Apa yang menjadi titik persoalanya barisan kepimpinan muda yang hampir 60 % memenuhi barisan kepimpinan rakyat semacam masih diragui kerana keampuhanya belum teruji dan diuji . pelbagai alasan dan andaian bahawa fitrah seorang muda seolah olah disandari atas kepentingan kedudukkan , pujian , dan segala macam yang dikatakan atas sifat seorang anak muda . pesepsi sebegini sering disiulkan oleh kalangan pimpinan terdahulu yang merasakan meraka sudah tidak diperlukan lagi . Untuk menolak kenyataan ini rasanya adalah tidak adil namun ianya perlu dihayati dengan hati yang terbuka ,Kegelojohan anak anak muda yang ingin mengambil bahagian dalam barisan kepimpian harus dimapani agar keseimbangan berlaku dalam kepimpinan yang bakal didapani . Apa yang lebih penting keutamaan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan yang lain akan sentiasa menjadi ingatan bersama seperti yang telah disarankan berulang kali oleh pucuk pimpinan . Menjadi kebimbngan kita bahawa yang lama membawa diri yang baru terus terburu buru sehingga menjadi penyebab perbalahan sesama sendiri .
Jika dirnungi rakyat masa kini taklah sebijakasana seperti rakyat sebelumnya seperti apa yang hebat diperkatakan .Benar rakyat masa kini terdiri dari kalangan mereka yang punyai ilmu dan pendidikan yang tinggi, tidak seperti rakyat terdahulu yang resamnya buta huruf dan segala macam kemunduran . namum perbandingan nurani mereka jauh lebih baik dari yang terdahulu dari sikap , moral dan semangat kesetiaan kepada perjuangan. ketulinan yang ada pada semangat juang terdahulu rasanya tidak mampu dibandingkan dengan adanya hari ini yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri . Namun inilah zaman , dan setiap zaman ada penceritaan yang berubah ubah dan ianya harus diakui seadanya ...Akhirnya pemimpin kita hari ini harus bijaksana meletakkan keperluan sezaman dengannya disamping bertolak ansur dan bertoleransi agar Parti dan perjuanganya terus kukuh kuat dan padau ..SALAM 1 MALAYSIA
No comments:
Post a Comment