Sunday, February 15, 2009

ANAK NELAYAN -TAK KIRA SIAPA SEMUA DILAYAN



LKIM SIASAT DAKWAAN NEGARA BERDEPAN KRISIS BEKALAN IKAN

PAPAR, 22 JANUARI 2009: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang menyiasat dakwaan negara dijangka berdepan krisis bekalan ikan yang serius berikutan kemerosotan ketara hasil pendaratan ikan.Pengerusi LKIM, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, hasil laporan siasatan itu kelak akan dikemukakan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.
“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah LKIM, Datuk Haji Mustafa Haji Ahmad untuk menyiasat dakwaan itu dengan segera.“Saya memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan pengeluaran bekalan ikan negara,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru-baru ini yang mendakwa negara berdepan dengan krisis bekalan ikan.Shahrir berkata, LKIM perlu melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca kemerosotan hasil tangkapan ikan terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung sedang kerajaan telah membantu nelayan dengan memberi imbuhan dan insentif.
Pada masa yang sama Shahrir berkata, krisis bekalan ikan yang ketara di pasaran tempatan menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada bekalan sejuk beku yang diimport dari luar negara.Terdahulu itu, Abdul Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis meluangkan masa hampir empat jam mengagih-agihkan kad dan angpow kepada masyarakat Tionghua di sekitar Pekan Papar di sini yang akan menyambut Tahun Baru Cina, minggu depan.Lawatan yang bermula seawal 8.00 pagi itu merupakan acara tahunan Abdul Rahim yang kini memasuki tahun ke-empat. Dianggarkan 500 masyarakat Tionghua di sini yang mejoriti peniaga menerima sumbangan daripada Abdul Rahim dalam program berkonsepkan turun padang itu.
Katanya, semua pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk kapitan Cina turut serta dalam rombongan itu bagi melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh masyarakat Tionghua di Papar.“Disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim, program ini secara langsung dapat mendengar segala keluhan dan rintihan yang dihadapi oleh masyarakat Tionghua di sini yang kebanyakannya adalah peniaga.“Dengan adanya penyertaan daripada pemimpin-pemimpin tempatan, mereka secara langsung akan dapat melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi itu,” katanya.Abdul Rahim seterusnya berharap tahun baru Cini ini akan membawa peluang-peluang keemasan kepada para peniaga agar terus maju dan berdaya saing.

No comments: