Tuesday, January 6, 2009

Usah guna jawatan dalam parti untuk kepentingan peribadi: Hajiji


5th January, 2009

TUARAN: Pemimpin Umno yang terpilih menjadi ahli jawatankuasa bahagian diharap tidak akan menggunakan kedudukan itu untuk meraih jawatan bergaji atau menagih pulangan peribadi semata-mata.

Peluang yang diberikan oleh ahli-ahli Umno kepada pemimpin bahagian adalah bertujuan memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk menyumbang kearah mengukuh serta menguatkan Umno dalam menentukan perjuangannya berterusan kepada rakyat keseluruhannya.

“Sekiranya ada Ahli Jawatan kuasa Umno Bahagian di Tuaran yang mengharapkan Imbuhan dan kesenangan peribadi, saya awal-awal memberitahu tanggapan itu adalah salah dan bukan melalui perjuangan sedemikian bagi mereka temui harapan itu. Malahan dalam Umno kita akan terus memberikan sumbangan dengan telus dan jujur”.

Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Haji Hajiji Haji Noor ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama UMNO Bahagian Tuaran bagi penggal 2008 hingga 2011, menyeru kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Umno yang baru terpilih agar memantapkan kerjasama kearah memperkuat serta mengukuhkan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di Tuaran.

Hajiji selanjutnya mengingatakn pimpinan di bahagian itu, bahawa Umno pada masa depan memerlukan keikhlasan dalam perjuangannya, sekiranya ahli-ahli bersikap sambil lewa sudah tentu memberi ruang kepada pembangkang melecehkan perjuangan Umno itu sendiri.

“Sudah tentu kekuatan yang telah dimiliki oleh Umno selama ini, akan dapat di perkuatkan dengan gandingan serta gabungan jawatankuasa baru dan lama yang terpilih dalam Mesyuarat Pemilihan baru-baru ini. Saya telah melantik beberapa muka lama Mengekalkan Jawatan masing-masing adalah dengan harapan mereka dapat memainkan peranan yang berterusan kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat,” Kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Sulaman itu menaruh keyakinan, UMNO di Tuaran akan terus relevan dan mampu memberi sumbangan terhadap perjuangan lebih berkesan dengan adanya barisan kepimpinan baru yang diterajuinya itu.

Hajiji juga telah mengumumkan pelatikan semula Johari Saiman sebagai Setiausaha, Haji Ghulabdin Enjih sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Haji Ismail Ibrahim sebagai Bendahari.

Sementara itu Ahli jawatan kuasa yang di lantik adalah terdiri dari bekas Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Omar Khan Amirusin, Haji Matsah Abd. Hamid, Muhammar Gadafi George Elun, Rosli Kupit, Awang Bongsu Awang Mattaisin, Puan Dorothy Nurzalina Uyau dan Bani Baki.

Mesyuarat Ahli jawatan Kuasa Pertama Umno Tuaran itu juga turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Tuaran, Abd. Kassim Hj. Razali, Ketua Wanita, Jamaliah Antalip dan Ketua Puteri, Efaridun Datuk Hj. Ismail.

No comments: