Sunday, January 18, 2009

KOMUNITI BESTARI


Komuniti BESTARI JABATAN Penerangan Malaysia ditubuhkan sejajar dengan kehendak masyarakat sebagai Penggerak Pembangunan Minda masyarakat berasaskan semangat kesukarelaan dan berdikari. Komuniti BESTARI ditubuhkan menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca) adalah bagi memberikan imej baru dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Komuniti BESTARI Jabatan Penerangan Malaysia bermaksud:
B- Bermaklumat
E- Erat
S- Silaturahim
T- Televisyen
A- Akhbar
R- Radio
I- Internet

Kini jumlah Komuniti BESTARI Sabah sebanyak 120 buah dan di seluruh Malaysia sebanyak 1094 buah. Namun, Komuniti ini ditubuhkan bukan bersaing dengan mana-mana pertubuhan yang ada malah sebagai pendorong masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan mahupun yang boleh menjana ekonomi masyarakat setempat selain sebagai pemangkin penyebaran maklumat yang berkesan hingga ke akar umbi.

Sebanyak 6 buah Komuniti BESTARI di daerah Beaufort iaitu Komuniti BESTARI Kg Pimping, Komuniti BESTARI Pekan Weston, Komuniti BESTARI Kg Garama, Komuniti BESTARI Kg Rancangan Klias, Komuniti BESTARI Klias Kecil dan Komuniti BESTARI Pekan Membakut.