Wednesday, February 25, 2009

PAKATAN PEMBANGKANG SENGAJA HALANG PEMBANGUNAN DI PERAK


Salam untuk semua.

Jika kita perhatikan tindakan terkini Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS di Perak yang terus-terusan mengganggu kerajaan pimpinan Menteri Besar Perak, Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, bertujuan mengenakan tekanan supaya suasana politik Perak terus huru-hara, malahan bertujuan memaksa Paduka Seri Sultan Perak tunduk kepada tekanan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya memilih kerajaan boneka beliau.


Bagi saya tindakan mengenakan tekanan demi tekanan ke atas kerajaan Barisan Nasional Perak seperti salahguna kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Perak, V. Sivakumar “menggantung keanggotaan” Dato’ Dr. Zambry dan enam orang exco Kerajaan Negeri serta tiga ADUN Bebas dan cadangan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin supaya DUN Perak mengadakan sidang khas bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Dato’ Dr. Zambry, adalah dengan jelas membuktikan bahawa pembangkang sudah sejak awal merancang penderhakaan bersiri terhadap Paduka Seri Sultan Perak.Jika diteliti setiap tindakan dan kata-kata pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ini, kesemuanya menjurus kepada mengajak rakyat menimbulkan huru-hara di seluruh negeri Perak supaya kerajaan kepimpinan Dato’ Dr Zambry tidak dapat merancang program pembangunan untuk rakyat, khususnya bagi menempuhi cabaran kelembapan ekonomi.


Kita percaya Dato’ Dr Zambry akan terus diganggu oleh DAP, PKR dan PAS sehingga beliau dan barisan Exconya tidak dapat merancang pelan pembangunan Negeri dan apabila ini berlaku, Pakatan Pembangkang akan menyebarkan dakyah bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak berupaya mentadbir negeri.
Sikap dan pendekatan Pakatan Pembangkang ini membuktikan mereka tidak berjuang untuk rakyat tetapi sebaliknya suka menimbulkan rasa tidak harmoni untuk kepentingan peribadi politik mereka.
DAP, PKR dan PAS tidak layak dipanggil pembela rakyat tetapi sebenarnya penghuru-hara rakyat.Sikap pembangkang sebagai penghuru-hara rakyat juga dapat dilihat berikutan kenyataan Mohamed Nizar ingin terus menggunakan kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebagai markas pakatan pembangkang sehingga 27 Februari.
Ini bukti jelas bahawa Pakatan Pembangkang bukanlah sebenarnya kerajaan yang prihatin memikirkan mengenai kesusahan rakyat berdepan kelembapan ekonomi, tetapi lebih berminat menagih emosi.
Apa yang rakyat tidak tahu adalah, punca sebenar kepada masalah itu adalah kegagalan sistem pentadbiran kerajaan pembangkang yang tidak mempunyai perancangan jitu; kelemahan kepimpinan pembangkang yang lebih berminat bermain politik daripada mencari jalan menyelesaikan kesengsaraan rakyat; ketaksuban yang melampau terhadap pemimpin tertentu; salahlaku pemimpin pembangkang itu sendiri; serta unsur tidak minat mengurus masalah rakyat yang ada dalam sesetengah pemimpin pembangkang yang dipilih sebagai wakil rakyat.
Rakyat wajar disedarkan bahawa semenjak Pakatan DAP, PKR, dan PAS berkuasa di negeri Selangor, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang bermula Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, belum ada satu dasar yang benar-benar konkrit yang berjaya diketengahkan untuk membantu kesusahan rakyat yang semakin terhimpit disebabkan kelembapan ekonomi di seluruh dunia.


Tindakan yang dilakukan oleh pemimpin parti-parti DAP, PKR, dan PAS di negeri-negeri berkenaan adalah hanya meniru dasar-dasar yang sudah dirancang atau dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lepas.


Senario berkenaan agak berbeza dengan negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional di mana kepimpinan negeri sentiasa menyemak semua keberkesanan dasar-dasar membantu rakyat dan membuat penambahbaikkan di mana yang diperlukan, demi kesejahteraan rakyat, khususnya masyarakat dan penduduk luar Bandar.

1 comment:

Datu Ruslan Muhamad said...

Barangkali benar segala tindakan PR di Perak adalah untuk menggangu Kerajaan BN (digelar kerajaa kudita oleh pembangkang) tetapi yang menjadi soal ialah mengapa BN tidak berani menghadapi pilihanraya negeri di Perak. Mengapa tidak dipulngkan kuasa kepada rakyat? Mengapa takut menghadapi suara rakyat.. Sekarang ini Sultan Perak percaya kepada Dr.Zambiry maka mengapa Dr.Zamry tidak meminta persetujuan Sultan untuk membubarkan DUN Perak..Mengapa takut ??? Takut kalah dan menanggung malu ? Comeone, UMNO mana boleh bacul macam tu ! Saya bukan fanatik pembangkang tetapi saya sangat tidak gemar dengan cara BN di Perak. BN mungkin dapat kuasa atas ehsan Sultan Perak, tetapi ingat apa yang berlaku membuatkan rakyat bertambah benci kepada UMNO. Kalau tidak percaya, cuba buat pilihanraya, mungkin susah UMNO nak menang melebihi 10 kerusi..Tak percaya ? Cubalah.. Wahai Dr.Zamry,jangan temberang kosong,mohon perkenanan Tuanku Sultan Perak segara, bubarkan DUN Perak..Jika tidak,jangan salahkan jika rakyat Perak menggelar kamu Dr.Zamry al biri-biri.