Sunday, February 15, 2009

MENYELUSURI KEDEWASAN MINDA RAKYAT

Sejenak berfikir tentang hebatnya pertikaian yang berlaku ketika ini , kehangatanya terasa dari celah warong Bandar hinggah ke ceruk kampung , Pejabat , Perhentian bas , Kedai kopi ,padang bola , bilik guru , jeti nelayan , mesjid , mejlis kenduri kenadar ,hatta ditanah perkuburan sekali pun ….. Persoalan yang ingin dirungkai bukanlah persoalan yang calangnya menyentuh soal 2 atau 3 kaki dihalaman rumah tetapi soal negeri dan negera … soal celuparanya pemimpin …. Soal biadabnya rakyat terhadap rajanya … wahima …pengkhianatan sebuah Negara yang berdaulat …

Setelah sekian lama pemimpin datang dan pergi …. Menempuh pelbagi ujian dan rintangan ... dan telah sampai masanya untuk rakyat disandarkan pula dengan ujian – ujian getir ini bagi membina semula apa yang telah terhakis oleh ketidak puasan hati segelintir pemimpin yang merasakan tindakan dan pelaksanan lebih hebat dari orang lain . keangkuhan ini lah yang mencipta segala mungkar sehingga terabai susila dan tertib membina sebuah temadun bangsa dengan berlebalkan pelbagai jenama .

Ruang panadangan dan pendapat diisi tidak lagi berdasarkan kehendak fitrah dan fikrah hidup yang hakiki .penuh perasangka disulam pula dengan kehendak dan kebebasan yang tidak terbatas

Tampa sedar setiap inci dari persoalan dan pencertiaan yang sebenarnya tercipta dari gelongsoran pemikiran itu sendiri telah membawa bersama banyak musibah dan ketidak tentuan suasana pentadbiran negara khusus bagi mencipta penyelesaian yang konkrit dan konprinsef.
Deru desakan , tekanan dan permintaan yang melampau – lamapu memperkukuhkan lagi ketaksuban untuk melakukan tuntutan yang meluap luap ... akhirnya berlakulah suatu pemikiran yang anjal , biadab , angkuh dan halimunan .....

Ditolak dicampur musibbah dari ketidak tentuan ini sebenarnya berlaku dari segelintir pemikiran rakyat yang tidak jelas dan tepat untuk melihat keberangkalian tindakan dan perlaksanaan yang berlaku sebagai suatu kata pemutus yang dinoktakan .Lantaran mangsa yang tersepit dicelah kritisnya pemikiran rakyat ini adalah adalah kalangan pemimpin tampa mengira apa jua idealoginya .

Sejenak singgah menyusur isu Penderhakaan segelintir rakyat pada rajanya di Perak kebanaran apa kah yang disandarkan atas undang undang untuk mendurhakai raja sedang adat dan resam mencangahinya . apa kah keutuhan negeri dan negera kita hari ini didalangai semata mata oleh sestam perundangan yang dengan menidak ada dan resam yang menjadi kerukunan berbangsa dan berdaulat .Fikirkan semula tentang benar atau silapnya titah seorang raja yang dimungkari ...beragama bersendikan takwa , beraja bersendi taatsetia , berbangsa bersendi adat , anak kampung tumpang gembira

No comments: