik daripada bandar.

Seramai 40 orang ibu bapa angkat telah dipilih untuk tujuan tersebut dengan pengisin pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan . diantara lain

01. Kelas bimbingan IT untuk Remaja
02. Kelas Bimbingan IT Untuk sekolah -sekolah angkat
03. Persembahan Kebudayaan
04. Jamuan Makan sekampung
05. Gotong royong
06. Sukan persahabatan
08. Lawatan ketempat tempat menarik .
09. Sukanaka/ Sukaneka
10. Sembahyang berjemaah
11. Majlis ramah mesra dan lain lagi .

Apa yang diharapkan perogram ini akan membuahkan hasil yang diharapkan disamping dapat menjalinkan hubungan baik yang berterusan .

TAKLIMAT BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT P177: BEAUFORT 18/08/2008


Pada 31.07.2008 (Khamis), bertempat di Dewan Masyarakat Tionghua, Beaufort, BPR Sabah telah menganjurkan satu Program Taklimat Kepimpinan Berintegriti & Pencegahan Rasuah bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat P177 : Beaufort. Peserta taklimat ini adalah terdiri daripada 202 orang. Tujuan taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan para peserta mengenai kesalahan-kesalahan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan dalam aspek perundangan serta mewujudkan rangkaian sumber dikalangan para peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat yang boleh menyumbang kepada usaha pembenterasan rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan.

Taklimat ini telah diadakan dalam 3 sesi iaitu dua sesi ceramah di sebelah pagi dan satu sesi dialog disebelah petang. Ceramah telah disampaikan oleh PkPj 1 Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah, yang bertajuk Integriti Dan Pencegahan Rasuah. Manakala bagi sesi kedua telah disampaikan oleh Tn. Zainal Abidin Peton, Pegawai Biro Tatanegara Cawangan Sabah. Kemudiannya, sesi dialog telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Wakil Rakyat kawasan P177: Beaufort merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Barisan ahli panel adalah terdiri daripada YB Tn. Hj. Mohd Arifin b. Mohd Arif, ADUN N:24 Membakut, YB Tn. Kamarlin b. Hj. Ombi, ADUN N:27 Lumadan, Pn. Hjh. Latifah bt. Md. Yatim, Pengarah BPR Sabah, Tn. Mohd Sidek b. Hj. Abd. Jubar, Pegawai Daerah Beaufort, Tn. DSP Mustafa Maarof b. Mustafa, Ketua Polis Daerah Beaufort. Selepas program, YB Datuk telah membuat kunjungan hormat ke Sudut Pameran yang disediakan oleh Unit Pendidikan Masyarakat BPR Sabah.

Majlis Perasmian Penutupan bagi program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim b. Hj. Ukin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir di dalam perasmian adalah ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan di sekitar Daerah Beaufort.

Golongan belia dinasihat tidak mudah terpedaya pelbagai dakyah -Datuk Sapawi


22nd December, 2008
BEAUFORT: Golongan belia dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang disebarluaskan pada ketika ini. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, berkata ketika ini terdapat usaha pihak tertentu bagi mempergunakan golongan belia dengan menjadikan isu perkauman bagi memperdaya dan mempengaruhi golongan tersebut. “Usaha pihak tertentu itulah yang harus diawasi,” katanya pada pelancaran Karnival Jiran Muda peringkat pedalaman bawah di Taman Wawasan di sini, kelmarin. Karnival yang melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang itu turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Beaufort, Awang Anak Abdul Sani, Penyelaras Rukun Tertangga Sipitang, Fauziah Salleh dan Timbalan Penyelaras Rukun Tetang-ga Beaufort, Roslan Muharam serta 100 peserta. Sapawi memberitahu golongan belia perlu menyedari betapa kerajaan sentiasa berusaha memastikan mereka menjadi golongan yang bukan sahaja berguna tetapi berkualiti tinggi. “Kerajaan sentiasa berusaha melahirkan golongan belia yang berkualiti dan mampu menjadi aset utama kepada kerajaan pada masa akan datang,” katanya dan menambah usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu meliputi semua aspek. Menurutnya, kerajaan bukan sekadar mahu melahirkan golongan belia yang berkemahiran tetapi juga menerapkan nilai-nilai kepimpinan dengan meletakkan perpaduan dan persefahaman sebagai asas utama. Beliau memberitahu keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini adalah hasil kebijaksanaan para pemimpin sejak dahulu dan dapat dipertahankan pada ketika ini. “Ini adalah sejarah penting dan golongan belia perlu menyedari betapa pentingnya persefahaman dan perpaduan kaum dalam memastikan keharmonian serta kemakmuran itu terus dapat dinikmati,” katanya lagi. Sambil menyelar pihak tertentu yang mempergunakan golongan belia, Sapawi berkata golongan belia perlu menolak usaha pihak tertentu itu yang berusaha menimbulkan isu per-kauman bagi mendapatkan sokongan. Sehubungan dengan itu beliau memberitahu golongan belia harus bertindak bijak dalam membuat sebarang keputusan. Katanya, terdapat segelintir golongan belia terpengaruh dan terpedaya dengan usaha pihak tertentu itu sedangkan apa yang dilakukan oleh golongan belia hanya untuk kepentingan pihak terbabit. “Jadilah golongan belia yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati dengan kita memberi keutamaan kepada perpaduan dan persefahaman antara kaum,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Datuk Dahlan telah mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian, dekat sini, baru-baru ini.

Selain mengadakan lawatan di loji itu, Abdul Rahman turut menghadiri sesi taklimat di pejabat loji berkenaan yang disampaikan oleh Jurutera Jabatan Bekalan Air Kota Belud, Petrus Augustine

Pada masa ini penduduk di daerah ini menerima bekalan air terawat daripada loji rawatan Kota Belud dan loji rawatan air Kampung Bayayat yang baru siap dibina.

Kapasiti pengeluaran kedua-dua loji ini ialah 36 juta liter sehari manakala permintaan bekalan air semasa ialah 30 juta liter sehari.

Projek Kota Belud Long Term Water Suplly yang siap dibina di Kampung Bayayat baru-baru ini telah mendapat memberikan satu kemudahan bekalan air mencukupi di daerah ini sehingga tahun 2015.

Antara yang turut hadir pada perjumpaan itu ialah Pegawai Perhubungan Kanan Ahli Parlimen Kota Belud, Idris Nanti,Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud DUN Usukan, Aslee Perlin serta para pemimpin setempat.

Gambar ;

KEMUDAHAN…….Abdul Rahman (Tengah), Petrus (Kanan sekali) ketika mengadakan lawatan ke loji rawatan air di Kampung Bayayat, Kota Belud.
Posted by Ismail @ Endra Mohd Rosli