Wednesday, February 4, 2009

KEM .RAKAN MUDA PARLIMEN SIPITANG




Baru ni 22-hb jan -24 jan 2009 anak kampung dikunjingi oleh sekumpulan peserta kelab Rakan Muda Sipitang seramai 60 orang dengan tujuan mengadakan aktiviti kem rakan muda selama hampir 4 hari. Selama tempoh tu anak kampung cuba menyelami perasaan anak anak remaja yang datang dari seluruh pelusuk kampung di kawasan Parlimen P.178 Sipitang .Banyak juga anak kampung belajar dari aktiviti yang dilaksanakan yang diantara lain Mejlis perasmian Oleh YB Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan dan Mejlis penutupan Oleh YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Perlimen P.178 Sipitang dalam pada itu Gotong royong bersama penduduk membersihkan tanah perkuburan disamping pada sebelah malam diisi dengan forum pembangunan ekonomi remaja .... sungguh anak kampung teruja dengan kebolehan dan kegigihan pengurusan Kelab rakan muda sipitang yang berjaya membawa suatu program yang cukup berfaedah kepada anak - anak remaja ..... Yang membengikkan telinga pula Kem Komandan Lt Muda Matlen sarudin cukup menakutkan anak anak remaja tetapi celah dengan jenaka dan nasihat berguna .

Apa yang anak kampung kongsikan disini kehadiran Kedua dua wakil rakyat anak kampung cukup membanggakan....masing masing dianatara meraka meninggalkan pesan dan kata - kata hikmat yang cukup berguna untuk yang hadir dan peserta - peserta Kem Remaja Rakan Muda sipitang ... jika anak kampug ingati YB ADUN mengingatkan agar setiap diantara remaja menimba sebanyak mungkin ilmu bagi mempastikan kelangsungan kehidupan masa depan ....dengan memberikan alasan bahawa dengan ilmu sahaja kita akan menikmati kejayaan hidup yang lebih baik . Sementara YB Datuk ahli parlimen pula semasa mejlis penutupan membawa nada ucapan yang menuntut semangat patariotisma harus ditanam dikalangan remaja ....suka atau tidak ianya dituntut oleh pimpinan negara bagi mengekalkan keselamatan dan keharmonian hidup setiap warga. beliau menambah lagi ukuran kejayaan hidup terletak pada keimanan dan akhlak yang terpuji .....dengan meminjam pepatah kekata bong karno .."berikan saya sepuluh orang pemuda nescaya saya boleh mengoncang dunia " ,Dilentur dan dibilah ucapan dengan seloka .....gelak tawa menceria suasana , yang hadir ternyata tergamam seketika .. sambil meminta agar jabatan belia dan sukan yang dipertanggungjawabkan agar dapat memperhebat usaha membangunkan belia masyarakat belia ....

Seketika kemudian , mejlis penutupan berakhir dengan aktiviti ziarah di 20 buah rumah sambil menyaksikan sendiri masaalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat ..... jelas terpancar pada wajah penduduk yang dikunjungi suatu harapan besar yang akan menyusul ...insyaalah anak kampung yakin bahawa dengan ketokohan pimpinan ADUN dan Parlimen Sipitang hari ini , disuburi lagi dengan perwatakan prihatin keduanya pasti akan menemukan kejayaan yang cemerlang .....

No comments: