Friday, April 24, 2009

BELALANG - JANGAN TAKUT KITA LAWAN .............!!!! TUN MAHATHIR MUHAMED

Pada kita Pilihanraya bukanlah sesuatu yang luar biasa , Kalah dan menang adat pertandingan . Yang pelik dan menghairankan Pilihanraya yang sengaja diada- adakan bagi menutup kelemahan sendiri . Nasihat Tun M perlu diambil perhatian sebijaksana mungkin kerana mengelak dari menyertai pilihanraya yang berlaku akan mengundang pelbagai riaksi ahli UMNO apatah lagi penyokong2 BN . Pada perkiraan anak kampung ,Biar Allah Swt yang mengadili siapa sebenaranya yang zalim (PEMIMPIN ATAU RAKYAT YANG MENGUNDI ) Jika benar Pemimpin UMNO zalim hukumlah jika tidak, terimalah akibatnya bukan manusia yang menghukum tetapai Allah SwT ... Fikirkan lah UMNO telah bertahan sekian lama bukan kerana ia Kuat dan Pembangkang Lemah akan tetapi tegak kerana keiklasan pemimpin dulu Kini dan selamanya, sekali gus kelangsungan izin darpada Allah Swt ...



Thursday, April 23, 2009

KERATAN AKHBAR YB DATUK AHLI PARLIMEN SIPITANG

YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P.178 Sipitang diiringi Oleh YB Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan , diperhatikan oleh Saudara Hj Afiz Yamani Musa Ketua Pemuda UMNO Sipitang Dan Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang En Matbali Musa dalam mejlis Penyerahan Pelbagai Pabntuan Kerajaan anjuran Rukun Tetangga Kg Suasa .

Tuesday, April 21, 2009

PEMIMPIN DIKASIHI ,RAKYAT DISAYANGI

YB Kamarlin Hj Umbi - Ahli Dewan Undangan Negeri terus tunaikan tanggungjawab untuk rakyat .( Gambar lawatan ke salah sebuah penduduk di Kg Lingkungan /bertanyakan masaalah yang dihadapi rakyat . )

Monday, April 20, 2009

RAKYAT SEDANG MENANTIKAN KEAJAIBAN BARU UNTUK PM BARU ...


Syabas dan tahniah Kepada PM Baru Dato ' Sri Najib ... 1 MALAYSIA , RAKYAT DIDAHULUKAN , PERESTASI DIUTAMAKAN . Merupakan suatu keajaiban yang harus ditafsirkan sedalam - dalamnya . Hanya yang cekal ,berani dan ikhlas sahaja mampu melakukanaya , Dan apa yang pasti pengistiharan Dato ' sri Najib menjadi harapan baru pada rakyat Malaysia. Sesungguhnya tidak semudah itu pimpinan melatakkan kuasa rakyat secara total melebih segala- galanya , Sehinggah nantinya setiap jam pimpinan dan Kerajaan bertukar ganti . Akan tetapi Dato Sri Najib percaya bahawa rakyat malaysia mempunyai budaya dan tamadun hidup yang tinggi , Sungguh orang berbudi kita berbahasa , Orang memberi Kita Merasa . Keajaiban terbaru 100 Juta Saham Wawasan untuk rakyat miskin . Tentunya ada lagi keajaiban yang akan berlaku .. InssyAllah

Wednesday, April 15, 2009

KITA DITOLAK BUKAN KERANA DIBENCI - TETAPI KASIH SAYANG RAKYAT ADALAH TEGURAN UNTUK KITA KUAT KEMBALI


Sungguh Perjuangan masa kini harus didapani dengan penuh tertib dan bijaksana seorang pemimpin tampa sebesar zarah pun lari dari konsep perjuangan meneggakkan agama ,bangsa negara .Namun sejak beberapa dekad ini terlihat tanda- tanda kuasa untuk berkata yang benar bukan lagi dijadikan asas untuk menzahirkan kepercayaan rakyat . Seolah - olah perjuangan masa kini menuntut agar kepercayaan dan keyakinan harus dibina mengikut kehendak fikrah kerakusan jahilaih . UMNO parti yang memperjuangkan agama dan umat melayu ternyata menerima pelbagai kecaman setelah pelabagai dasar , usaha dan keterbukaan dilakukan oleh pendokong dan pimpinanya . sejak bertahun -tahun lamanya Pemimpin datang silih berganti yang secara hakikinya Perjuangan UMNO telah berjaya memenuhi tuntutan dan kepentingan rakyat dan Umat melayu namun masih kekal dikatakan parti yang hanya membuka ruang kepentingan pada individu dan kumpulan tertentu . Untuk itu harus bagaimana lagi diperkatakan selain menerima secara terbuka rasa ketidak puasan hati pelbagai kelompok rakyat yang merasakan meraka dipinggirkan , diketepikan dan diabaikan . Apatahlagi eksterm agama yang sering menyatakan bahawa merkalah insan madani yang memperjuangkan agama , UMNO tidak .kekayaan negara diagihkan kepada kroni - kroni UMNO sahaja . Lebih parah lagi setiap isu yang terpaksa ditanggungi oleh pimpinan dan rakyat disambut secara songsang oleh pihak yang tidak senang dengan UMNO dan BN . Hari demi hari silih berganti rakyat terus dihujani dengan pelbagai tanggapan salah kepada parti dan kerajaan pemerintah sehinggah menghakis keparcayaan rakyat .
Akhirnya siapa yang harus dipersalahkan . Lu FikrLah sendiri .. Kat nabil

Tuesday, April 7, 2009

KALAH LAGI .... SABAR AJALAH .... !!

Dimana pun kita siapa pun kita kalah menag ada bertanding .... kita juma lagi di PRU Ke 13

KALAH BUKAN UKURAN LEMAHNYA BN

Telah menjadi unjuran dan jangkaan awal tentang kekalahan BN di dua Bukit , Namun kemenangan ini tak memberikan kesan apa pun . Buatlah kesimpulkan apa pun BN Tetap dihati Rakyat dan BN akan tatap selalau dan selamanya . Bagi kita tak ada alasan yang terbaik untuk memberitahu tentang kekalahn BN di dua Bukit selain menerima kakalahn itu dengan hati yang terbuka . Tak payah nak buat kerja saman sana , saman sini . berhimpun ramai ramai dijalanraya telalak telolong ,Laksanakanlah tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat

Apa yang pasti kakalahan ini akan menjadi ingatan PM yang baru dan seluruh jentera BN bagi mencukupkan yang kurang dan mempertahankan yang sedia ada .... Kita juga sedar bertapa sukarnya membina semula apa yang telah diciptakan setelah rakyat diracuni dengan pelabagai fitnah dan perasangka buruk pembangkang .Tentunya mengambil masa yang agak lama bagi membetulkan kepercayaan rakyat dan selaku Penyokong BN kami percaya PM baru kami mampu melakukanya. Pertimbangan apa kah yang lebih baik dilakukan oleh pemimpin pemimpin BN yang ada melainkan Muasabah diri dan menegakkan kejujuran serta keikhlasan mandat yang telah diberikan rakyat . Samapi masa akan ada pertemuan yang lebih hebat dari apa yang berlaku hari ini .......


Friday, April 3, 2009

NEGARA, BANGSA INI MILIK KITA BERSAMA YANG HARUS DIPERTAHANKAN

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT


PERALIHAN KUASA YANG DILAKUKAN PENUH TERTIB DAN KEINSAFAN MEMBUATKAN HATI RAKYAT TERHARU


PERDANA MENTERI KE 6 . BAKAL MEMBAWA
KEAJAIBAN UNTUK RAKYAT

TAHNIAH KEPADA YB DATUK LAJIM HJ UKIN - ANAK KAMPUNG YANG MENGULANGI KEJAYAAN DUDUK DIKURSI MT UMNO

Tahniah dan syabas kepada YB Datuk , teruskan perjuangan ..... kerana bukan mudah mengulangi kejayaan yang pernah diusahakan ...

BARISAN KEPIMPINAN MT .UMNO YANG BARU



Saf Pimpinan Umno 2008-2011


Presiden : DS Najib Tun Razak

Tim. Presiden : TS Muhyiddin Yasin ( 1575 )


Naib Presiden

DS Ahmad Zahid Hamidi ( 1592 )-

DS Hishamuddin Tun Hussein ( 1515 )-

DS Shafie Apdal ( 1445 )Majlis Tertinggi :


1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)

2. Datuk Noh Omar (2,084)

3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)

4. Datuk Azian Osman (2,060)

5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)

6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)

7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)

8. Datuk Lajim Ukin (1,804)

9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)

10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)

11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)

12. Datuk Idris Haron (1,658)

13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)

14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)

15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)

16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)

17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)

18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)

19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)

20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)

21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)

22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)

23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)

24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)

25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)

Datuk Mohd Shafie Hj Afdal - Kejutan yang luar biasa dan Tetap diyakini


Syabas dan tahniah diatas kejayaan besar YB Datuk Seri Mohd shafie Afdal anak sabah pertama yang mampu duduk dikursi no 3 kepimpinan tertinggi UMNO . Justru bagi rakyat Sabah ramai yang melihat kejayaan beliau ini bukalah suatu yang biasa akan tetapi kejayaan yang luar biasa dan bersejarah ,dimana mandat besar yang diberikan merupakan hadiahkan dari sebilangan penyokong dan perwakilan kepimpinan rakyat di tanah semananjung. Jika ditinjau secara dalam tentunya pemilihan ini dibuat oelah kalangan perwakilan dari negeri - negeri disemanajung yang sedikit sebanyak mahu memberikan teguran terbuka kepada pimpinan meraka di semanjung bertapa pentingnya memperkukuhkan perpaduan .

Apa pun kami rakyat di sabah khususnya ahli ahli UMNO berterima kasih kepada perwakilan di semenanjung yang telah mengiktiraf wakil - wakil pemimipin kami yang lahir dari sabah . Bagi kami di sabah akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi ...kepada beliau Insyallah ...!!!!

GANDINGAN PIMPINAN AMPUH DAN BERANI


Gandingan yang ampuh dan berani mendapani masa depan kepimpinan negara . Pelbagai sudut tafsiran dan ramalan tentang Pengupayaan mereka . Tidak syak lagi barisan kepimpinan Pak Najib mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat . Sungguh rakyat ternanti nanti keajaiban yang bakal dilakukan oleh pak Najib . Bagi kita di kampung mendoakan beliau dan barisan kepimpinan yang bakal dipimpin beliau akan terus maju jaya ... Pak Najib ... Jangan Lupa kami di kampung .... !!!!