Friday, December 26, 2008

Semua pihak t-jawab pastikan keharmonian negara kekal



SIPITANG: Semua pihak tanpa mengira kaum dan anutan agama bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran negara dike-kalkan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi bin Ahmad berkata keharmonian dan ke-makmuran itu dinikmati hasil daripada perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini.

“Tanggungjawab kita ialah memastikan keharmonian dan kemakmuran itu dikekal-kan serta berterusan dan dalam hal ini sudah tentu kita sebagai rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk menge-kalkannya.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati itu adalah berasaskan kepada perpaduan dan persefahaman kaum,” ka-tanya pada majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan Hari Krismas kepada balu, ibu tunggal dan warga emas di perpustakaan daerah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis teresbut termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bu-jang, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sin-dumin Richard Kamtan.

Sapawi memberitahu meskipun negara ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi namun penganut agama lain tetap diberikan kebebasan.

Beliau memberitahu kebebasan yang diberikan itu telah membolehkan perpaduan serta persefahaman itu diperkukuhkan.

“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati sejak merdeka sehinggalah ketika ini amat perlu dikekalkan dan dipertingkatkan,” katanya.

Bagaimanapun Sapawi melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pihak tertentu yang cuba menghasut rakyat negara ini dengan membangkitkan isu-isu agama dan berbau perkauman.

Menurutnya pihak tersebut sengaja berbuat demikian kerana mahu melihat keharmonian dan kemakmuran negara musnah.

“Mereka mahu kita bertelagah dan jika ini berlaku tentunya keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati ketika ini akan musnah,” katanya dan menambah usaha menghalang pihak tersebut bukan hanya disandarkan kepada kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya tanggungjawab menyekat dan menghalang usaha itu adalah tanggungjawab semua pihak yakni rakyat negara ini,” katanya.

Beliau memberitahu rakyat harus me-nolak usaha tersebut dengan tidak mudah terpedaya ataupun terpengaruh.

“Keselesaan, keamanan, keharmonian serta kemakmuran yang kita nikmati perlu kita jaga dan kerajaan sendiri amat serius dalam perkara seumpama ini,” katanya.

No comments: