Saturday, February 14, 2009

TUKANG SAPU MEJLIS DAERAH NAK TANDING AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO ....

Suatu pagi anak kampung berdiri ditepi pintu pagar menunggu pintu pejabat tempat anak kampung bertugas dibuka ,kelihatan seorang tukang sapu majlis daerah bersungguh – sungguh melaksanakan tugasnya . sesekali ia mencuri pandang pada anak kampung , anak kampung merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikannya . anak kampung lalu menyapa , “ apa khabar hari ni …..?? dengan pentas dijawabnya , baik alhamdullialah ….!! Lalu berputik mesra untuk berbual seketika .perbualan bermula dengan pertanyaan biasa tentang bermulanya waktu kerja .suaranya yang agak terputus- putus seolah membatasi usianya yang agak sudah berumur seakan ada sesuatu yang ingin disampaikannya. Benar jangakan anak kampung keluahnya menyentuh soal suasana poilitik yang bergolak ketika ini .bilamana orang melayau tidak lagi menghormati raja dan sultannya . Terkejut besar anak kampung situkang sapu juga ingin ikut serta dengan isu dan pergolakan politik yang berlaku di negara ini . Sungguh anak kampung akui semua orang terpanggil untuk mendengar dan memerhati isu yang dipaparkan didada akbar dan peti TV . anak kampung cuba berkongsi apa yang terperuk dilubuk hati dan kota fikirnya dari kaca mata situkang sapu berhubung kepimpinan yang ada hari ini … seketika perhatian anak kampung singgah memerhatikan senaskah akbar tempatan terselit dicelah pokit belakangnya ….. Mungkin situkang sapu seakan tahu apa yang ada difikiran anak kampung lalu ia mencelah …. “Saya juga seorang ketua Cawangan UMNO dikampung ketika ni “ … !!! benar kata orang tau – tua .. jangan pandang orang tak da mata .Perbualan semakin rancak … lalu Tersentuh perkataan “KALAULAH …. Saya jadi Pak lah ….. untuk selamat kan UMNO dari hilang kepercayaan rakyat ketika ini ,Pemimpin –pemimpin besar yang ada harus mejalani kehidupan seperti rakyat juga tidak meninggi diri , tidak sombong , tidak menunjuk – nunjuk kekayaan yang ada taklah keterlalaun sehingga menggunakan kenderaan dengan basikal sahaja namun cukuplah kiranya berlagak seperti rakyat tetapi berfikiran jauh dan terbuka ……….. Singgah seketika difikiran anak kampung ada benarnya juga kata – kata situkang sapu ni …….ujanya lagi… Rakyat sudah semakin benci dan meluat dengan telatah pemimpin – pemimpin yang ada , Memperbesar- besarkan keduduakan dan pangakat ….katanya tak lah semua begitu tetapi ramai juga … situkang sapu mencelah lagi … kepincangan UMNO bermula dari pemilihan cawangan sehinggalah ke bahagian apa tidaknya , sebaik sahaja menjadi ketua UMNO bahgaian pasti akan menjadi Wakil- wakil rakyat , maka berebut- rebutlah pemimpin nak duduk sebagai ketua UMNO Bahgaian dengan harapan nak jadi wakil rakyat akan datang sehingga membelakangkan kepentingan bersama untuk memperkukuhkan UMNO itu sendiri … dengar kahbar ada juga pucuk pimpinan nak buat gitu tapi sampai sekarang tak juga buat keputusan macam tu…. Seharusnya pemilihan wakil rakyat ni tak dilakukan oleh pimpinan atasan sahaja tetapi harus mendengar dari suara rakyat diakar umbi ….. taklah juga semua harus diletakkan pemilihan ini kepada rakyat … tetapi cukuplah sekadar mendengar suara yang diluahkan oleh rakyat …. Tentunya dipilih seorang , seorang lagi takkan berpuas hati …..yang akhirnya tak berkesudahan .Pergunakanlah semua jentera kerajaan yang ada untuk menilai dan memproses keperluan memilih seorang pemimpin terutama dikalangan akedemik dan ilmuan agama jangan hanya main tangkap muat ….. kita sedar hal ini telah dilakukan namun ianya hanya memenuhi keperluan sahaja yang akhirnya diputuskan oleh pengerusi perhubungan negeri …….Sestam kroni pemilihan pemimpin diperingkat perhubungan negeri juga harus dielakkan …. Anak kampung cukup teruja dengan pandangan dan pendapat sinis situkang sapu seoalah – olah mengatahu segalanya tetang percaturan dan sepak terajang politik hari ini . Pada hemat anak kampung situkang sapu ini harus duduk bertanding sebagai ahli majlis tertinggi UMNO pusat bagai mewakili Rakyat diakar umbi atau setidakanya dilantik mejadi MT . terfikir pada anak kampung pada saat ini untuk duduk diatas bukan gelaran , harta kekayaan atau pendidikan tinggi yang menjadi ukuran , tetapi kejujuran , keikhlasa dan ketakwan kepada Allah Swt harus dijadikan sandaran . Nokta …. Anak kampung nak pergi kerja

No comments: