Thursday, February 19, 2009

JANGAN BIARKAN MEREKA PIJAK KEPALA KITA ...

Karpal keliru tindakan Speaker gantung Zambry, enam Exco

IPOH: Ahli Pakatan Rakyat (PR) dalam keadaan celaru dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri sidang Dewan masing-masing 18 bulan serta 12 bulan. Malah Pengerusi DAP, Karpal Singh keliru dengan keputusan Sivakumar menggantung Zambry dan enam Exco berkenaan. Karpal memberitahu sidang akhbar di Parlimen semalam, Sivakumar perlu memanggil sidang dewan untuk mengesahkan keputusannya itu.
Katanya, beliau sendiri mempunyai pengalaman pada 2004 apabila dirujuk kepada jawatankuasa kebebasan berhubung kenyataannya Ahli Parlimen perlu mengangkat tangan sebelum mengangkat sumpah jawatan. Laporan jawatankuasa itu dibentangkan di Parlimen dan Karpal digantung enam bulan tanpa bayaran atau kebebasan. Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR di sini, berkata tindakan Sivakumar itu luar dugaan kerana mereka secara teliti menyemak perlembagaan negeri dan Peraturan Majlis Mesyuarat sebelum persidangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Rabu lalu. 20 feb -2009 -------BERITA HARIAN
Apa lagi yang harus diperkatakan tentang kehebatan speaker Dewan Undangan Negeri Perak ( V Sivakumar ) mengantuang MB Perak yang baru diperkenankan oleh Duli Sultan ... Heboh seluruh negara tentang kejayan besar ( V sivakumar ) maka bersorak rianglah penyokong - penyokongnya . Yalah bukan mudah apa yang dilakukannya .....
Namun demikian kehebatan ini terlalu BODOH kelihatanya bila diteliti dari penceritaan tindakan V Sivakumar atas keputusan mengantung MB Perak ( YAB Dr Zambry ) .... Jangan kata PERDANA MENTERI anak kampung pun tahu .... apa maksud disebalik tindakannya ini ... alahai ... Sifir 2 katakan ...
Apa yang lebih penting tindakan ini seolah - olah mempersendakan mandat rakyat Perak ....lebih lebih lagi mecabar kedaulatan DYM Sultan Perak .... Tak tahu pula kalau rakyat perak ni semuanya insan - insan Qamil yang menerima bulat apa jua yang di senda -guraukan oleh pimpinan yang kononnya mereka angkat membela nasib rakyat . Yang pasti tentera UMON - BN di perak sedang berusaha gigih mengembalikan maruah Raja-raja melayu , Anak melayu , Pengundi Melayu ,Rakyat melayu sekali gus bangsa Malaysia ...yang sudah tercalar. Anak kampung disini pasti akan mendoakan ... yang penting jangan dibiarkan meka semua pijak kepala kita ....

5 comments:

Hj.Datu Sulaiman Khan said...

Saudara, tak kan lah selepas sudah 50 tahun merdeka kita masih tebal bersifat perkauman..Di Malaysia tiada siapa yang di atas undang-undang,jangan membuat tafsiran sendiri..kalau ada pergisiran, semua orang harus membuktikan kebenaran di mahkamah.

Datu Ruslan Muhamad said...

Sdr.Junaidi,pemerintahan BN di Perak bukanlah atas mandat rakyat tetapi kerana itu adalah ayat ehsan Sultan Perak. Kerajaan BN Perak sekarang ini adalah lahir daripada mandat Sultan. Kerajaan yang didirikaan atas mandat rakyat hanyalah yang dibentuk melalui peti undi..Tiada sesiapa yang mempertikaikan hak dan kuasa Sultan Perak untuk melantik MB dan exco tetapi yang mengelirukan ialah kuasa untuk membentuk kerajaan negeri, barangkali sesuatu yang cuba diambil kesempatan oleh BN.

Hari ini UMNO sibuk menganjurkan demostrasi untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap mereka-mereka yang kononnya mencabar kedaulatan Sultan. Cuma yang agak bacul,UMNO banyak berselindung disebalik nama NGO NGO haram.. UMNO melanggar hak asasi manusia dengan memperlalatan warga emas yang bernama Osman Abu Abakar dengan meletakkan dia sebagai ketua dalam NGO yang kununnya bernama Barisan Bertindak Permuafakatan Melayu.

Sekarang orang UMNO memekik dan melolong, kununnya membela ketuanan raja-raja Melayu.Tetapi mereka lupa bahawa UMNO lah yang memindah perlembagaan pada tahun 1993 yang membolehkan raja-raja Melayu atau Sultan dihadapkan ke mahkamah..Bila Karpal Singh bercadang menyaman Sultan Perak maka UMNO lah sebenarnya yang bersalah kerana telah membuak ruang kepada Karpal untuk menyaman Sultan Melayu...

jUNAIDI said...

Asalamualikum .... Saudara Datu Ruslan …. Sabar dulu … jangan cepat melatah ….saya menyangkalkan pendapat sauadara bahawa BN di Perak hari ini atas ehsan sultan Perak ....Walhal Mandat yang ada pada BN juga datang dari rakyat Perak ...Kehebatan pembangkang di Perak taklah sebesar mana pun .....tidak kah datu.... tahu atau mahu tahu bahawa BN diperak juga pernah diberikan mandat besar untuk mentadbir negeri tersebut .... namun Rakyat perak telah termakan hasutan jahat PKR yang tidak mahu menerima hakikat bahawa minyak terpaksa dinaikan dan pelbagai isu lain yang mungkin dijadikan agenda menyerang BN ..... bersikap jujur dan bercakap yang benarlah ........ apakah .apakah BN mengabaikan tanggungjwabnyan ... selama ini mana mungkin BN mampu bertahan sehingga kini sekiranya keadaan sebaliknya .

Namun persoalanya disini bukanlah PRU yang lalu .... akan tetapi pengambil alihan kuasa menurut peraturan dan perundangan lebih – lebih lagi ketentunya sememangnya begitu ...... salah kah BN mengunakan kesempatan yang ada atas kepercayan yang diberikan oleh keadaan ...... Ya keadaan yang mungkin tidak memehak pada PR . BN tak merampas jauh sekali mendapatkan hak orang kerana itu bukan budaya UMNO – BN apatah lagi Budaya rakyat Malaysia .... yang pasti tentunya ada sebab yang munasabah peralihan kusa ini berlaku ......benar secara perinsip BN mungkin ” membeli ADUN – ADUN yang terlibat ..... tetapi secara logika dan Moral nampak meperlihatkan Barisan Pimpinan PR yang dilahirkan terlalu rapuh dan tidak mempunyai integeriti .........kepada perjuangan partinya sendiri ....

Apa pun alasanya ....... mempertikaikan hak dan kuasa sultan adalah suatu penderhakaan .....wlau dalam apa bentuk pun nada dan suara......Yang menghairankan
Hak dan Kuasa sultan diputuskan mengikut peratuaran dan undang undang yang ada ....untuk itu apa lagi nak heboh .....Lagi pula Sultan membuat keputuasan berdasarkan undang undang tampa mengikut emosi atau peribadi beliau ......

Seperkara yang Datu perlu tahu UMNO ......tidak pernah berselindung disebalik sesiapa pun ..... NGO yang dikatakan bacul itu adalah rakyat yang setia pada rajanya .....dan tahu menderhaka pada raja mencangahi adat resam orang melayu ..... Tak kira siapa pun sebanarnya atas nama rakyat malaysia yang beraja pasti akan bangkit menenteng pendurhakaan ini ..... Tafsiran 1993 Meminda perlemabagan yang membolehkan Raja dihadapkan kemahkamah adalah atas persetujuan Majlis Raja – Raja Sendiri dan UMNO secara horamt hanya mencadangkannya . Jelas bertapa adil dan telusnya raja - raja kita menerima baik apa yang mungkin berlaku dimasa yang akan datang . yakinlah keputusan yang dibuat 1993 baik untuk rakyat dan baik juga untuk raja.

Siapa karpal singh yang bertindak mahu menyaman Raja melayu yang beliau sendiri harus sedar ”SIAPA DIRINYA” seperti kaduk naik junjung ...... jika dizaman dulu lakunya saudara tahu apa hukumanya .... bahkan hari ini beliau patut bersyukur...dan merasa malu dapat bernaung dibawah tanah jajahan yang asal usulnya milik melayu ....

Tahukah Datu ... UMNO tak pernah berlapikkan agenda atas perkataan ”Kunun ” buka lah mata .... lihat sejarah ..... dan insafi apa yang telah dan sedang berlaku ... Pimpinan UMNO melaksanakan amanah dan tanggunjawab yang telah dimandatkan oleh rakyat ..... Jika benar UMNO tak melaksanakan tangungjawabnya ... UMNO BN akan ditolk secara totoal sejak berpiuluh tahun yang lalu ....lebih daripada itu jika perjuangan UMNO tidak jujur anda –anda semua tak perlu gusar janji Allah Swt... itu benar perjuangan UMNO atau perjuangan sesiaapun takkan mampu bertahan apatah lagi selama hampir 50 tahun lamanya ..... Itu yang pasti ....

Kenyatan Datu tidak benar bahawa semangat perkauman menebal.....Sama sekali harus disangkal ........ kita sedar bahawa negara ini dihuni oleh masyarakat yang berbilang kaum din kita cukup menghormatinya .... akan tetapi bila kaum kita dihina takkan pula kita membiarkanya ...... itu dayus namanya .
Perlu diingat kita juga bertindak berlandaskan hukum dan peraturan ......
Cuma yang tak sedap kaum kita juga yang ikut sama terlibat .... ni mangkuk namanya.... Hidup UMNO ... Hidup orang melayu ....

Ruslan Muhamad said...

Sdr.Junaidi,saudara merasakan kaum Melayu dihina ? Siapakah yang menghina Melayu..? Tiada siapa yang menghina Melayu,cuma Melayu yang menyokong UMNO saja yang berperasaan begitu kerana setelah lama membolot kuasa akhirnya mereka tidak lagi dapat merperdayakan rakyat muda Melayu. Mereka tidak lagi dapat memomokkan golongan muda Melayu dengan slogan kununnya hanya UMNO dan Bn yang mampu membawa pembangunan..

Hari ini terimalah hakikat bahawa UMNO bukan lagi pilihan utama orang Melayu..PAS dan PKR adalah harapan baru untuk orang Melayu.Semua ini bukan kerana Anwar Ibrahim tetapi ianya berlaku atas kesedaran golongan muda Melayu dan rakyat Malaysia bahawa perubahan perlu berlaku kerana dalam kepimpinan UMNO dan BN selepas Tun Dr.Mahathir, tiada siapa lagi yang boleh dipercayai kredibilitinya untuk memimpin negara. Mungkinlah puak sdr.Junaidimengatakan Anwar Irahim itu siapa, dengan sejarah dan record politiknya yang tidak puak sdr sukai tetapi dalam PR Anwar hanya satu elemen kecil.. PR ada banyka lagi pemimpin selain Anwar..

Sdr.mengandaikan kejatuhan kerajaan UMNO di Perak pada PRU 12 dulu adalah disebabkan aksploitasi kenaikan harga minyak oleh pembangkang ? Memang betul pun, tindakan kerajaan Abdullah Badawi menaikan harga petrol secara terburu-buru dan mendadak dengan begitu tinggi telah menyebabkan rakyat miskin menderita..Tindakan Abdullah itu adalah tidak bijak dan menyusahkan rakyat. Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barang makanan naik mendadak dan walaupun tidak lama selepas itu minyak turun balik tetapi harga barang makanan tidak akan turun semula. Ini hakikat, lihat sekarang adakah Abdullah Badawi dapat menurunkan semual harga barang makanan? Akibat tindakannya terburu-buru menaikan harga minyak dengan tanpa menunggu sedikit masa lagi, meletakkan rakyat dalam keadaan terhimpit..Sr.junaidi bolelah, ada kontrak ada tender, ada projek tapi orang kampung macam mana ?

Sdr.Junaidi, sekarang ini orang Melayu lebih tepat Melayu UMNO marah dengan mereka yang kununnya menghina Sultan Perak. Siapa yang menghina Sultan sebenarnya? Mengapa dulu apabila penyokong UMNO Terengganu yang menyokong Idris Jusoh menaikan kain rentung yang bertulis 'kami mahu idris jusoh, natang !!'tak ada pun NGO Melayu yang marah macam sekarang..Walaupun mengata sebagai 'BINATANG' itu jauh lebih derhaka dan biadap ?? Kita yakin sokongan UMNO dan NGO-NGO sekarang ini adalah tidak ikhlas..hanya berpura-pura. Tujuan sebenarnya hanya untuk menimbulkan sentimen perkauman dikalangan Melayu dengan harapan api perkauman itu dapat membuat orang Melayu kembali kedalam UMNO..Ini satu percaturan yang tidak bertanggunjawab . Kami golongan muda Melayu tetap sayang kepada Sultan dan institusi raja tetapi kami tidak akan termakan dengan tipu daya UMNO. Sarungkanlah keris yang ada dalam bendera UMNO itu kerana keris yang sentiasa terhunus adalah biadap dan samseng ! Kami golongnan muda Melayu, senjata kami bukan lagi keris tetapi senjata kami adalah Quran dan Sunnah Nabi muhammad SAW.

jUNAIDI said...

Bukalah mata wahai…….. orang muda melayu Yyang hebat .... bahawa penghinaan yang jelas dan tak boleh dinafikan ….atas sebab mendurhaki raja sendiri dari bangsa sendiri .... Nokta .... Persoalan pokok hari ini perjuangan membela nasib rakyat sudah tidak timbul bagi semua pejuang yang berjanamakan parti masing masing kerana ianya telah sekian lama menjadi agnda besar UMNO – BN . yang timbul ialah soal Fitrah manusia bila dah lama dan tua dikatakan nyanyuk dikatakan tak relevan …. Dirasuk pula oleh perasaan tidak puas hati ,dendam dan kemarahan yang meluap – luap . UMNO tidak silap … UMNO tidak pernah berdusta untuk membohongi rakyat …..kerana jika ia dilakukan akhirnya rakyat akan tahu juga .... setiap gerak dan tindakan tidak dilakukan sendirian ..... kesedaran ini berlaku bahawa sokongan dan kesatuan harus diteggakkan untuk seratus tahun lamanya .... Kita tidak menafikan ada pemimpin UMNO yang kaya raya ..... dari hasil perjuangan UMNO itu sendiri , akan tetapi tidak semuanya ... bahkan sdikit benar .... yang kaya raya , yang hebat , jelas yang bertuah adalah golangan bukan melayu .... pun begitu kita tidak mempertikaikan secara terbuka keadaan ini . yang pasti hanya UMNO yang mampu membela nasib orang melayu atas sifat partinya yang ditunjangi oleh kesatuan kalangan orang – orang melayu itu sendiri . Pertimbangan yang waras harus diambil kira bagi menentukan tuduhan yang kadangkala boleh memakan diri .... kita perakaukan bahawa PAS memperjuangkan agnda parti berlandaskan islam ini tak bererti orang lain tak islam .... apa hal pula dengan Pimpian Keadilan .... agenda asal membebsakan DSAI . selesai agnda kedua nak tumbangkan BN atas denadam , agnda ketiga memperjuankan nasib rakyat yang ditindas ....last nak bawa mp-mp BN melompat . DI MALAYSIA tak ada seorang rakyat pun yang ditindas semua mendapat habuan yang sama ... itu reilitinya.... tak adil jika mangasa rogol , rompak , bunuh UMNO nak dikatakan menindas .... terbaru PDRM dipersalahkan atas kematian tahanan ( kugan) dipenjara ..... Kalau benarpun ianya tetap mustahil ....

Begitu mudahnya Saudara mengatakan UMNO bukan lagi pilihan orang melayu tetapi PR , PAS adalah harapan baru orang melayu ….. apa bukti tidak mencukup bahawa hari ini UMNO masih tetap Relevan dan diterima baik rakyat ….. cuma secara andain kasar kalah dipermatang pauh .... ianya menjadi tanda ukur untuk mengatakan UMNO bukan lagi pilihan orang melayu …. Terimalah keadaan ini bahawa hari ini UMNO tetap segar danbugar dimata rakyat malaysia .... dan gagah memerintah disingahsana ......

Seperkara yang mungkin menjolok mata dan tidak banr UMNO seolah – olah ketandusan pemimpin yang boleh dipercayai ....hukuman yang terlalau berat untuk diterima ....apa pun bersandarkan sifat hamba tak semua yang baik .... tetapi perlu diingat tak rami ...ulang begitu ... atas s siar TAK RAMI .... atas sifatnya tak rami itulah UMNO terus diterima baik oleh rakyat .....kerana pembersihan pimpinan UMNO telah dan sedang disaksikan oleh rakyat .... sedang apa yang membimbang hari ini yang juga menjadi hobi sesetengah pemimpin ialah terlalu terburu buru nak menjadi pemimpin hebat , jadi pemimpin yang popelar ..... UMNO sudah tidak mamapu menjanjikan tempat didalamnya ..... kerana UMNO hanya mahukan pemimpin yang benar benar bekerja untuk rakyat .......akhirnya terpaksa menacari temapt lain sekalipun terpaksa memesongkan kehenadak dan keutamaan penting untuk menjadi pemipin besar ....

Apa pun alasan yang diberikan mencangahi titih sultan adalah suatu pendurhakan .... kerana itulah adat resam ” RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISENGAH ” persolan zalim seknifekan ..... dan soal ketidak adilan tak pun dilakukan oleh sultan bahkan dipertimbangkan dan diperhalusi berdasrkan peraturan dan perlembagaan ....

Yang pasti dari krisis yang berlaku Pekung dan tebelang yang tersirat pada agenada perjuangan parti pembangkang sedang dicongak dan di timbang tara oleh rakyat .... mampukah pengalaman 50 tahun perjuangan UMNO melaksanakan tanggunjwab dan mandat rakyat di lakukan oleh kepimpinan PR yang bangkit dari rasa dendam kesumat yang tak sudah .....

Sebagai penjelasan keris yang terpacak pada UMNO adalah merupakan sembol janji setia pejuangnya .....jika tak berhati – hati dan khianat pasti akan memakn diri ....

Sungguh dalam keadaan sebegini UMNO BN dan ketamadunanya mash tetap memperakukan hak rakyat tampa mengira parti dan sokongan ..... PR pun boleh dapat projek bahkan kita orang pun duduk belakang demi untuk menjaga perasan meka agar kembali kepada UMNO BN .... Kita harapkan suatu ketika adalah genarsi muda melayu yang mamapu berfikir dan bijak mengasing asinkan man baik mana yang buruk ..... Salam